Thursday, August 26, 2010

PR mahu jadikan Mandarin & Tamil BAHASA RASMI !?

PR mahu jadikan Mandarin dan Tamil bahasa rasmi

P Ramasamy,
Timb Ketua Menteri DAP Pulau Pinang

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Prof. P Ramasamy dipetik sebuah akhbar Cina menyebut bahawa Pakatan Rakyat berhasrat untuk menjadikan Bahasa Mandarin dan Tamil sebagai bahasa rasmi, sebagai ‘merangkumkan’ kedudukan Bahasa Melayu yang menjadi bahasa rasmi negara (sebagaimana diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan), sekiranya berjaya mengambil alih kuasa tampuk pemerintahan negara.

Ramasamy merupakan seorang ADUN DAP bagi Perai dan MP bagi Batu Kawan. Beliau juga merupakan ‘Menteri Bayangan’ (Shadow Minister) bagi portfolio Luar Negara dalam Kabinet Pakatan Rakyat.

Ini jejas sikap pemimpin anti Melayu dalam Pakatan Rakyat, terutama DAP ingin menafikan kepentingan majoriti dan sejarah semata mata untuk menunjukan keangkuhan minoriti mereka mampu menguasai golongan majoriti, apabila berkuasa. Ini merupakan sikap yang sama Kepimpinan PAP di Singapura.

Untuk rekod, DAP merupakan ‘anak didik’ dan agenda anti Melayu dan sosialis PAP Singapura di Malaysia, apabila mereka dinyah keluar oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra pada 9 Ogos 1965 kerana sikap ‘minoriti-cuba-menguasai-majoriti’ dan anti Melayu yang makin terserlah dan mula menggugat kestabilan politik dan harmoni negara dan rakyat.

Ini jelas percubaan DAP cuba mengubah Artikel 152 yang memperuntukan Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi negara dan sekiranya ini berjaya, makan minoriti anti Melayu ini makin berjaya mengorak langkah untuk menafikan peranan orang Melayu sebagai pribumi tanahair ini dan ciri ciri Melayu dan Islam merupakan asas pembudayaan Bangsa Malaysia seperti Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi, Islam merupakan ugama Persekutuan Malaysia, sistem mahkamah syariah mempunyai kedudukan sama taraf dengan mahkamah sivil dan sebagainya.

Rakyat Malaysia wajar sedar hasrat strategik DAP ini, sebagai golongan minoriti yang cuba menguasai majoriti dan menafikan kedudukan orang Melayu secara komprehensif apabila berkuasa.

* Perkembangan dikemaskini 800pm

Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak telah dihalang untuk bersembanhyang dalam masjid oleh penduduk tempatan yang dipercayai ahli dan penyokong PAS di Kampung Medan, semasa lawatan siri ‘walkabout’ di Petaling Jaya Selatan minggu lepas. Inilah sikap pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat tempatan yang tidak boleh membezakan politik dan kehendak ugama Islam(persaudaraan antara umat Islam) kerana ‘tertutup hati’ kecenderungan ‘politik kebencian’ yang disemai oleh pemimpin PAS, bermula ‘Amanat Hj Hadi’ hampir 30 tahun lampau.

Nyata kedudukan dan kepentingan orang Melayu sebagai majoriti dan asas pembudayaan Bangsa Malaysia sedang diancam secara sistematik. Namun amat malang apabila ada segelintir dikalangan Muslim Nusantara ini yang terpengaruh dengan ‘politik kebencian’ dan memecah belahkan orang Melayu sehinggakan golongan majoriti ini terbahagi sehingga menjadi ‘minoriti’ dan kuasa politik yang ada pada mereka ter’gadai’ kepada minoriti sebenar negara ini, seperti Bukan Melayu terutama etnik Cina.

Maka minoriti Bukan Melayu seperti Chauvinis Cina DAP ini menangguk di air keruh dan berusaha untuk secara berterusan menghakis kedudukan dan kepentingan orang Melayu, seperi soal bahasa, ugama Islam dan Hak Istimewa Orang Melayu.

TEPUK DADA, TANYA SELERA!


Artikel Ini dipetik dari Laman Wordpress Big Guy ,
Tarikh Siaran : August 23, 2010 at 12:49 :

URL Asal :
http://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/08/23/pr-mahu-jadikan-mandarin-dan-tamil-bahasa-rasmi/

Jutaan Terima Kasih Big Guy!


0 komen:

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP