Tuesday, August 24, 2010

AloQStaQBlog Geng 11 kaaa ??? ...

Assalamualaikum,

Salam Hormat,
Salam 1Malaysia,
Salam Kedah Sejahtera ! .... hehehe ...

Aku terpandang dan terbaca satu komen dari pembaca Blog AloQStaQ yang dihantar kelmarin 23Ogos2010 , 11:54AM ....

Komen tersebut dari seorang Anonymous, tetapi ianya agak menarik minat aku untuk membuat posting kali ini (setelah beberapa lama aku tak buat posting politik di sini) ...

Terima kasih kepada semua pembaca Blog AloQStaQ, terima kasih kepada semua yang menyokong blog ini sehingga kini, terima kasih kepada semua yang memberi komen sama ada komen membina mahupun komen meruntuh, aku terima semuanya dengan hati terbuka.


Pada aku, komen Anonymous 23Ogos2010 , 11:54AM tu sedikit menggerakkan aku untuk kembali berblogging di AloQStaQBlog setelah sekian lama. Ianya salah satu dari banyak komen2 yang aku terima sama ada melalui Email / SMS ... Pasaipa AloQStaQBlog sepi semula? Dah beralih arah pi sokong Pakatan Rakyat dah ka? kecewa ka? UMNO tak bayaq gaji ka? ... kena beli dengan Anwar Ibrahim dah ka? dan yang terkini, aku Geng 11 ka? ... Huh! macam-macam komen aku terima ...

Bukan, bukan sebab itu semua!

Aku bukan beralih arah pi sokong Pakatan Rakyat ...
Aku bukan kecewa ...
Aku bukan dibayar oleh sesiapapun selama ni ...
Aku bukan dah kena beli dengan Anwar Ibrahim tu ...
dan pastinya , Aku bukan Geng 11 punnn ...
Hehehe .....

Pada aku,
aku sepi / sunyi / berehat sebentar / slow / ala-ala stop / ala-ala resign / ala-ala merajuk dengan dunia blog ni, sebenaqnya tak ada alasan lain , ianya hanyalah disebabkan oleh KETIADAAN MASA SESUAI UNTUK AKU MENULIS ARTIKEL ... Aku sejak beberapa bulan lalu, dibebani masalah kesempitan masa, tiada ruang untuk aku berbicara panjang kerana banyak komitmen lain yang perlu aku uruskan ...

Jadi, blog AloQStaQ ni nampaknya kurang aktif sejak Awal 2010... cuma kekadang bila ada sedikit masa untuk aku menulis, maka aku berkesempatanlah memberi komen-komen di ruangan komen kat blog
"Musuh merangkap Sahabat" aku di "KedahLaNie" ... Demi untuk menangkis dakyah2 yang dilontarkan oleh bebudak Pro-PR terhadap UMNO/BN.

Walaupun aku tahu, blog aku ni tidaklah sehebat blog-blog sahabat aku di
"KedahTimes", "DetGuaq" , "AmokanPang5Husin" dan lain-lain blog pro-UMNO/BN di Kedah, tapi aku sedar masih ada segelintir pembaca yang melawati blog ini dan mereka memerlukan maklumat untuk berperang dengan Pakatan Rakyat. MAAFKAN AKU kerana lemah dalam hal ini. Aku cuba sedaya upaya memperbaikinya. InsyaAllah.

Semoga perjuangan UMNO Kedah terus sedar dan bangun segera.
Blogger seperti aku, hanya mampu buat sekadar terdaya ... UMNO Kedah keseluruhannyalah yang harus bingkas bangun , bangkit segera dan lantas berjuang bermati-matian demi survival parti keramat ini di bumi Kedah.

InsyaAllah, aku akan cuba sedaya upaya untuk membantu ....


Admin,

AloQStaQBlog
24 Ogos 2010
14 Romadhon 1431H
(9:45 Pagi)

0 komen:

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP