Thursday, December 10, 2009

KES LIWAT : Semakin ramai rakyat dah mula syak ia BERLAKU dan mula PERCAYA ...

Berikutan keputusan Mahkamah Tinggi minggu lepas yang membuat keputusan menolak permohonan tertuduh untuk menggugurkan kes, seterusnya Mahkamah Tinggi menetapkan 25hb Januari 2010 sebagai hari Perbicaraan Kes Liwat Dato' Seri Anwar LAWAN Saiful Bukhari Azlan, nampaknya kini sudah ramai dah mula syak bahawa Tertuduh TAKUT KERANA SALAH. Para pengikut Pak Syiekh Nuar yang tegar dulunya, kini semakin pudar ketegaran mereka melihat sandiwara berpanjangan ketua pergerakan Pakatan Rakyat yang cuba menunda-nunda bacaan kes untuk diadili.

Terbaharu, dikatakan anggota-anggota pembelaan Anwar menyatakan hasrat untuk membuat rayuan supaya perbicaraan yang diputuskan pada 25hb Januari 2010 tersebut ditangguhkan lagi. Maknanya, ini dah masuk kali ke ntah berapa permohonan untuk melengahkan perbicaraan dibuat.
Padahal, sewaktu kes Nizar LAWAN Zambrey untuk diputuskan siapa MB Perak beberapa ketika dahulu, sejurus keputusan Mahkamah menyebelahi Nizar, Anwar terus membuat kenyataan media (juga tersiar di blognya) bahawa beliau menyambut baik keputusan tersebut. (hanya kerana kes itu menyebelahi kepada Nizar).
SILA KLIK & BACA Di SINI .

Pada pandangan aku, Anwar ada 3 Pilihan yang boleh dipilih ...

Masuk Mahkamah -> Buktikan tidak terlibat dengan liwat -> Menang Kes -> Semua rakyat respek dan sanjung kamu (... melangkah ke Putrajaya).

ATAU

Masuk Mahkamah -> Terbukti bersalah meliwat Saiful Bukhari -> Masuk Penjara menerima balasan Dunia & nantikan balasan di Akhirat.
Malaysia akan SELAMAT.


ATAU

Takut nak Masuk Mahkamah -> tak ada bukti untuk mempertahankan diri -> biar rakyat tertanya-tanya -> Terus mohon tangguh, gugur kes, tangguh -> Terus Bersandiwara & berlakon -> Tidak berkesudahan .

Jadi, setakat ini jelas kelihatan Anwar memilih pilihan yang terakhir itu demi menyelamatkan karier politiknya serta terus menipu penyokongnya sepanjang masa.

Ramai yang kini menyedari diri mereka tertipu dengan sandiwara tidak berkesudahan Anwar. Mereka telah mula menarik diri dari terus mempertahankan Anwar seperti sebelum ini.

Bagi sesetengah mereka, kalau benar wira yang disanjung mereka itu benar, sudah barang pasti, beliau akan menggunakan slogan yang sering beliau gunakan selama ini sewaktu berceramah & berdemonstrasi iaitu : "LAWAN TETAP LAWAN" ... "BERANI KERANA BENAR" ... "ANWAR TIDAK PERNAH TAKUT!" & "SAYA TIDAKKKK GENTARRRR!!" ....

Ini tidak ... Nampaknya, kecuttttttttttt memanjanggg! ... Macam ponen! ...

Wahai Anwar Ibrahim! ... Buktikan kata-katamu. LAWAN TETAP LAWAN! ... Masuklah Mahkamah untuk membuktikannya pada 25hb Januari 2010 ... JANGAN MOHON TANGGUH PERBICARAAN LAGI!


AloQStaQ
10-12-2009
10:30 Pagi

5 komen:

PORTMAN December 10, 2009 at 12:32 PM  

Rakyat terutama Melayu bertambah bijak dan mampu menilai yang baik atau tidak. Kalau 1997 mungkin ramai yang kurang bijak terutama dlm IT tapi sekarang lambakan informasi di mana-mana.

Sahabat karib Bro Anwar-Nallakarupan pun dah berpaling tadah, begitu juga Anuar, Ezam, Chandra. Dan mereka bukan sekadar menarik diri tetapi juga mahu rakyat tahu siapa sebenarnya Bro Anwar. Mereka ni antara yang paling dekat dgn Bro Anwar dan tahu siapa Bro Anwar. Yang masih bersama Bro Anwar sejak dulu Azmin & Shamsidar yang itu pun dikaitkan dengan memiliki saham berjuta ringgat dari sumber yang kurang pasti.

Kalau dulu sibuk berdemotrasi untuk keadilan mengapa sekarang pengikutnya tak buat untuk keadilan pemimpin mereka sendiri? Masih ada konspirasi oleh kerajaan?
Kalau Saiful berani bersumpah laknat mengapa tidak Bro Anwar?

Perpecahan kaum Melayu disebabkan Bro Anwar yang gilakan kuasa untuk menjadi PM. Kita doakan Melayu berbeza parti politik di bumi bertuah ini dapat bergabung di dalam menstabilkan kemelut yang tak sudah.

Admin CCZ December 10, 2009 at 8:03 PM  

Salam..Manusia tak mampu menongkat dunia..Dah terlalu lama Anwar inginkan kuasa. Kalau Anwar seorang yang mulia, dia tentunya bersikap tenang dan berserah pada Allah Taa'la. Tetapi sebaik saja dipecat terus melompat dengan jelingan yang amat tersirat dnedam dan jahat. Kedua bila Saiful membuat dakwaan, Anwar lari ke Kedutaan Turki dengan memberi alasan yang begitu bodoh. Macam tak percaya kenyataan itu dibuat oleh bekas Timbalan Menteri Malaysia..

hans December 11, 2009 at 8:19 PM  

haih
aku tak tahu bila benda ni nak habis
sebab kes2 macam ni merugikan kita semua

glassman December 13, 2009 at 9:31 PM  

Takut nak Masuk Mahkamah -> tak ada bukti untuk mempertahankan diri -> biar rakyat tertanya-tanya -> Terus mohon tangguh, gugur kes, tangguh -> Terus Bersandiwara & berlakon -> Tidak berkesudahan .. Hang lupa. ajak orang2 bodoh tunjuk perasaan jalanan. Mesti buat niii...

Bapak3 December 14, 2009 at 10:51 AM  

Apakah anwar akan cabut lari bersembunyi dibelakang penaja2nya bila kes akan bermula? Mungkin tak boleh lagi, sebab penaja2nya, dalam kes kali ini telah mendiamkan diri. Tak spt 1998 dimana mereka membuat bising dengan tong2 kosong, boikot dan mcm2 lagi, kali ini mereka seolah2 menjauhkan diri dari anwar. Adakah masa untuk anwar akan habis?

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP