PEMBANGKANG Dalam SPRM ... Profesional-lah sikit!
Aku tertanya-tanya, setelah "rebranding" Badan Pencegah Rasuah (BPR) Malaysia sehingga menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dikatakan ianya menambahbaik sistem kerja BPR dahulu kepada satu sistem yang lebih telus dan baik ... Diwujudkan beberapa Jawatankuasa yang menampakkan SPRM telus dan lebih berkredibiliti. (Ini semua kerja "cerdik" Tun Dr. Abdullah Badwi la ni!)
Di antara Jawatankuasa SPRM yang diwujudkan adalah Jawatankuasa Khas yang dibarisi juga oleh wakil-wakil parti Politik (Pembangkang):
- Y.B. Dr. Tan Seng Giaw (DAP)
- Y.B. Salahuddin bin Hj. Ayub (PAS)
- Y.B. Senator Ir. Hj. Zamri bin Hj. Yusuf (PKR)
- Y.B. Dr. Tan Seng Giaw (DAP)
- Y.B. Salahuddin bin Hj. Ayub (PAS)
- Y.B. Senator Ir. Hj. Zamri bin Hj. Yusuf (PKR)
Hmmm .... Ada wakil Pembangkang rupanya dalam SPRM ni. Tapi, kenapa mereka-mereka ini tiada respon positif terhadap SPRM dalam kes Teoh? ... Aku pun heran. Sepatutnya orang-orang macam ni menjelaskan kepada parti masing-masing untuk memahami keadaan yang berlaku supaya tidak menjadi isu politik berpanjangan tanpa kesudahan.
Kalaupun mereka tak dapat apa-apa maklumat lanjut atau detail mengenai siasatan SPRM terhadap Exco Selangor serta ADUN yang berkaitan, sehingga rentetan Teoh meninggal dunia akibat jatuh dari Bangunan Masalam, cukuplah sekadar mereka bertiga di atas bersuara supaya isu tersebut jangan dipolitikkan sehingga seolah-olah SPRM "Sudah Dihukum BERSALAH" oleh mahkamah Parti DAP + PKR + PAS !
Biarlah siasatan dijalankan dengan rapi dan mudahkanlah siasatan diselesaikan. Jangan cuba mempropagandakan isu ini di jalanan. Profesional-lah sikit!
Secara peribadi, aku tak nampak langsung kematian Teoh ni perlu dipolitikkan. Ini kerana, apa untungnya Teoh mati, sedangkan beliau diperlukan benar oleh SPRM untuk melengkapkan siasatan terhadap tuduhan kepada Exco/Adun Selangor! Pikirlah dengan logik.
Pembangkang suka sangat mengada-adakan isu, cuba putar belit isu, alih tumpuan rakyat pada isu asal, buat keputusan sebelum siasatan selesai dan tidak mempercayai keputusan Mahkamah seandainya TIDAK MENYEBELAHI KEPADA PEMBANGKANG.
Aku menyeru, atas nama Keadilan Untuk Teoh, dan demi kesejahteraan rakyat, dan untuk Malaysia khasnya, KETIGA-TIGA WAKIL PEMBANGKANG DALAM JAWATANKUASA KHAS SPRM DI ATAS MENYERU PARTI-PARTI YANG MEREKA WAKILI UNTUK BERSABAR DAN TUNGGU SIASATAN RAPI POLIS TERHADAP SPRM DAN SEMUA YANG TERLIBAT.
Kalau lepas ini disahkan SPRM bersalah, barulah buat bising! Sekarang bukan masanya.
AloQStaQ
.
5 komen:
Depa tu tutup mulut pasai depa tau kisah sebenar.
Betoi la tu kot Etong ... hehe ...
Masakan tidak, kalau bersuara naya parti ... jadi, depa senyap jer la demi perut sendiri.
//A.S\\
gasak jgn tak gasak...
bodo la kalau SPRM tu p buhun orang kat pejabat dia sendiri... orang yang tuduh SPRM buat lagiiii la bodoooo...
PR ni kalu geng dia bunuh orang kata orang tu bunuh diri, kalau geng dia bunuh diri kata orang yang bunuh..... haram jadah betoiiii
biasalah aloq staq oooi.. perangai depa dah macam tu...
P/s - nama hang tak tukaq ke aloq setaq ka????
he he he - sekadar gurauan
tok mat kuala kedah
kalau rajin - sila lah ke blog tok yang tak seberapa ni...
http://sembangpolitikkuala.blogspot.com/
jom wahai muslimin n muslimah kita sama baca ayat kursi demi menerangi sgala kegelapan yg menyelubungi tanah air kita umat kita..
Post a Comment