Sekitar Majlis PERHIMPUNAN PEMUDA MELAYU menampilkan Dato' Mukhriz & Hj.Megat
Telah berlangsung satu majlis anjuran Pergerakan Pemuda Bahagian Kubang Pasu pada Sabtu malam 28hb Jun 2009 jam 9.30 Malam. Majlis yang diberi nama Perhimpunan Pemuda Melayu telah berjaya menarik ramai pemuda di dalam kawasan dan dari luar demi menyokong penganjuran ini. Jutaan terima kasih kepada semua hadirin.
Majlis ini telah diserikan lagi dengan kehadiran beberapa tokoh politik UMNO dari Kubang Pasu khususnya dan Kedah amnya. Kehadiran begitu ramai hadirin dari segenap lapisan usia memberikan gambaran jelas bahawa kekuatan UMNO masih ada dan UMNO masih relevan asalkan anjakan diberikan kepada parti ini selaras dengan kehendak rakyat khususnya Melayu.
Antara tetamu kehormat yang turut bersama-sama menjayakan majlis tersebut adalah YB Dato' Haji Ahmad Zaini selaku ADUN Bukit Kayu Hitam, Saudara Syafiqurrahman selaku Exco Pemuda UMNO Malaysia merangkap Ketua Pemuda Kuala Kedah dan para veteran parti yang berjuang sejak dulu bersama-sama UMNO.
Penceramah pada majlis Perhimpunan Pemuda Melayu ini adalah Dato' Mukhriz Tun Dr. Mahathir (Bendahari UMNO Kedah & Ahli Parlimen Jerlun) dan Tuan Haji Megat Zulkarnain Bin Dato' Hj Omardin (Exco Pemuda UMNO Malaysia & Ketua Pemuda Gombak).
Majlis diadakan diperkarangan rumah Encik Ani bin Hashim.
Majlis bermula pada jam 10 malam dipengerusikan oleh Saudara Shafarizam Baderon, dimulakan dengan bacaan doa oleh AJK Pemuda Kubang Pasu Saudara Shakri Halib dan diikuti ucapan aluan oleh Paktam (Aminuddin Omar) Ketua Pemuda UMNO Kubang Pasu selaku penganjur.
Seterusnya ucapan dari Dato' Hj Ahmad Zaini yang bersyukur dengan aktiviti Pemuda Kubang Pasu yang berterusan dan mengingatkan hadirin supaya meneruskan sokongan kepada UMNO demi kebaikan umat Islam dan Melayu.
Majlis seterusnya menjemput penceramah utama iaitu Dato' Mukhriz Tun Dr.Mahathir. Beliau memulakan ucapan ceramahnya dengan bertanyakan kepada hadirin, "Bayangkan Anwar Ibrahim sebagai PM, Lim Kit Siang sebagai TPM, Hadi sebagai Menteri Agama?" Satu soalan yang cukup mendalam, untuk mengingatkan betapa umat Melayu akan kehilangan kuasa politik dalam negara sendiri.
Dato' Mukhriz juga menyenaraikan beberapa perkara yang perlu diubah demi meneruskan survival UMNO di tanahair tercinta iaitu dengan menghapuskan pertikaian dalaman parti. Tidak perlulah terlalu mempertikaikan parti pada masa ini, padahal masa ini adalah masa untuk menguatkan parti.Selain itu, sektor pendidikan juga haruslah menjadi tunjang utama untuk menguatkan anak bangsa dan menyatupadukan semua kaum. Dari pendidikan, anak Melayu akan dapat menimba ilmu yang pastinya akan menjamin masa depan diri serta negara yang dihormati. Walaupun cadangan beliau untuk diwujudkan sekolah satu sistem dibantah oleh ramai orang khususnya pembangkang, tetapi beliau optimis cadangan tersebut jika dapat diperhalusi dan dikaji untuk dijalankan, maka akan wujud kebaikan kepada seluruh generasi Malaysia dan negara khususnya.
Beliau juga menyentuh mengenai DEB yang telah terbukti menjadikan orang Melayu lebih tinggi taraf ekonominya dan tidak banyak jurang berlaku antara kaum. Inilah bukti jelas yang menunjukkan bahawa UMNO berjaya menjadikan bangsa Melayu dihormati di tanahair sendiri.
Memberi contoh di Perak, Melayu akan hilang kuasa politik jika kerusi yang dimenangi oleh bangsa asing menguasai dewan. Beliau menyeru kepada hadirin supaya berfikir dengan mendalam sebelum tersilap memilih kerajaan sebagai pimpinan. Jika hilang kuasa politik Melayu, maka hilanglah kedaulatan Melayu di tanahair sendiri.
Beliau juga menyatakan secara peribadi, beliau menyokong idea Kerajaan Perpaduan. Tetapi akhirnya idea itu tidak dapat direalisasikan hanya semata-mata kerana halangan dari seorang manusia bernama Anwar. Anwarlah punca segala kecelaruan ini. Justeru, Dato' Mukhriz mengatakan bahawa Gagasan 1 Malaysia yang dilaungkan oleh Dato' Sri Najib pada hari ini tidak mungkin akan dapat dicapai secara total jika Melayu sendiri tidak bersatu sesama sendiri.
Sebagai penutup ucapan beliau, Dato' Mukhriz mengingatkan hadirin serta seluruh bangsa Melayu agar bersatu padu di bawah panji-panji UMNO demi Agama, Bangsa dan Tanahair.
Setelah itu, majlis diteruskan dengan penceramah kedua iaitu Tuan Haji Megat Zulkarnain Bin Haji Omardin.
Haji Megat menceritakan detik bagaimana beliau berhadapan dengan Karpal Singh kerana keceluparan Karpal mencaci Pemuda UMNO sebagai celaka. Bagi beliau, pemuda UMNO adalah pemuda Melayu.
Apabila seorang yang bergelar Singh yang tidak sedar diri dimana tanah tempat berpijak dan kepalanya menjunjung langit, mengherdik Pemuda UMNO (yakni Pemuda Melayu) maka tahap kesabaran beliau sudah sampai kekemuncak, jadi beliau hadir ke Parlimen tempohari untuk mengingatkan Karpal bahawa beliau serta rakan-rakannya adalah wakil jutaan pemuda Melayu yang tidak gentar untuk berhadapan dengan sesiapa jua, dan mengingatkan Karpal bahwa Pemuda UMNO bukanlah celaka seperti didakwa.
Senada dengan Dato'Mukhriz, Haji Megat juga mengingatkan para Pemuda UMNO Kubang Pasu dan pemuda keseluruhannya mengenai kuasa politik yang seharusnya dijaga dan dikuasai oleh Melayu, demi generasi akan datang. Beliau turut mengingatkan bahawa tragedi 13 Mei boleh berlaku sekali lagi seandainya kuasa orang Melayu diperkotak katikkan.
Menarik sekali apabila Haji Megat memanggil tiga anak kecil (gambar) yang leka bermain-main disekitar majlis sebagai simbolik kepada ucapan beliau, dimana beliau mengingatkan kepada seluruh pemuda khususnya pemuda Melayu bahawa zaman anak-anak kecil tersebut kini adalah dibawah tanggungjawab kita generasi kini. Ini kerana pada zaman dulu, generasi bapa-bapa dan ibu-ibu kita, telah berjuang habis-habisan demi kesejahteraan generasi kita sekarang. Sedangkan apa akan jadi kepada generasi kecil kini yang akan hidup menempuh zaman akan datang jika kita sebagai generasi dewasa ini tidak dapat mewarisi sesuatu kekuatan bangsa kepada anak-anak kecil itu.
Selain itu, Haji Megat juga mengatakan bahawa kekuatan ekonomi umat Melayu pastinya satu asas utama untuk menjamin kekuatan Islam di Malaysia. Tidak cukup dengan hanya berdoa dan membaca tanpa henti "ayat Seribu Dinar" sepanjang hari di dalam masjid, jika tiada usaha untuk meningkatkan ekonomi bangsa Melayu, maka kekuatan Islam di tanah Melayu ini akan turut hancur. Inilah perlunya kuasa politik orang Melayu dan inilah yang telah dibuktikan oleh UMNO selama ini. UMNO berjuang demi survival orang Melayu dari segenap segi, ekonomi, pendidikan, agama dan sosial.
Mengakhiri ceramah beliau, Haji Megat mengatakan bahawa satu pesanan dari Ayahanda beliau sebagai Mahaguru Silat Lincah yang sentiasa digunapakai oleh beliau, "Satu langkah orang (musuh) bergerak ke hadapan, kenalah kaji kenapa dia melangkah?" Ini kerana bangsa Melayu kadangkala tidak mengambil peduli langkah orang lain sedangkan langkah tersebut berkemungkinan boleh mengambil kesempatan kepada bangsa ini. Beliau mengakhiri ceramahnya dengan laungan 3 kali HIDUP MELAYU dan HIDUP UMNO disambut oleh seluruh hadirin.
Majlis bersurai pada lebih kurang jam 11.30malam.
Dato'Mukhriz dan Haji Megat serta tetamu kehormat dijemput oleh Ketua UMNO Cawangan Kampung Padang Halban, Tuan Haji Yusof Ramli menjamu selera dengan pulut durian di rumah beliau sejurus selepas majlis.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Majlis PERHIMPUNAN PEMUDA MELAYU ini! Semoga UMNO terus mara, demi Agama, Bangsa dan Tanahair tercinta... HIDUP UMNO!
Laporan disediakan oleh : AloQStaQ (29hb Jun 2009 : 10mlm)
4 komen:
tahniah kpd pihak penganjur kerana telah berjaya melaksanakan program yg besar menafaatnya kepada umat manusia yang masih sedar dan mahukan UMNO sebagai tunjang perjuangan untuk agama, bangsa dan negara kita.
ASLHAMDULILLAH, SAYA SERONOK BETUL TENGOK BILA ADA MAJLIS MACAM NI, MAJLIS BEGINI LEBIH MERAPATKAN KITA PADA RAKYAT!
BESTNYA KALAU DAPAT JOIN KAN...HE HE HE
Taniah Dan Aku amik hang punya post bro
Hehe.. apasal tak amil gambar nur?? ekekeke... Apakan daya.. saya ni tak famous katakan.. kui kui kui.. Terkilan sis saya tak dpt ikut sama.. apakan daya, xde rezeki... Lega saya dapat melepaskan kerinduan untk mendengar kata-kata dari Tun M..!
salam perjuangan..
NurLyna
Post a Comment