PARAH ... MELAYU MAKIN KRONIK Dikerjakan MAKHLUK PEROSAK
Sebermula awal dulu lagi telah wujudnya dua parti Melayu Islam yang besar di Malaysia iaitu UMNO dan PAS. Maka, orang-orang Melayu sudahpun terbahagi dua kumpulan dalam majoriti yang besar bagi kedua-dua parti.
Berlarutan berbelas tahun, berpuluh tahun UMNO dan PAS ibarat seteru yang tidak pernah dapat bersatu dalam ertikata sebenar. Cuma sekadar dapat ber"tunang" sekejap, lepas tu "putus tunang".
Justeru, berkelahilah semula sehinggakan keluarlah fatwa-fatwa songsang "UMNO Kafir" "Haram makan sembelihan orang UMNO" "Undi PAS masuk Syurga, undi UMNO masuk Neraka" sehingga timbul isu pulau-memulau kenduri kendara, tidak ziarah kematian orang yang bukan satu parti dan macam-macam lagi pendapat serta perbuatan yang menambahrosak hubungan serumpun sebangsa seagama ini.
Tetapi, selama yang demikian, tidaklah begitu menjadi masalah kronik, walaupun pendapat berbeza, ideologi berbeza, musuh-memusuhi antara UMNO dan PAS, pada pandangan aku, masih ada cahaya yang bersinar, menunggu di hadapan sana selagi UMNO dan PAS adalah sebuah parti yang kukuh prinsip perjuangannya mengikut Dasar Penubuhan Parti masing-masing.
Presiden bertukar Presiden, Timbalan Presiden bersilih ganti, masih lagi kedua-dua parti besar bangsa Melayu Islam ini (UMNO & PAS) bergerak seumpama "carik-carik bulu ayam" sahaja. ITU DULU. (diulangi : ITU DULU)....
Tetapi, semenjak UMNO membuang seorang "makhluk perosak" dari partinya demi menyelamatkan Agama, Bangsa dan Tanahair tercinta ini, "makhluk perosak" itu telah mengambil langkah berseteru dengan UMNO tetapi tidak pulak join PAS! .... Terbukti, "makhluk perosak" ada agendanya sendiri.
"Makhluk perosak" itu menubuhkan parti campur pelbagai kaum yang kononnya memperjuangkan Keadilan. Walaupun begitu, sedikit sebanyak umat Melayu Islam terpedaya dan terjerumus ke dalam parti auta ciptaan "makhluk perosak" tersebut. Parti yang menempek kekuatan PAS sahaja. menghisap darah PAS untuk mengukuhkan survival "makhluk perosak". Kini, jadilah ia parti ketiga Melayu Islam (yang dicampuradukkan dengan kaum lain) - apapun hakikatnya, majoriti kaum Melayu Islam lah yang lebih ramai dalam parti tersebut ... Melayu terpecah lagi di sini. Gara-gara si "makhluk perosak" gila nak jadi PM tanpa menggunakan platform PAS.
Tersenyum girang "makhluk perosak" melihat perpecahan yang semakin banyak berlaku dalam satu institusi 'bangsa terbesar' di tanah ini.
Tidak cukup dengan itu saja, "makhluk perosak" telah menghantar lebih awal soldadunya menyelusup ke dalam parti PAS, demi untuk "mengkudakan" PAS untuk mencapai matlamatnya. Terhasillah apa yang disebut menjelang Muktamar ke-55 PAS yang lalu sebagai PUAK ERDOGAN!
Puak yang di'mastermind'kan oleh "makhluk perosak". Ini fakta. Semua orang tahu, bukan setakat cerita dari mulut ke mulut di kedai kopi, atau hanya rekaan orang UMNO seperti aku, bahkan cerita PUAK ERDOGAN ini telahpun diakui oleh ramai kepimpinan tertinggi PAS sendiri. Mereka telah merasai kewujudan puak Erdogan ini dalam parti PAS dan mereka percaya puak ini boleh menjahanamkan PAS jika tidak dibendung dari awal. Mudah cerita, PUAK ERDOGAN WUJUD DALAM PAS ADALAH UNTUK MEM"PKR"KAN PARTI PAS.
Ini telah dibuktikan bahawa Erdogan ditolak oleh puak-puak Ulamak serta majoriti Ahli PAS (khususnya yang mengundi dalam Muktamar tempohari). Maka keputusan pemilihan Muktamar PAS - PUAK ERDOGAN KALAH TERUK, Ulama menang. Alhamdulillah! Opppsss! Belum selesai lagiiii .... Walaupun Puak Ulamak menang, tidak semudah itu penerimaan akar umbi serta ahli pertengahan dalam PAS. Khususnya kepada yang berjuang untuk Puak Erdogan.
Bak kata orang-orang tua "Rumah Siap Pahat Berbunyi", puak Erdogan menghentam habis-habisan puak Ulamak yang menang (secara demokrasi) semata-mata kerana mereka tak puaih hati dan tak menerima kekalahan Qada' dan Qadar Allah .......
Ahli PAS kali ini sudah terlalu jauh terpesong dari sifat hormat pemimpin mereka berbanding dulu, sebabnya mungkin otak mereka sudah diselaputi ideologi "makhluk perosak". Ideologi yang telah diterapkan sejak beberapa tahun lalu oleh Puak Erdogan yang disusup masuk lebih awal sejurus "makhluk perosak" diterajang keluar dari UMNO.
Hari ini jika kita kunjungi blog-blog bebudak pro-PAS, boleh dikatakan semuanya (majoriti) mencaci maki Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasha dan Kepimpinan Tertinggi PAS (Ulamak) yang bercakap mengenai Kerajaan Perpaduan. Maka bertambah gempita kebencian ahli akar umbi membalun, mengganyang secukup-cukupnya Timbalan Presiden tersebut laksana Ustaz Nasha adalah Musuh Dalam Selimut PAS ... Sedangkan, Ustaz Nasha baru bercakap pasal Perpaduan! Bukannya Ustaz Nasha dah sain agreement Kerajaan Perpaduan tu lagi pun! Perbincang secara rasmi pun belum lagi, ni sudah teruk Ustaz Nasha dikerjakan oleh para ahli PAS yang tidak beradap .... kesian dia ... Siap suruh Ustaz Nasha keluar PAS join UMNO!? HAHA ... Wayar Putuih!
Ini semua timbul akibat "makhluk perosak" yang sudah berjaya meracuni jiwa hampir keseluruhan ahli PAS (yang sayangkan Puak Erdogan) termasuklah "seorang tua yang merasakan kedudukannya LEBIH BESAR dari pangkat Presiden PAS" .... Langsung tidak mahu mendengar, melihat apatah lagi menilai konsep yang dicadangkan oleh Presiden PAS dan Timbalannya. Mereka seolah-olah "diarah" supaya menutup telinga dan mata dari mendengar mengenai Kerajaan Perpaduan (yang boleh menjahanamkan matlamat "makhluk perosak" untuk jadi PM!).
Sudah nampak jelas bibit-bibit kebinasaan dan kehancuran sebuah parti Melayu Islam yang kononnya memperjuangkan Islam sebagai Dasar Penubuhan Parti. Dulunya semasa PAS sendirian tanpa Pakatan, berani dan berapi menyebut mengenai PAS AKAN LAKSANAKAN HUKUM HUDUD & PERJUANGAN NEGARA ISLAM.
Tetapi sejak bersekongkol dengan "makhluk perosak" itu, prinsip asal penubuhan dan perjuangan PAS sudah hancur. Tambah lagi berpakat pulak dengan parti yang total memusuhi Konsep Negara Islam - DAP, lagi teruk dua kali ganda! PAS kini hilang arah perjuangan.
DALAM MUKTAMAR PAS KE-55 BARU-BARU INI, PERWAKILAN PAS HANYA BERTELAGAH MENGENAI ISU KERAJAAN PERPADUAN SAJA DIKALANGAN PERWAKILAN, LANGSUNG TAK KEDENGARAN DASAR ASAL PERJUANGAN PAS UNTUK KONSEP NEGARA ISLAM & KELANGSUNGAN DRAF UNTUK LAKSANAKAN HUKUM HUDUD! .... Inilah kejayaan BESARRRR Puak Erdogan dan "makhluk perosak" peliwat Agama, Bangsa & Negara !! ....
Nampaknya, kini Ahli PAS mungkin sanggup menjatuhkan PRESIDEN sendiri,
Demi membantu "MAKHLUK PEROSAK" mencapai kejayaan peribadinya ....
BERWASPADALAH.
AloQStaQ
.
3 komen:
Jika anai-anai kita boleh guna anti-termite.....tetapi nakhluk perosak jenis yg satu ni apa racun yg paling sesuai?
Bro...hang jadi dak mai 4th Julai ni? aku book nama hang dulu? kita sambut hari kemerdekaan amerika dgn doa supaya amerika mampuih cepat!
minta2 tercapailah kata sepakat tu
Post a Comment