PILIHANRAYA KECIL PENANTI YANG "SYOK SENDIRI" & PHOBIA TAKUTKAN BAS BERULANG!
CERITA AHAD (31 Mei 2009) : Pemimpin BN sibuk BUAT KERJA, Pemimpin Pembangkang tak sudah-sudah ber"politik murahan"!
Pilihanraya Kecil DUN N12 Penanti berlangsung (dikatakan) dalam suasana agak dingin dan hambar (kerana PKR berlawan dengan BEBAS dan bukan BN). Hanya 46.15% peratus yang keluar mengundi .... (Tak sampai separuh pun! iaitu 50%). Paling rendah dalam sejarah - kata SPR!BN yang awal-awal telah menarik diri dari jadi bodoh untuk bergelut dengan PKR dalam pilihanraya kecil "buatan" PKR kali ini nampaknya terbukti memberi satu kesan positif dimata rakyat! Lihat sahaja pemimpin BN hari semalam (Ahad) tidak perlu susah-payah untuk berpolitik, tetapi melakukan tanggungjawab serta tugas kepada rakyat dengan senang dan ikhlas sepanjang hari.
Menerima sedikit khabar dari sahabat (responden Permatang Pauh), pilihanraya kecil Penanti yang berlangsung semalam tidak menarik, tidak menjadi tarikan, tiada "aura", tidak menjadi "hari raya" dan ramai penduduk Penanti mengatakan PILIHANRAYA ITU MENYUSAHKAN RAKYAT SAJA! ... Yang bestnya, dikatakan ramai orang PAS tak keluar mengundi pun! HAHA! ....
Perangkap PKR terhadap sentimen rakyat tidak menjadi (dan PASTINYA AMAT-AMAT TIDAK MENJADI) kali ini .... PKR tersungkur dengan perangkap yang mereka sendiri wujudkan ...Mansor pastinya gembira dengan majoriti yang lebih besar berbanding Fairus pada Mac 2008 lalu. Sudah pula itu, beliau pasti akan dilantik menjadi TKM1 Penang. Seronoknya 2x ganda. TAHNIAH la Mansor sebab menang bergaya dan berjaya mempertahankan kerusi PKR di Penanti walaupun hakikatnya pilihanraya kecil Penanti 31 Mei 2009 adalah PILIHANRAYA KECIL SYOK SENDIRI SAJA.
Hakikatnya : Anwar gagal kali ini. Para pemimpin PKR gagal kali ini. Para pemimpin Pakatan gagal kali ini.
GAGAL yang dimaksudkan adalah :
- GAGAL UNTUK MENGAJAK UMNO/BN BERSAMA MEREKA MENGURANGKAN MASA KERJA UMNO/BN UNTUK RAKYAT.
- GAGAL "MELANYAKKAN" RAKYAT SUPAYA MENGIKUT RENTAK MEREKA.
Keputusan Piliharaya Kecil Penanti adalah tamparan buat pemain politik murahan ala pelacur yang mengambil sikap mudah menagih laba dari orang lain ... deorang yang nak seronok, rakyat jadi mangsa.
Sedangkan pada sepanjang hari semalam, para pemimpin BN bergerak ke sana sini untuk bekerja memenuhi aspirasi dan tuntutan rakyat di seluruh Negara! Tiada masa untuk BN melayan "politik murahan" PKR di Penanti ....
Tan Sri Muhyiddin selepas ke airport untuk menghantar Dato' Sri Najib berlepas ke Taiwan (untuk lawatan kerja), seterusnya Tan Sri Muhyiddin juga bergerak memenuhi jadual dan aturcara beliau sepanjang hari untuk bekerja demi rakyat, begitu juga dengan seluruh kepimpinan BN yang lain, pendekata 31hb Mei 2009 mereka bekerja sepanjang hari untuk rakyat. Ini lah yang rakyat mahukan. Bukan asyik nak berpolitik 24jam macam geng PKR yang mabuk undi!
Tapi, dalam pada masa yang sama, PKR di Penanti tak habis-habis menghentam BN, menyalahkan BN itu dan ini. Walaupun BN tidak bertanding di situ. Bak kata orang, PKR ini ada macam penyakit Gila Sawan.
Walaupun BN tidak bertanding Pilihanraya Kecil Penanti kali ini, mereka masih meneruskan agenda ceramah auta kepada rakyat Penanti dan terus menjadikan BN sebagai sumber kutukan utama dalam ceramah mereka. Terkini, dikhabarkan penceramah "ayam tambatan" PKR yang gila glamer tak sudah-sudah menyebut "UMNO/BN dah sewa BAS dan membawa pengundi keluar dari Penanti ke satu tempat peranginan" .... Ish ish , tak sudah-sudah dengan isu BAS apabila menjelang pilihanraya - idea lapok zaman tok nadok! BAS , BAS, BAS ....
Bila tiba pilihanraya aja, khususnya pilihanraya kecil, BAS akan menjadi phobia dan ketakutan kepada Pembangkang! ... Sejak dulu deorang suka tahan bas kononnya "PENGUNDI HANTU JEMBALANG" di bawa masuk ke kawasan pilihanraya, kali ni di Penanti deorang nak tahan bas kononnya bawa "MANUSIA BUKAN HANTU" untuk keluar dari kawasan pilihanraya! Apa nieee !? ...
Tak sudah-sudah buat cerita yang tak masuk dek akai ! Bodoh sangatkah UMNO/BN setiap kali pilihanraya nak guna BAS saja untuk angkut "masuk atau keluar" pengundi ???? ...
Lebih baik BN yang kaya raya ni gunakan kereta biasa aja untuk elakkan Pakatan buat ini jadi isu politik !!! ...... Bodoh punya Pembangkang! ... Bukan setakat kereta aja yang BN boleh gunakan, banyak lagi BN/UMNO boleh (kalau benar BN nak bawak pengundi hantu kononnya!) - BN boleh gunakan VAN, MPV, 4WD, SUV dan motosikal pun bolehhhh!!!
Logiknya, lebih baik BN/UMNO elakkan dari guna BAS, tak gitu?
Ini disebabkan, sejak berpuluh tahun dulu isu BAS bawa pengundi hantu ni selalu Pembangkang guna untuk dijadikan ISU YANG MEMBODOHKAN RAKYAT NI ...
Apa yang pasti, UMNO/BN tidak pernah melakukan segala kebodohan tersebut. Kalaulah pernah ada, dah pasti sudah lama UMNO/BN akan terkubur kerana "pengundi hantu" bukanlah seorang dua. Dan mereka bukanlah robot yang boleh dikunci mulut dari berkata-kata. Untuk menjamin kemenangan pilihanraya, mesti menggunakan ramai orang menjadi "pengundi hantu"...
Pastinya manusia akan berubah-ubah, dari begitu ramai "pengundi hantu" seperti yang digembargemburkan Pakatan Rakyat, takkan tak da seorang yang Pakatan boleh ambil sebagai saksi utama untuk di bawa ke road-show ceramah mereka dan mengakui bahawa dia adalah saksi dalam isu "pengundi hantu" ni? ... Alaa, macam si Ramlang Porigi yang diusung ke sana ke mari oleh Pakatan demi untuk menagih undi di Permatang Pauh dulu. Belum pernah ada lagi saksi yang tampil mengakui bahawa dia telah diperalatkan oleh BN sebagai pengundi hantu. Kalau ada sila buktikan. Kami tertunggu-tunggu nak tengok "HANTU" berwajah MANUSIA.
Kesimpulannya, auta pembangkang terhadap rakyat tak pernah habis. Rakyat kini ramai yang sudah mula sedar dengan mainan politik Pakatan. InsyaAllah, jika lepas ini ada lagi Pilihanraya Kecil "buatan" seperti ini, rakyat akan menolak Pakatan Penipu ini, dan tidak lagi sanggup ditipu sepanjang masa. Katanya, lepas ini MUNGKIN N34 di Kedah .... Tunggggguuuu ! ....
JANGAN TERUS TERHASUT DENGAN MAINAN POLITIK MURAHAN ANWAR BERAHI! ...
AloQStaQ
1 komen:
Wow!!! you need to calm down you high blood pressure, anda telah membuat description yang tidak berasas & berfakta.
(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَأٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْماً بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ)
(الحجرات : 6
. Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.
Pembangkang pernah membuat spekulasi tentang pengundi hantu setiap kali pengundian di seluruh negara, tapi takkan mereka sendiri menggunakan pengundi hantu sedangkan perjuangan mereka telah sepakat berlandaskan Islam & Al-Quran. Gambar I.C diatas itu sudah disalah-ertikan, mengatakan pembangkang menggunakan pengundi hantu yang menggunakan kad pengenalan palsu semasa pilihanraya? Ternyata terdapat kelemahan dalam bentuk menarik pengaruh pembaca blog, sebab apa?
Sudah ternyata Pembangkang bukan kuasa yang berpengaruh seperti kerajaan pemerintah(B.N), Pembangkang tidak mempunyai kuasa untuk membuat & menyalin kad pengenalan seperti Pejabat Pendaftaran yang selalu dikuasai B.N pada tiap-tiap pilihanraya. Ditambah-tambah pula, kad pengenalan yang ternyata di atas tidak mempunyai nombor, pengenalan peribadi & gambar. Tidakkah terlalu ketara jika Pihak Pembangkang membawa pengundi yang menggunakan Kad Pengenalan kosong tanpa pengenalan peribadi. Apakah para pemeriksa borang pendaftaran S.P.R yang dikatakan "badan yang telus" adalah insan "bebal" membiarkan pengundi menggunakan Kad Pengenalan yang kosong mengundi pada hari pilihanraya???.
Bak kata Agnes Monica, "Tak Ada Logika". Membuat huraian biarlah telus & berefisyen, bukan huraian umpama seperti "kanak-kanak dimomok-momokkan orang tuanya".
Post a Comment