Hilang Kepercayaan kepada Anwar,tunggu apa lagi? Tinggalkan Anwar Segera!
Sejak begitu lama ahli-ahli UMNO cuba membantu menyedarkan para ahli-ahli parti pembangkang. Semenjak dari zaman Antireformasi (Barisan Nasional lawan Barisan Alternatif) sehinggalah kini Barisan Nasional lawan Pakatan Rakyat, agar ahli-ahli dan penyokong parti pembangkang menyedari bahawa Anwar Ibrahim itu tidak boleh dipercayai dan tidak boleh diagung-agungkan sebagai pemimpin.
Ingat lagi September 1998, Tun Dr.Mahathir (pada masa itu, Dato' Seri Dr.Mahathir) mencetuskan satu keputusan yang di luar jangkaan dengan memecat Timbalannya dari semua jawatan kerajaan dan parti serta merta. Menggemparkan seluruh negara! Tetapi itulah hakikatnya Tun Dr.Mahathir sudah menghidu dan memastikan penuh yakin bahawa manusia yang bernama Anwar Ibrahim (Timbalannya) tersebut adalah seorang yang tidak boleh dipercayai dan tidak layak untuk dijadikan pemimpin.
Bermula detik itu, umat Melayu khususnya dan rakyat Malaysia amnya terbahagi tiga, kumpulan pertama yang menyokong tindakan Tun Dr.Mahathir , kumpulan kedua yang menyokong Anwar Ibrahim, dan kumpulan ketiga yang tidak kisah dengan apa yang berlaku dengan mengambil sikap atas pagar.
Bertahun lamanya kumpulan menyokong Tun Dr.Mahathir cuba sedaya upaya untuk menyedarkan kumpulan yang "terpedaya" yang menyokong Anwar. Melalui Internet, melalui akhbar, melalui buku serta artikel penulisan, melalui risalah, melalui perbualan, pelbagai bukti dan saksi dan semua jenis sumber informasi telah digunakan, sayangnya penyokong Anwar masih berdegil untuk menerima hakikat bahawa Anwar adalah seorang yang tidak boleh dipercayai sama sekali!
Sudah ramai juga yang telah "insaf" dan sedar hakikat bahawa Anwar itu pembohong dalam perjuangannya dan seorang yang "Dr.Jekyll and Mr.Hyde". Semua orang masih ingat apa yang pernah dimaklumkankan oleh Umi Hafilda dan lain-lain saksi, sehinggalah ke zaman ini dimaklumkan lagi oleh mangsa sendiri iaitu Saiful Bukhari. Semua ini adalah manusia-manusia yang pernah mengenali Anwar tidak seperti yang pernah para penyokongnya kenali! Di hadapan penyokongnya, Anwar telah "memakai kostum" si Alim dan warak.
16 September 2008 dipercayai Anwar akan menjejaki Putrajaya dengan "jalan belakang". Memang terlalu ghairah Anwar dengan cara "jalan belakang" sebegini, diumpan para Ahli Parlimen BN agar menyeberangi jambatan ke puak mereka dalam Pakatan Rakyat demi merealisasikan hasratnya menjadi Perdana Menteri yang hampir kesampaian pada 1998 dulu. Kini, kaedah memujuk untuk melompat digunakan Anwar, semata-mata ingin memerintah Malaysia. Tidak kesampaian sehingga kini. Janji hanya tinggal janji.
Akhirnya, pergolakan politik di Perak merangkumkan kisah putar alam Anwar. Seorang ADUN BN beralih arah dengan lari dari BN dan masuk PKR, Anwar menerimanya dengan tangan yang terbuka. Dengan penuh kasih sayang! Selepas 10 hari, berlaku pula kejadian yang Anwar tak ingini iaitu larinya pula 3 ADUN Pakatan Rakyat menjadi Bebas. Tamparan lebih hebat apabila ADUN BN yang lari dari BN ke PKR telah mengambil keputusan untuk kembali ke kem asal beliau BN. Mulalah terpacul dari semua mulut pemimpin PR, tohmah dan caci maki dan kata nista terhadap 4 ADUN terlibat dengan kemelut ini. Orang lain lompat masuk PR, diterima - tapi jika dari PR lari ke BN, bagi mereka itu adalah satu dosa yang amat besar!
Ini menampakkan bahawa Anwar sebagai Ketua Pembangkang Pakatan Rakyat sudah tidak dipercayai oleh wakil rakyat Pakatan sendiri! ADUN nya sudah lari dari landasan perjuangan. (Seolah-olah Yong Teck Lee SAPP yang sudah lari meninggalkan perjuangan yang diketuai Abdullah Badawi pada September 2008 lalu). Oleh yang demikian, ahli-ahli parti PAS, PKR dan DAP perlu memahami ini, sesungguhnya Anwar sudah tampak jelas seorang yang tidak boleh dipercayai dan perjuangan PKR selama ini demi Anwar adalah sia-sia.
Ditambah rencah apabila Pengerusi DAP Karpal Singh pulak bersuara bahawa "sudah lama dia bersabar dengan Anwar" ... Dan terpacul dari mulut orang tua DAP itu mengatakan "Anwar patut letak jawatan"! Kenapa? Tak perlu fikir terlalu mendalam jika tidak mahu, cukuplah sekadar memahami bahawa PEMIMPIN UTAMA PARTI PAKATAN SENDIRI SUDAH TIDAK TAHAN LAGI UNTUK BERSAMA ANWAR YANG KUAT MENIPU DAN PEMBOHONG INI!
Tinggalkan Anwar sendirian. Sedarlah sebelum terlambat.
JANGAN GADAIKAN MASA DEPAN GENERASI AKAN DATANG HANYA KERANA ANWAR IBRAHIM.
AloQStaQ
0 komen:
Post a Comment