Monday, November 24, 2008

BABI : APA ARAHTUJU & NIAT KERAJAAN PAS KEDAH?

AloQStaQBlog terkejut besar dengan kelulusan projek Ternakan Babi Moden oleh Kerajaan PAS negeri Kedah Darul Aman seperti yang dilaporkan oleh media pada minggu lepas.

Aku cuba menilik apakah maknanya semua ini, adakah ini dikatakan PAS sebagai Kerajaan Kedah : "Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua" ? ... Apakah skop Kandang Babi Moden ini merangkumi sekalian rakyat Kedah untuk mendapat manafaat daripadanya ? ... Hmmm, agak serabut untuk menjelaskan perkara ini.

Sebab UTAMA Kerajaan PAS "meluluskan" Projek Kandang Babi Moden ini dikatakan sebagai menghormati dan meneruskan kelulusan yang pernah dibuat oleh Kerajaan BN terdahulu (yang dinyatakan pernah meluluskan projek ini pada 4 Disember 2007).

HAH! ... YAKAH BEGITUUU? .... atauuuuu, ada udang disebalik kerangggg ??? ... hehehe ....
Aku terfikir 2 kemungkinan di sini :

1. Adakah secara politiknya, Kerajaan PAS sekarang nak maklumkan kepada rakyat bahawa idea awal/asal Kandang Babi Moden adalah datangnya dari Kerajaan BN dulu? Supaya rakyat "sedar/terbuka mata" dan maklum keadaan sebenar bahawa Kerajaan BN lah yang menjadi punca kepada pembukaan ladang babi di Kedah? ....

2. ATAUPUN ... Adakah Kerajaan PAS sekarang nak tunjukkan sikap keterbukaan mereka kepada bangsa-bangsa lain yang bukan Islam, bahawa mereka (Kerajaan PAS) juga mementingkan hak-hak bangsa lain dengan mewujudkan sumber makanan - Walaupun sumber makanan tersebut HARAM di sisi ISLAM, tetapi Kerajaan PAS masih sanggup meneruskannya di bumi ini !? ...

Lantas aku lebih tertarik dengan keadaan ini :

- Sejak PAS memimpin Kedah sejurus selepas PRU ke 12 tempohari, aku dapat banyak makluman dari sumber-sumber dalaman yang boleh dipercayai mengatakan Kerajaan PAS Kedah telah merombak struktur pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah termasuklah yang melibatkan kakitangan kerajaan negeri, agensi-agensi, GLC Kedah dan lain-lain jabatan/anak syarikat berkepentingan.

- Beberapa polisi dan projek yang pernah diluluskan Kerajaan BN Kedah dulu, telah dikaji semula dan ada yang telahpun dibatalkan atas sebab tidak sesuai untuk diteruskan oleh kepimpinan Kerajaan PAS sekarang! ...

Contoh antara polisi Kerajaan BN dahulu, yang secara terbuka dibatalkan oleh Kerajaan PAS Kedah sekarang adalah : polisi Tidak Membenarkan Penggunaaan Tanah Sawah Selain Untuk Padi. Ada jugak yang kata Kelulusan Membuka Premis Arak/Judi Baru di Negeri Kedah dah dihentikan (tapi Ustaz Azizan kata belum lagi - Pliz Re-Check perkara ini!). Dan jangan lupa kepada polisi Penebangan Hutan di Kawasan Tadahan Air (Dulu Kerajaan BN tak benarkan, kini Kerajaan PAS benarkan pula!) ... Juga jangan lupa mengenai review semula Kadar Cukai Tanah ... Anda masih ingat semua tu, kan?? Semua tu baru aja berlaku sejak Mac 2008 hari tu...

Manakala, contoh antara projek kelulusan Kerajaan BN dahulu, yang telah dibatalkan/tidak diteruskan oleh Kerajaan PAS Kedah adalah pembinaan Projek Petrokimia di Yan (dibatalkan sejurus PAS mengangkat sumpah memerintah Kedah 2008).

Itu semua menunjukkan bukti bahawa Kerajaan PAS Kedah mempunyai KUASA! dan memang berKUASA dan memang telahpun terbukti menggunakan KUASA yang ada, untuk mentadbir Negeri Kedah pasca PRU 12 lalu! ... Yakni, sudah ada berlaku penstrukturan pentadbiran, penukaran/pembatalan polisi Kerajaan BN dulu DAN kajian semula/pembatalan projek Kerajaan BN dulu! .....oooo ADA KUASA rupanya!

Nah! Kuasa sudah ada, dayung sudah di tangan, kolek sudah di air, mendayunglah ke mana arah tuju yang diingini ...

Adakah Kerajaan PAS Kedah ingin mendayung ke lubuk buaya? atau ke tasik biru? atau ke lautan dalam? ... Dahulu semasa Kerajaan BN memegang dayung dan mengemudikan kolek, pemimpin PAS lah yang menjerit-jerit dari tepi tebing memberi komen - itu tak kena, ini tak kena dalam cara Kerajaan BN mengemudikan dayung dan kolek ... kini, pemimpin PAS itu sudah pun memegang tampuk, jadi inilah masanya untuk mengaplikasikan komen-komen yang pernah dilemparkan kepada kerajaan terdahulu .... nampaknya, wal hasil balik hasal .... sama saja.

Terlintas juga difikiran, kenapa Kerajaan PAS Kedah mengambil langkah tidak porpulis ini ? (mungkin maksud tidak porpulis ini hanya di kalangan Muslim/Melayu di Kedah, TETAPI ianya amat porpulis dikalangan bukan Melayu dan bukan Islam kottt? ...) adakah ini maksud/niat nya? yakni ingin porpulis dikalangan bukan Melayu/Islam? Hmmm .... mungkin juga.

Apapun, mesti ada justifikasi disebalik keputusan Kerajaan PAS Kedah ini. Mesti Ada!

Sebabnya selama ini, rekod telah menunjukkan, apa saja pendekatan yang digunapakai oleh PAS, semestinya akan ada makna yang tersirat yang akan memberikan kredit dan keuntungan politik kepada parti PAS. Inilah yang masih aku tunggu nak tengok dan kaji untuk diuraikan ....

Apapun, sebagai rakyat dan anak jati Kedah (dan walaupun aku hakikatnya tidak sealiran dengan Kerajaan Negeri Kedah sekarang), aku menyeru kepada Kerajaan PAS Kedah ini UNTUK MEMBERHENTIKAN PROJEK KANDANG BABI MODEN INI SERTA MERTA bukan demi kepentingan politik mereka atau sesiapa, tetapi demi rakyat negeri ini yang sebelum ini "lari dari menyokong Kerajaan BN (yang dikatakan sebagai pelulus projek) untuk beri kepada PAS (yang dikatakan penyambung kelulusan projek Kandang Babi Moden Kedah ini) untuk memimpin Kedah sessi 2008 - 2012!!" ...

Kalau dalam bab ini, kalau AloQStaQBlog senyapkan aja, dan Kerajaan Kedah pun meneruskan projek bodoh ini, maka sudah pastinya satu ISU BESAR yang BN boleh mainkan perasaan rakyat Kedah untuk PRU 13 nanti dan peluang menghentam PAS amatlah cerah! ianya memberi satu kelebihan politik kepada BN .... tetapi, aku tak pikirkan perkara itu ....

Aku tak sanggup untuk projek ini diteruskan, aku akan lawan projek ini! .... ini kerana bagi aku, untuk Kerajaan PAS kedah bangunkan projek ini memerlukan kos yang tinggi yang sudah tentu akan menghabiskan duit rakyat , habiskan masa dan tenaga!

Sudahlah itu, projek ini juga pasti akan menyentuh sensitiviti Muslim dan Melayu di Kedah (tak kira parti manapun) yang sudah pasti 100% tidak mahu projek ini dibina di Kedah, lebih-lebih lagi di daerah mereka! atau lebih pedih di mukim mereka! atau lebih pedih di kampung mereka!!! ....

Kasihanilah kami rakyat Melayu/Islam Kedah yang tidak menginginkan ladang babi sama ada secara moden atau tradisional , tertutup mahupun terbuka ... Berilah 1001 alasan sekalipun, tetap aku akan lawan untuk projek ini di bina di Kedah! .....

AloQStaQ
24-Nov-2008
4:00 Ptg

9 komen:

hans November 24, 2008 at 7:22 PM  

Memetik ayat2 dari saudara : Manakala, contoh antara projek kelulusan Kerajaan BN dahulu, yang telah dibatalkan/tidak diteruskan oleh Kerajaan PAS Kedah adalah pembinaan Projek Petrokimia di Yan (dibatalkan sejurus PAS mengangkat sumpah memerintah Kedah 2008).

Kadang2 saya rasa elok juga dibatalkan...tanah orang melayu dapat diselamatkan..sebab saya tgok beria2 orang melayu Yan dkt situ nak jual tanah..ialah..dapat jadi kaya..tapi akhirnya diorang yg rugi..

pasal penternakan babi nih plak..saya secara jujur pun tak nak kedah nih menjadi salah satu tempat pembiakan babi..tapi kalau diteliti balik dia nak tetapkan dkt satu tempat dan ini secara tak langsung dapat mengelakkan pencemaran seperti yg berlaku dekat tempat saya belajar di Melaka dimana kandang babinya bersepah2 hingga menjejaskan kecantikan dan keindahan pantai berdekatan..

itu secara positifnya tapi saya rasa baik ternak lembu jer kan?
haha...

ini pendapat saya yg tidak bias la saudara...ialah..media massa suka mempolitikkan apa yg pembangkang buat sedangkan kerajaan pun melakukan benda yg sama...
wallahuallam

apa2pun harap projek kandang babi tu tak jadi dkt kedah...
saya sayang negeri saya sama macam saudara...

AloQStaQ November 25, 2008 at 9:38 AM  

Hans, TQ for the comment ...

Actually saya juga "agak menerima" kputusan Kerajaan PAS kedah untuk memberhentikan mana-mana projek yang telah diluluskan oleh Kerajaan BN dulu (yang pada pandangan Kerajaan PAS Kedah, projek tu membawa kesan buruk kepada alam sekitar ataupun rakyat).

Tapi, contoh yang saya maksudkan mengenai pemberhentian projek Petrokimia Yan tu adalah untuk memberi gambaran bahawa KERAJAAN PAS KEDAH MEMPUNYAI KUASA MUTLAK UNTUK MENGHENTIKAN MANA-MANA PROJEK KERANA MEREKA ADA KUASA PENUH SEKARANG NI.

Jadi, adalah tidak masuk akai kita bila Kerajaan PAS cuba menggunakan alasan KELULUSAN PROJEK KANDANG BABI MODEN ADALAH KERANA PROJEK INI TELAH PUN DILULUSKAN OLEH KERAJAAN BN TERDAHULU (Pada 4 Disember 2007)! ...

Kerajaan PAS patut mengambil langkah untuk MENGHENTIKAN PROJEK KANDANG BABI MODEN ini sepertimana yang mereka pernah buat pada projek Petrokimia Yan Mac/April 2008 lalu .... Sebab ini kuasa mutlak mereka ...

Sayangnya untuk Projek Kandang Babi Moden ini tidak pulak di batalkan, dah tu tuduh pulak projek ini idea Kerajaan BN dulu ... this is crap! Kenyataan macam tu sepatutnya tak perlu dikeluarkan ...

Pas Kedah sepatutnya memberikan alasan kukuh kenapa MEREKA = KERAJAAN PAS KEDAH SEKARANG akan membina kandang tersebut (tanpa merujuk bahawa ianya adalah kerana kelulusan Kerajaan BN dulu!) ...

Bagitau aja la, apa alasan sebenar mereka nak bina jugak-jugak kandang tu di tanah Kedah ni???

Hmmm, bab Babi ni yang ter emosional skit ni, Melaka riuh rendah tak mau walaupun sekoq babi di negeri depa, ni Kedah pulak nak offer diri buat kandang moden macam kat selangor?.Biol betui!...

hehe ... Hans, saya bukan marah ni, saya dok nasihatttt je kat Kerajaan Pas Kedah tuuu ...

hans November 27, 2008 at 2:53 AM  

haha...alah....tak rasa hati la kalau bro marah pun..

skrg saya lebih faham apa maksud bro..

okay...betul2...apa2pun no pig there(kedah darul aman)

sorry phua chu kang sikit..waakaka

Anonymous November 28, 2008 at 5:03 PM  

tu la bro.. kaji cara bijak.. YB Azizan dah buat yg terbaik.. dia ada tekanan dari syarikat yg nak buat projek tu yg dirancang masa pemerintahan dulu.. so dia publishkan.. so orang akan protes.. jadi dia ada point utk cancel projek tu sebab ada protes dari masyarakat setempat tanpa menyakitkan hati kaum lagi satu.. bijak ust.Azizan.. kalau MB dulu gerenti jadi dah.. satu lagi nak habaq.. tak nampak pun tanda2 projek tu kat kg saya.. saya anak jati bukit selambau.. yg media tunjuk tu kawasan industri kat bkt selambau.. mmg byk tanah lapang dan kosong situ... so bro pikir la kebijaksanaan Ust Azizan berbanding Khalid.

AloQStaQ November 28, 2008 at 7:14 PM  

(anonymous):
tu la bro.. kaji cara bijak.. YB Azizan dah buat yg terbaik.. dia ada tekanan dari syarikat yg nak buat projek tu yg dirancang masa pemerintahan dulu.. so dia publishkan.. so orang akan protes.. jadi dia ada point utk cancel projek tu sebab ada protes dari masyarakat setempat tanpa menyakitkan hati kaum lagi satu.. bijak ust.Azizan..
=====
AloQStaQ:
BIJAK? Dari tiada ladang, dia nak jugak wujudkan ladang, tu BIJAK? itu bukan BIJAK namanya, tapi opportunist ... dia nak porpulist ... Selagi dia & para Exco Kedah sebulat suara menyebut : PROJEK KANDANG BABI MODEN DIBATALKAN (MACAM PEMBATALAN PROJEK PETROKIMIA YAN) ,,, AKU TETAP TAKKAN KATA INI "BIJAK" ... TAPI OPPORTUNIST/NAK CARI POPULARITI/ MUNAFIQ! ... Sebab apa munafiq? berceramah sana-sini sebelum PRU12 hentam Kerajaan BN dalam bab Babi, bila depa memerintah, terus NAK JALANKAN PROJEK KANDANG BABI (MODEN)!!?? ... faxxx off!!! ...
======
(anonymous):
kalau MB dulu gerenti jadi dah.. satu lagi nak habaq.. tak nampak pun tanda2 projek tu kat kg saya.. saya anak jati bukit selambau.. yg media tunjuk tu kawasan industri kat bkt selambau.. mmg byk tanah lapang dan kosong situ... so bro pikir la kebijaksanaan Ust Azizan berbanding Khalid
=====
AloQStaQ:
Projek tu memang la tak nampak tapak lagi pun yang dibersihkan (clearing site), bahkan sekarang ni dikatakan bukan lagi nak dibuat di Bukit Selambau dah ... nak pindah di tempat lain dahhh! Tempat sapa nak kena?? PASTINYA BUKAN SUNGAI LIMAU....!!!
=====

Anonymous December 4, 2008 at 10:59 AM  

Bos.. aku rasa lah buka kandang babi 2 bukan sebab nak ambik ati kaum lain.. mungkin sebab nak kawal jumlah babi yg ada kat kedah ni.. kalau kandang bersepah sepah dinegeri kita ni mcm mana nak pantau..? Banyak kandang babi d tepi sungai ..?? Cuba bg cadangan untuk mengelak masalah ni.. jangan kondem x tentu pasal lah... cari alternetif lain la, pas 2 usul kan kepada org yg bertangungjawab... Melayu x maju sebab suka mencari salah orang lain...."Cuba muhasabah diri kita apa yg x kena"

AloQStaQ December 5, 2008 at 2:04 AM  

Anonymous (4 Dec) ...

Kalau nak kawal jumlah babi, tak perlu kandang yang mencecah jutaan ringgit ... menghabehkan duittt ja .... Jutaan ringgit yang dilaburkan untuk bangunkan kandang moden tu, mesti ada pulangannya! ... mudah pikiaq macam ni la, hang buat sebijik rumah banglo harga RM100ribu, kalau hang tak duduk lepas rumah tu siap, MESTI hang nak sewakan kepada sesapa, untuk cover sedikit sebanyak modai RM100ribu tu! ... jadi, konsep ladang babi tu sama la jugak ... ianya komersial punya projek! Bukan projek buat MESJID! Tiada pulangan dari segi wang, tetapi kerohanian! ...

Jadi, itu jawapan aku untuk mencelikkan hang wahai anonymous! ...

AloQStaQ

Anonymous December 5, 2008 at 11:10 AM  

Itu cadangan aja beb.. Kalau kau bijak sgt .. mcm mana nak sattle masalah babi ni?Kalau ada ramai org mcm kau ni... x ada lah benda yg akan selesai?(kemunduran melayu sebab suka cara salah org, bukan tolong betulkannya)*think smart bukan semak.Kalau nak kritik misti ada jalan nak selesaikan nya? Nak ke minum air sungai yg penuh dgn najis tu. Ini bukan untuk kepentingan politik la..
Selama ini pun banyak projek yg dikatakan pelaburan.. tp mana hasil nya.. Mcm2 koridor-koridor 2 .. mana hasil nya. Buat masjid banyak2 Tp x ramai yg guna. tu kau x nampak.. "Jangan Jadi Yg Bodoh Tp Buat-Buat Pandai".
* tempat AloQStaQ memang memang x kisah kot dgn ayaq bekas najis babi!.

AloQStaQ December 6, 2008 at 9:22 AM  

Ini bukan persoalan samada bijak sangat atau tak berapa bijak atau langsung bodoh stupid ...

Ini persoalan ianya tak wajar kerana ini masalah BABI.

Kalau macam kat Selangor atau Melaka yang memang dah TERLALU TERCEMAR tu, aku tak heran kalau kerajaan Negeri tu nak wujudkan kandang moden untuk mengawal pencemaran yang dah berlaku berpuluh tahun tu.

Tapi ni Kedah, aku tak nampak kesesuaian Kandang Moden tu sebab masalah disini tak perlukan pembaharuan teknologi dari segi Kandang TETAPI BAGI AKU SEELOKNYA KANDANG YANG ADA SELAMA INI (YANG TIDAK BEGITU KRONIK PERMASALAHAN KECEMARANNNYA) DITUTUP!

Nak makan babi, beli aja dari Melaka/Selangor yang banyak sangat babi tu ... Kedah tak payah buat langsung Kandang Moden, bukannya buleh bawak untung pun ... Takkanlah Kedah nak ternak babi dan export babi untuk dapatkan duit bagi hasil mahsul Negeri ini? hang gila ka apa???

Aku tak nampak Kerajaan Haji Azizan tu nak buat kandang Moden tu untuk cari makan ... tapi hanya sekdar memenuhi kehendak segelintir kaum cina di Kedah aja! Jadi, kalau macam tu, BIAQ JANGAN ADAKAN TERUS KANDANG DI KEDAH. ITU LEBIH SERTUS KALI GANDA MULIA DARI MEWUJUDKAN KANDANG MODEN.

Apa faham wahai Anonymous ?

Kalau bab bangsa lain, Melayu ni selalu sangat bertolak ansur, sehinggakan deorang tak mintak KANDANG MODEN pun, Melayu nak bagi kat deorang ... Baguihhhhnyaaaa Melayu .... PAS, Parti Untuk Semua ... Haprak!

AloQStaQ

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP