Saturday, October 25, 2008

TAHNIAH PERWAKILAN PEMUDA KUBANG PASU!


Kubang Pasu merupakan satu kawasan "panas" yang menjadi sebutan dan perbualan di seluruh negara terutamanya Pemilihan Pemuda UMNO tahun ini kerana beberapa faktor :

- Ini adalah Bahagian bagi keahlian Dato' Mukhriz sendiri.
- Ini adalah Bahagian mantan PM Malaysia ke-4 (Ayahanda kita, Tun Dr.M)
- Ini adalah Bahagian yang menjadi medan ukuran sokongan terhadap Dato' Mukhriz. (alaaa, macam ukuran yang orang tunggu-tunggu nak tengok apa yang akan terjadi di Rembau nanti ...)

Setinggi gunung , seluas lautan , sebesar alam UCAPAN TAHNIAH kepada seluruh Pemuda Kubang Pasu yang bersidang petang Jumaat 24 Okt 2008 yang telah BERANI BERUBAH dengan memilih Calon Terbaik Pemilihan iaitu Ketua Pemuda Aminuddin bin Omar (atau lebih mesra dikenali sebagai Paktam) dan Naib KP Abdul Rahman Hj Ahmad sebagai pucuk pimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Kubang Pasu bagi sessi 2008 - 2011.

Berikut adalah sedikit maklumat mengenai pemilihan Kubang Pasu :

Calon bertanding,

KETUA PEMUDA KUBANG PASU :

1. Ismail Chek Saad : 95 Undi
2. Ku Iskandar : 80 Undi
3. Paktam Aminuddin : 121 Undi - MENANG!

NAIB KETUA PEMUDA KUBANG PASU :

1. Nor Azlin Mansor : 104 Undi
2. Zainal Cik Nik : 67 Undi
3. Abdul Rahman : 125 Undi - MENANG!

PENCALONAN PENTING ! KETUA PEMUDA MALAYSIA :

1. DATO' MUKHRIZ TUN DR. MAHATHIR : SEBULAT SUARA !

NAIB KETUA PEMUDA MALAYSIA :

1. RAZALI IBRAHIM : SEBULAT SUARA !


Sah TERBUKTI bahawa calon BERANI BERUBAH telah terpilih di Kubang Pasu yang dipilih oleh majoriti Perwakilan yang BERANI BERUBAH! Syabas! ......

PakTam sedang berucap sewaktu usul Agama


Laporan Khas Oleh :

AloQStaQ
-Berada di Dewan ILP Jitra, sehingga Jam 12.15 Malam

2 komen:

Anonymous October 26, 2008 at 2:39 AM  

Tahniah kepada yang menang. Jgn lupa tanggungjawab untuk berubah. Kena berani. Tok Joe camno? berani ke berubah dari atas unutk jadi ahli biasa?

AloQStaQ October 26, 2008 at 2:59 AM  

Kita sama-sama ingat-ingatkan untuk beliau yang terpilih tidak lupa tanggungjawab yang dipikul. Kita sama-sama bekerjasama dengan sesiapa yang terpilih, dan yang terpilih juga patut memberikan khidmat pada semua (termasuklah yang tidak terpilih).

Kemenangan yang diperolehi bukanlah satu kemegahan, tapi ianya satu tanggungjawab yang harus dijadikan satu tugas utama bagi melaksanakannya!

Semoga Paktam berupaya memimpin Pemuda Kubang Pasu sessi 2008-2011! Salam Perjuangan ... BERANI BERUBAH!

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP