Monday, October 27, 2008

Debat Ketua Pemuda: Talian Hayat Khairy

Written by : jebatmustlive (Courtesy from: MyKMUJohor)

Apa motif disebalik cadangan Debat Terbuka oleh Khairy Menantu Pak Lah? Mengapa hanya kini, beliau cuba bersifat terbuka memberi peluang kepada calon-calon KP UMNO Malaysia berdebat di kaca-kaca TV? Mengapa hanya setelah beliau ketinggalan dibelakang Dato Mukhriz mahupun Dato Khir Toyo, barulah beliau tergesa-gesa menguar-uarkan ide ini?

Apa jaminan bahawa Tv3 atau mana-mana saluran TV dibawah kawalan beliau secara tidak langsung akan tidak mempromosikan Khairy Menantu Pak Lah ini secara berlebih-lebihan?
Kita lihat bagaimana TV3 begitu berminat dengan setiap pencalonan Khairy Menantu Pak Lah, dimana setiap pencalonan yang beliau raih akan dicanangkan seluruh negara!

Kita lihat bagaimana Tv3 menjadikan tajuk beliau melepasi kuota pencalonan sebagai bahan berita UTAMA , lagaknya seperti beliau telah memenangi jawatan Presiden UMNO tanpa bertanding?

Apa jaminan bahawa Tv3 tidak akan mengedit dan menyiarkan seduatan-sedutan debat terbuka tersebut berukang kali untuk menunjukkan betapa hebatnya Khairy Menantu Pak Lah ini.

Sesungguhnya Khairy Menantu Pak Lah ini sedang berada di dalam keadaan yang terdesak. Segala usaha kotor beliau telah lakukan, tetapi pencalonan yang diraih tidak seperti yang diharapkan.

Beliau kini bukan sahaja berada dibelakang Dato Mukhriz Mahatjir, malahan tertinggal dibelakang Dato Seri Khir Toyo.

Khairy Menantu Pak Lah melihat Debat Terbuka sebagai Talian Hayat beliau untuk mencari sokongan dan dengan pihak media siap sedia untuk menghambakan diri kepada beliau, debat Terbuka merupakan ruang paling baik bagi si Oppurtunis anak didik Anwar Ibrahim ini (kita tidak lupa bagaimana beliau bersusah payah menjadi penghatar passport di malam yang gelap demi Anwar).

Sesungguhnya, tindakan Mukhriz menolak cadangan debat terbuka Khairy Menantu Pak Lah ini merupakan tindakan bijak dan tepat, tidak termasuk ke dalam perangkap Khairy Menantu Pak Lah.

Sorry It Is Too Late , Khairy!..anda sepatutnya memberi ruang yang seluas-luasnya kepada pesaing anda sejak dari dahulu lagi..bukan hanya bila anda berada di dalam keadaan TERDESAK...

0 komen:

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP