Wednesday, September 24, 2008

DARI 16 Sept DAH JADI 1 OKT ... pulakkkk??

===========================
Parti Kelentong Rakyat (PKR) sekali lagi memperdayakan para ahli (dungu) pakatannya dalam Pakatan Reput dengan menangguhkan sekali lagi tarikh untuk para-para dungu tersebut menjadi menteri-menteri dalam Kabinet pakatan ....

Sudah lah 16 September hari tu, dipermain-mainkan oleh pelbagai SMS yang tersebar, bukan setakat dikalangan orang-orang BN dan atas pagar, malahan geng-geng PAS juga ramai yang mengedarkan SMS yang berbaur sindir Anwar, ada SMS yang berbunyi ; ANWAR ANGKAT SUMPAH DEPAN GAMBAR DYMM YDP AGONG la ... ANWAR DAH CUKUP KERUSI DAN KABINETNYA (Sebab dia pegi borong di kedai perabot la) ... ANWAR SUDAH JADI PM HARI INI 16SEPT : KERAJAAN LANGIT la .... dan macam-macam lagi SMS mengutuk dan sindir Anwar dengan angan-angannya ! .... Hehe ... Lawak betui...

Dengan terlajaknya selepas 16 September tu, para pendekar PKR termasuk Anwar sekali sudah mula menggelabah tak senang duduk sebab rakyat mahukan penjelasan! ... Sidang Akhbar dibuat untuk menambah bilangan hari .... katanya diberi tempoh 48 jam untuk Dolah kaput mengadakan Sidang Dewan Parlimen tergempar untuk Anwar mengusulkan USUL UNDI TIDAK PERCAYA kepada PM .... Hehehe ... Katanya jika lepas 48 jam tu, Dolah kaput tak panggil Sidang MP tergempar tu, maka PKR akan mengutuskan surat kepada DYMM YDP Agong untuk memohon campurtangan Baginda bagi meneruskan impian Anwar ni ....

Maka, seorang wira PAS yang namanya Dr Mujahid Yusof Rawa dengan konfiden sekali
mengatakan Surat telah diutus oleh Pakatan kepada Agung selepas tamat 48 jam hari tu! .... WaHHHH! Dr.Mujahid ni apasai? Dia pulak kelam kabut sangat memberikan kenyataan berkenaan Surat PR kepada Agong ni? ... Awal kipas nampak Dr.! ... Nak bagi Anwar nampak kesungguhan Dr. ke ?? ... Manalah tauuuu kannnn? ... Kot-kot buleh dapat jawatan Timb.Menteri pun, jadilahhh ... yer tak ???

Tamparan hebat kepada Dr.Mujahid bila semalam (23 September 2008) dalam laporan Akhbar Online Lidah Pakatan - Malaysiakini.com - yang menyiarkan orang yang benar-benar bertanggungjawab untuk serahkan surat kepada DYMM YDP Agong - Johari Abdul MP Sungai Petani mengesahkan SURAT KEPADA DYMM YDP AGONG BELUM LAGI DIHANTAR OLEH BELIAU SEBAB BELUM DAPAT SIGNAL UNTUK BELIAU BERTINDAK SEDEMIKIAN ! ... Apa punya kelentong la Pakatan Reput ni semua ???? .... Jangan la kelentong sangat ! Sudah la awak tu Ahli Jawatankuasa Pas Pusat .... Malu la kat Allah wahai Dr.Mujahid ! (kalaupun anda dah tak malu kat manusia sekalipunnn) ...

Hari ini (24 September) dikatakan sekali lagi Pakatan Reput yang diketuai oleh Anwar tu, mengubah sekali lagi tarikh kepada 1 Oktober .... Lagi haru .... kalau dok ubah - ubah - ubah - ubah - .... sampai bila? ... Rakyat yang jadi pening dengan kenyataan demi kenyataan ... Ni nak pantun sikit ni :

Kalau padi Katakan Padi
Tidaklah saya tertampi-tampi
Kalau Jadi katakanlah Jadi
Tidaklah Rakyat Termaki-Maki ....

Sampai bila kesudahan cerita ini ? ... Jadi ke tak jadi ? ... Ikut Logik macam dah tak jadi dah, maka eloklah Anwar dan barisan kepimpinan Pakatan Reput LETAK JAWATAN SERTA-MERTA dari jadi Ahli Parlimen sebab TELAH MELAKUKAN SATU PENIPUAN YANG NYATA KEPADA RAKYAT (TERUTAMANYA ANWAR SAH MELAKUKAN PENIPUAN KEPADA RAKYAT PERMATANG PAUH YANG MENGUNDI BELIAU BARU-BARU NI!) dengan harapan menggunung mereka bahawa seorang PM akan lahir dari Cerok Tok Kun dan Permatang Pauh ! ... Semuanya kena tipu hidup-hidup ....

Cuba nak relate sikit : KALAULAH ORANG BN YANG BUAT MACAM ANWAR BUAT NI, DAH PASTI LA PAS+DAP+PARTI KEADILAN SENDIRI AKAN MAKI HAMUN, CERCA NISTA DAN CHOP PENIPU SEJAK 15 SEPTEMBER HARI TU LAGI ! .... Tapi, oleh kerana ianya dilakukan oleh Ketua Pembangkang si Anwar tu, maka tok-tok lebai PAS pun tunduk patuh dan tak berani protes (Kecuali yang berani dan tertonjol hanyalah - Mustafa Ali Trengganu sorang aja) ... itupun dia kena hentam dari kepimpinan tertinggi PAS, siap suruh Mustafa Ali join UMNO lagiiii ! .... Hahaha ... Demi Anwar, terajang sorang yang berani bersuara pun tak apa, asalkan Anwar ku sayang ! ..... Hahaha ... Sudah songsang semua kepimpinan Ulamak PAS sekarang ni ... Tidak seperti zaman era-Allahyarham SS Datuk Fadzil Noor dulu .... Kesiannn orang PAS... Ikut saja kehendak Anwar , demi peruntukan yang berjuta-juta ringgit?? ....

Kalau ikut logik, Anwar buleh buat cara paling MUDAH untuk bentuk Kerajaan Baru menggantikan Kerajaan Dolah kaput ... LANGKAH - LANGKAH nya :

  • - PANGGIL SEMUA 35 WAKIL RAKYAT YANG SAH-SAH NAK LOMPAT TU! ...
  • - BUAT SATU SIDANG AKHBAR TERGEMPAR ...
  • - UMUMKAN DENGAN BERANI DAN TELUS : "INILAH GENG KATAK YANG WAJIB LOMPAT!"
  • - MAKA, DENGAN PENGUMUMAN BERANI TERSEBUT, SAH LAH BAHAWA PAKATAN DAH CUKUP KORUM UNTUK JATUHKAN KERAJAAN DOLAH KAPUT ... (SECARA TIDAK RASMI MELALUI SIDANG PARLIMEN) ...
  • - (ANWAR KATA TAK BERANI SEBUT NAMA MPs YANG NAK LOMPAT - ATAS SEBAB MENJAGA KESELAMATAN DAN ELAKKAN DARI I.S.A)
  • - NAK I.S.A APA LAGI DAH WAKTU TU SEBAB SAH-SAH DOLAH KAPUT DAH HILANG KUASA! ...
  • - Parti SAPP pun buleh buat Sidang Akhbar umumkan keluar BN, tanpa dapat sebarang keputusan melalui saluran Dewan BN pun ! ... Jadi, MPs yang nak keluar dari BN dan join Pakatan Reput pun secara logiknya buleh juga berbuat sedemikian rupa! ... Biaq rakyat nampak dengan SAH bahawa Pakatan sudah cukup korum ! ... TIDAK BERDOLAK-DALIK ....
KENYATAANNYA, BIAR RAKYAT TAHU DULU .... Lepas tu, barulah pikiaq cara nak pi Mengadap DYMM YDP Agong untuk perkenan Tuanku bagi membubarkan / memanggil Sidang Tergempar MP untuk tubuh Kerajaan baru ! ... Itupun susah ka?? ... Kalau dah confirm ada 35 org yang akan lompat, mesti BERANI buat punya cara niiii !! .... TAPI, yang aku pasti, tak dak pun 35 orang MP BODOH yang akan melompat ....

Sebab MP-MP BN bukan bongok macam MP dan ahli pemimpin Pakatan Reput! .... Adakah sanggup MP BN lari dari BN untuk mengejar sesuatu yang tidak pasti? ... yakni jawatan / pangkat yang dijanjikan oleh Pakatan Reput sebagai gula-gula kepada mereka kerana Melompat? .... Hehehe ...
Kalau (diulangi: KALAU) aku adalah MP BN yang ditawarkan sedemikian, aku takkan ikut Pakatan! ... Nampak dah serabut akan menunggu di hadapan ... Yang nak jawatan dalam Kerajaan Baru nanti bukan setakat MPs yang MELOMPAT saja, tapi yang telah bertungkus-lumus selama ni (macam DAP dan PAS) nak tauk (buang) tang mana??? ... Buang dalam laut? ... Bagi jerung makan? ... Sahih geng-geng MP PAS dan DAP yang teringin kepingin mengidamkan jawatan Kerajaan akan MELOMPAT PULAK MAI KE BN ! ....

Silap-silap haribulan, 35 orang BN (yang dikatakan akan melompat ke PR), maka lebih dari 35 orang MPs PAS+DAP+mungkin PKR sendiri yang tak berpuas hati nanti, akan LOMPAT PULAK MASUK BN ! ... Jadilah Negara Malaysia dikenali seluruh dunia sebagai negara MP KATAK yang kerjanya bukan untuk rakyat, tapi untuk perut dan kantong sendiri! ....

AloQStaQ
24-September-2008

Pastinya, satu lagi dolak dalik akan berlaku bila sampai 1 Oktober nanti ... Tunggu dan Lihat!

Dan sekali lagi, MPs BN eloklah dihantaq ke Luar Negara sekali lagi untuk lawatan sambil menghirup udara segar dan balik semula ke Malaysia pada tahun Jun 2010! ....

===========================

1 komen:

QasehNuryz September 24, 2008 at 12:43 PM  

ngeh3x..letih letih bace sal PR dan kjaan baru tu.mcm mnunggu tiang letrik berbuah.pastu akn byk lg date2 yg akn mnyusul.ade je kang alasan2 yg x munasabah yg kan kuar nti..
taper la 16/9/2008 tak jadi..16/9/2009 ader..x pun 16/9/2010..x pong 16/9/2020..muaheheehehe

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP