Saturday, August 16, 2008

KOMEN AKU di Blog TUN Dr.M hari ini : 15 Ogos 2008 : Topik THE MALAYSIAN BAR COUNCIL (Published by Tun : 3:44 PM)


Assalamualaikum Ayahandaku, Tun yang di kasihi....
Semoga Ayahanda dan Bonda kini berada dalam keadaan sihat walafiat dan ceria sepanjang masa .. Aminnn! ...


Ayahanda & para pelawat CheDet.com,

Semakin hari semakin jelas nampak sungguh layu kepimpinan AbDolah memimpin negara ini walaupun beliau sedaya upaya menaikkan kembali popularitinya yang menjunam baru-baru ini dengan menggula-gulakan rakyat pada mutakhir ini dengan cerita-cerita membersihkan dirinya dan menambahpopular dirinya kembali, terkini dikatakan harga minyak akan diturunkan ... tak faham? dah menjunam tu, susah la nak naik balik AbDolah oiii! ...

Tu la ... sejak dulu lagi Tun dah bagitau, TURUN SEGERA, TURUN! Tapi ngkau tak nak dengar cakap Tun ... ngkau degil AbDolah! degil! ... akhirnya populariti ngkau hancur, tak semena-mena BAR COUNCIL pulak dah berani dan biadap "menampar" muka sekalian rakyat beragama Islam dan khususnya Melayu akibat dari kelemahan pentadbiran ngkau wahai AbDolah .... Inilah yang kami semua tak mahu kat ngkau ni AbDolah! ...

Rentetan dari "kasih sayang penuh tatangan" bak minyak yang penuh supaya tak tumpah, dari Menteri De Facto Undang-undang Malaysia (yang suka keMABUKan tu) kerana memberi muka yang lebih kepada "ketelusan" sistem perundangan (secara tidak langsung memberi muka kepada BAR COUNCIL), maka dengan ditambah sifat lemah lembut (baca : lembik!) Perdana Menteri Malaysia, maka BAR COUNCIL mula cuba "mengambil alih pentadbiran" akibat sedikit KUASA telah meresap masuk ke dalam Pertubuhan mereka!

Sensitiviti kaum dan agama selama ini terjaga dan dijaga rapi dengan selamat/elok/baik/bagus/cekap/berhati-hati/terkawal telah mula digoncang oleh PM ini dan Menteri De facto Undang-Undang ini, dengan mereka memberi ruang serta peluang kepada BAR COUNCIL(yang telah mendapat restu penuh mereka - demi "ketelusan Sistem Perundangan" kononnya).

Pertubuhan itu, tanpa segan silu kini telah "berani" mencabar hak-hak Melayu dan Agama Islam.

Inilah nilai harga yang perlu dibayar oleh Menteri terbabit yang telah membuka luas "pintu" kepada ahli-ahli perundangan ini "masuk" membawa belantan dan kayu pemukul untuk memukul prinsip negara (yang menjaga hak Melayu & Islam) selama 50tahun lebih yang terjaga rapi! Kini prinsip tersebut sudah lebam-lebam dibelasah oleh Pertubuhan itu ...
Rawatan segera patut diberikan oleh Kerajaan yang bertanggunjawab! jika dibiarkan, ia akan membarah dan membawa padah kepada Bangsa Melayu dan Islam di tanahair Malaysia.


Kenyataan ini, bukanlah bertujuan mengapi-apikan perkauman, tetapi inilah nilai keharmonian selama ini, terganggunya keharmonian ini, jangan terkejut jika 1969 mungkin berulang.
INI YANG KITA SEMUA TAK MAHU TERJADI - KERANA KITA SAYANGKAN MALAYSIA DAN KEHARMONIAN SEMUA KAUM DI MALAYSIA! .... (Seperti sepanjang tempoh 22 Tahun kepimpinan Datuk Seri Dr.Mahathir Mohammed) ...

Kita semua pasti masih ingat masa itu, kita semua (baca: semua kaum) hidup harmoni ketika itu tanpa ada sebarang rasa perselisihan antara kita, kerana menghormati hak-hak dan batas-batas yang telah digunapakai sejak merdeka ... Jangan mudah lupa. Demi keharmonian.

AloQStaQ


++Tambahan:

Perrrggghhhh!!! .... Penjelasan Tun yang cukup padat dan lengkap terhadap puak-puak yang mempertikaikan kenyataan Tun mengenai BAR COUNCIL ! Nah ! Amik buah tangan yang padat dan mampat dari Tun! Jangan anggap Tun macam-macam ... Tun dah lama dalam dunia pentadbiran kerajaan mahupun organisasi berbilang kaum ... Bukan sehari dua, tetapi berpuluh tahun .... Sepak terajang dunia politik adalah asam garam hidup Tun ... Jadi, artikel Tun hari ini, amat tepat dan padat memberi gambaran jelas kepada yang belum nampak apa yang dimaksudkan Tun mengenai BAR COUNCIL ...

0 komen:

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP