Thursday, August 21, 2008

KOMEN AKU di Blog TUN Dr.M : 21 Ogos 2008 : Topik MERDEKA (Published by Tun : 6:14 PM)


Tun yang sentiasa saya doakan semoga terus sihat walafiat,

JANGAN PULA TUN SOKONG BENDERA TERBALIK, yerrr? ...
(Saya tahu dan faham, Tun tidak sokong jalur gemilang diterbalikkan)

Dan saya, tidak sama sekali sukakan AbDolah - secara total, tetapi saya sama sekali juga tidak suka idea kempen kibar Bendera Terbalik oleh Kickdefella. Ini tidak wajar untuk menyatakan kebencian kepada AbDolah ... Kalau bubuh gambar AbDolah terbalik tu, nampak jugak maksudnya agak tepat. Tapi, kalau bendera Malaysia jalur gemilang diterbalikkan kerana bencikan AbDolah - ianya agak tersasar jauh.

Hmmmm, tinggalkan protes Kickdefella dengan bendera terbaliknya, saya ingin menyentuh bab sambutan kemerdekaan negara Malaysia ke51 tahun ini yang lembab dan murung. SEMUA RAKYAT MERASAI PERASAAN YANG SAMA DENGAN TUN. Saban tahun kita seronok menunggu MERDEKA, kita kibarkan jalur gemilang dengan cara yang betul ... kita gubah pejabat kita dengan kibaran banting/bendera kecil ... tetapi, tahun 2008 lain amat semangat sambutannya.

Benar kata Tun, saya bersetuju 101% dengan apa yang Tun katakan bahawa inilah TANDA RAKYAT TIDAK GEMBIRA MENYAMBUT MERDEKA (Selain rakyat parti haprak PKR di Permatang Pauh yang cuba mengeksploitasi perkataan MERDEKA dalam kempen Pilihanraya Kecil tersebut). Rakyat seolah-olah sekali lagi memprotes secara terbuka kerajaan AbDolah dalam memberikan sokongan sambutan kemerdekaan ke 51 kali ini (sepertimana protes rakyat memberi undi swing kepada para calon haprak pembangkang pada PRU12 haritu) ....

Bagaimana untuk mengembalikan keadaan seperti dahulu (tahun-tahun kegemilangan negara di bawah pemimpin terkenal - Datuk Seri Dr.M sewaktu PM) ??? ... Bagi saya, saya tetap berpegang kepada cara yang cuma ada SATU, the one and only way : iaitu ABDOLAH PERLU TURUN SEKARANG! SEKARANG JUGA! Kepimpinannya telah jelas nampak begitu lemah selemahnya di mata rakyat Malaysia (termasuk ahli partinya sendiri) - MAKA BERHENTILAH, DARI TERUS MEMUSNAHKAN SAKI BAKI YANG TINGGAL KINI ...

Jun 2010? Jangan Harap! Waktu itu adalah masa untuk talqinkan UMNO/BN sahaja. (Jangan biarkan ia ditalqinkan, kerana kini UMNO/BN masih boleh diselamatkan jika AbDolah berundur) UNDUR SEKARANG ABDOLAH!


AloQStaQ

6 komen:

UMNO PARTI PENJARA August 23, 2008 at 1:44 PM  

Jangan cepat mengalah. Teruskan usaha :)

Sabarlah sikit sehingga pemilihan parti nanti ;)


Jemput masuk ke blog saya ;)
http://teampemudaumno.blogspot.com
http://pro-faizal.blogspot.com

AloQStaQ August 24, 2008 at 12:41 AM  

Thanxs atas nasihat saudara faizal ...

Apapun, tahniah sebab dah terpilih sebagai ketua pemuda cawangan dan akan berentap di kerusi ketua pemuda bahagian ...

nanti diperwakilan kat PWTC DEC2008, jangan lupa - buatlah pilihan yang terbaik untuk masa depan dan anak cucu generasi akan datang ... kita sekarang hanya meminjam parti ini dari generasi masa depan, jangan berikan parti ini kepada pewaris kita dengan satu yang yang sudah HANCUR BERKECAI! ...

AloQStaQ

NOTE: your blog URL's linked ...

Yoganthiran August 25, 2008 at 8:45 PM  

keep it up bro....

AloQStaQ August 26, 2008 at 11:38 AM  

TQ for your comment bro! ...

Now, your blog's URL tersenarai dalam my fren list ... :) Dhanyawaad! ... Toa chie!...

Anonymous September 1, 2008 at 10:48 PM  

pemimpin bhgn alorstaq mcmana?takkan nak bagi bashah,hamzah,nasiq dgn cikgu pozi lagi kot?nasiq tu bendahari,kedekut betui nk huluq buat kerja masa praya dulu.bashah banyak sgt lobi nk jadi pengerusi perhubungan,smpai tinggai mslh2 di bhgn.

AloQStaQ September 13, 2008 at 12:54 AM  

Saya tak begitu pasti dengan pemilihan di Bahagian Alor Star ... Nampaknya mungkin depa kekalkan orang lama jugak sebab kot....

Seeloknya orang-orang lama yang dah obsolete tu, patut dah ditukaq ... lama dah orang tengok depa tak buat keja banyak mana pun ... dah tu dengaq2, yang lama ni cukup suka "tabur" untuk mendapatkan undi dalam jawatan parti .. hmmm, betui ka? ...

Kalau nak tanya pasai Bhg. Alor Star, cuba masuk blog : http://dukeofumno.blogspot.com/ sebab dia budak yang agak arif bahagian Pendang n Alor Star ... :)

OK sygumno! ...
see ya!

AloQStaQ

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP