Wednesday, August 20, 2008

BILA ULAMAK POLITIK bercakap mengenai ULAMAK NEUTRAL ....

Aku pun naik pening dengan apa yang berlaku ni .... Dulu waktu zaman aku study, dia ni menjadi seorang yang aku respect dari segi penyampaian Nasyid Munajatnya ... Sedap suara dia mengalunkan lagu-lagu memuji Rasulullah, mentaati Allah dan sayangkan Islam. Tetapi, bila dia ni bergiat dalam politik, dah jadi lain pulak .... Haru haru! Inilah yang terjadi apabila orang yang tahu agama - menganggap dirinya lebih tahu agama dari orang lain.



Yang dia ni kutuk dan maki hamun adalah MUFTI. Diulangi M.U.F.T.I! Bukan CETI atau SODOMI atau HINDRAF! Tapi MUFTI .... Ish Ish Ish ... apa nak jadi, orang kampung semuanya percaya dan akan taksub dengan apa yang diucapkan oleh dia ni, jenuh la dia ni menanggung dosa akibat cacimaki yang keluar dari mulutnya terhadap seorang MUFTI! ... bukan kepada PELIWAT.

7 komen:

Anonymous August 20, 2008 at 4:06 PM  

salam,
mufti yg sdr katakan itu adalah seorang hamba Allah dan dilantik oleh manusia jg kan? atau adakah mufti tsebut Nabi atau Rasul tpilih?? tidakkan?? seorg hamba Allah tdk lari dr mbuat kesalahan melalui perlakuan atau pertuturan, etc..jdnya adakah mufti tsebut tdk akan sekali-kali mlakukan ksalahan???
kite sume berhak memberi pendapat msg2..tp tidaklah smp mhina dan mcaci spt yg sdr katakan..
Ya Allah..selamatkanlah bumi malaysia tercinta..walau siapa yg mmerintah..Kau berikanlah dan tunjukkanlah kepada mereka2 jalan yg benar..Amin...

AloQStaQ August 20, 2008 at 4:51 PM  

YA MEMANG MUFTI DILANTIK OLEH MANUSIA JUGA.

Ashira,
anda kini telah mula mempertikaikan institusi Mufti jugak yer? Demi mempertahankan ulamak politik yang anda perjuangkan, kah?? ...

Kalau ikut dari sudut pemahaman saya tentang kenyataan Ashira, saya agak, Ashira mula ragu-ragu dengan Mufti tersebut (yang dikatakan dilantik oleh manusia) atas alasan PERIHAL MUFTI ITU DISEBUT OLEH ULAMAK PKR itu ! ... Kalaulah ULAMAK PKR ITU MENYEBUT - CONTOH : "SAYA AMAT BERSETUJU DENGAN MUFTI PERAK DATUK HARUSSANI KERANA BELIAU AMAT BERILMU DAN FATWANYA AMAT TEPAT" ... - Maka, terus Asyira MENGIYAkan kenyataan tersebut (Walaupun MUFTI PERAK juga dilantik oleh manusia,kan?) ...

Jangan begini, cuba berfikir secara normal. Kalau pun anda terlalu SAYANGKAN ULAMAK PAS/PKR, tetapi apabila ULAMAK PAS/PKR tersebut memaki hamun MUFTI : TOLONGLAH secara normal memikirkan kesannya. Siapa dipihak yang benar, dan siapa dipihak yang bathil ... Cuba fikir elok-elok.

OK ....
AloQStaQ

Anonymous August 21, 2008 at 11:21 AM  

SAYA AMAT BERSETUJU DENGAN MUFTI PERAK DATUK HARUSSANI KERANA BELIAU AMAT BERILMU DAN FATWANYA AMAT TEPAT

Bagi contoh yang fatwanya amat tepat ,,,,,,,,,

Anonymous August 21, 2008 at 2:10 PM  

salam sdr aloqstaq,

kenyataan bls sdr bbunyi sdikit marah iyerr..maafla ye..:)
sdr aloqstaq, adakah sy ada mngatakan bhw sy pro PKR? sy rs tdk..malah di akhir komen sy ada mnyebut..

""walau siapa yg mmerintah..Kau berikanlah dan tunjukkanlah kepada mereka2 jalan yg benar"",

saya ulang sekali lg..""walau siapa yg mmerintah..""

kalo kte lihat keadaan skrg..semua pihak saling menuduh, memfitnah, mencaci, memaki di antara 1 sm lain..jd jgnlah kte tambahkan kkusutan tsebut dgn mhasut lg yg mn ianya akan mjadikan keadaan makin teruk..

dan kte semua tidak mngetahui ape sbnrnya yg tjadi/berlaku...myb pihak PKR yg memutarbelitkan cerita..atau myb pihak UMNO-BN yg memutarbelitkan cerita..hny Allah yg Maha Mengetahui...

maaf ye sdr aloqstaq..
sy sedih dgn ape yg jd skrg ni..mujur xde bunuh mbunuh atau perang saudara blaku di malaysia ni..

AloQStaQ August 21, 2008 at 10:52 PM  

kepada anonymous,
TQ sebab sudi beri komen walaupun tidak memperkenalkan diri ... come on la sedara, nyatakan sedikit nama untuk mudah saya kenal untuk respon comment, lagipun blog saya ni cokia (bahasa Kedah, yang bermaksud simple/sempoi) aja... buat apa nak segan untuk nyatakan nama anda ... be gentle la sahabat. :)

err, mr/mrs anonymous,

kalau saudara bersependapat dan bersetuju dengan Mufti Harussani, saya akur dan saya OK.

Memang ilmu Datuk Mufti Harussani itu tinggi dan tidak tergapai oleh saya yang lemah ini ... cuma, kalaulah beliau "cuba" bias dengan apa yang beliau ucapkan, demi sesuatu yang "tidak pasti" seperti dalam bab isu liwat, maka saya (dan sebahagian besar penyokong kerajaan merasakan agak terkilan) kerana statement beliau (datuk mufti) telah digunapakai oleh Datuk Seri Anwar sebagai penangkis dalam isu ini.

Padahal ada mufti lain (baca: Mufti Perlis) yang mengatakan patut bersumpah kedua-duanya dan biarkan Allah yang menentukan hukumannya. Itu bagi saya lebih adil.

Mufti perlis tidak sokong BN, beliau neutral (malahan bagi saya, sejak dahulu saya nampak dia ni lebih terarah untuk sokong PAS - dari segi pendapat-pendapatnya yang saya nampak lebih terarah kepada pembangkang). Tapi, saya masih menghormati beliau sebab beliau cuba sedaya upaya untuk neutral dan cuba tidak bias.

Sebab yang saya katakan beliau neutral adalah kerana beliau SURUH KEDUA-DUANYA BERSUMPAH, DEMI MEMBUKTIKAN KEIKHLASAN KEDUA-DUANYA.

Tapi, Saiful berani sumpah - Anwar tidak berani sumpah. Kesimpulannya? .... fikirkan sendiri.

Kepada Ashira, saya mintak maaf banyak-banyak laaa yerrr, sebab mungkin TERkasar bahasa sikit, sehingga Ashira terasa hati mengatakan saya marah anda... sebenarnya, saya tidaklah marah cuma sedikit beremosi.

Seperti yang saya jelaskan kepada mr/mrs anonymous di atas, saya harap ianya juga menjawab apa yang ashira komen ... pendirian saya jelas, mana-mana Mufti perlu dihormati (memang benar mereka dilantik oleh manusia) tetapi, jangan keterlaluan mengikut perasaan mengatakan MUFTI ini SALAH, MUFTI ini BETUL ... sedangkan mereka-mereka itu terdiri dari org2 yang berilmu agama tinggi, mungkin tak setaraf dengan kita yang cetek agama ni ... cuma, apabila ada MUFTI yang kelihatan agak bias, maka kredibiliti mufti tersebut agak ragu-ragu dan saya pertikaikan ...

Dalam hal ini, (dah tengok video Badrul Amin maki Mufti tu?) ... saya tidak bersetuju dengan cara Badrul Amin lakukan. Beliau secara terang memecahbelahkan Islam dengan memperburukkan MUFTI dengan perkataan MUFTI GILA dan MUFTI BAPAK SETAN ... memang saya tak dapat terima 101%! .........

AloQStaQ

Anonymous August 22, 2008 at 10:15 AM  

salam sdr aloqstaq..:)

hehe..ok..tx kalo xmrh..:)
ceria2 selalu eh..

AloQStaQ August 23, 2008 at 1:26 AM  

TQ so much Ashira ...

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP