Tuesday, August 19, 2008

KOMEN AKU di Blog TUN Dr.M : 19 Ogos 2008 : Topik AUKU - AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (Published by Tun : 11:45 AM)

Assalamualaikum Ayahanda Kesayangan Rakyat Jelata ...


Semoga Ayahanda sihat walafiat dan terus diRahmati Allah SWT...
Bagi saya, AUKU patut dikekalkan buat masa ini demi menjamin mutu pengajian IPT mencapai tahap maksimum tanpa gangguan dari unsur-unsur yang boleh merosakkan pelajar ... terutamanya bergiat secara "menggila" dalam bidang politik - Bukanlah untuk menyekat kebebasan dan demokrasi, tapi sekadar menyekat perkara-perkara yang buruk (negatif politik), yang mana ianya boleh menggugat perkara-perkara yang baik (iaitu belajar sepenuh tangungjawab)...

Bersuaralah melalui saluran yang dibenarkan. Itu Demokrasi juga ... Bukanlah kerajaan meletakkan AUKU itu untuk menyekat secara keseluruhannya 100% dari pelajar IPT bersuara ... Kerajaan nak pelajar-pelajar dapat menumpukan seluruh perhatian khusus kepada pelajaran... MUNGKIN ini dikatakan ALASAN KERAJAAN, tetapi inilah yang kerajaan fikirkan yang terbaik untuk pelajar IPT - Bukan memberi advantage kepada mana-mana parti politik.
Itu dari kaca penglihatan peribadi saya ...


Tun berdua yang dikasihi,
Semoga terus bahagia dan ceria.
Semoga terus sihat, kuat dan bertenaga sepanjang masa.
Semoga Allah terus memberikan Rahmat dan umur yang panjang kepada Ayahanda dan Bonda berdua untuk terus memberi nasihat berguna kepada kami yang dahagakan ilmu dan idea Tun ... Aminn Ya Robbal Alaminnn ....


AloQStaQ

0 komen:

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP