Thursday, July 17, 2008

KOMEN AKU DI BLOG TUN 17 JULAI 2008

Dear Tun yang amat-amat-amat di Hormati,

Pernah terdengar satu pendapat orang lama, jika sesebuah kerajaan itu membenarkan musuhnya (pembangkangnya) memasuki medianya, memasuki cabang informasinya (tv,radio,akhbar, dll) maka kerajaan itu telah BERJAYA MEMUSNAHKAN ORGANISASINYA SENDIRI tanpa perlu pembangkang tersebut bertindak menyerangnya secara kebiasaan (medan politik/peti undi) ....

Jadi Tun, pada hemat saya, sebagai seorang rakyat yang hanya sekerdil anak semut pada pandangan mata kerajaan, saya amat tidak bersetuju dengan apa yang kerajaan abDolah lakukan demi mendabik dada mengaku bahawa MEREKA KERAJAAN TELUS BERBANDING SEBELUM INI.

Saya sedih sangat dengan apa yang berlaku dimana semakin ramai rakyat yang dulunya sudah semakin reda dengan kemarahan dihati terhadap kenaikan semua harga barang termasuk minyak, kini kembali menjelma kebencian mereka akibat penjelasan Menteri yang tidak menepati mengikut kehendak rakyat (malahan Alsodo-mee itu memutarbelit fakta sehinggakan rakyat telah terpedaya dengan manis mulut Alsodo-mee itu, padahal Alsodo-mee hanya pandai berbohong & bermain kata)....

(Mengikut rating penonton yang AgendaDaily nyatakan hari ini di lamanweb mereka) 4.4juta penonton! Maka, 4.4juta penonton telah dipertontonkan satu rancangan MANIS MULUT AL-SODO-MEE PERCUMA! (Acara Alsodo-mee berhujah percuma dihadapan 4.4juta Rakyat Malaysia untuk menagih undi bagi PRU-13 nanti!) BERCAKAP KONONNYA UNTUK RAKYAT - dan shabery seolah-olah defend Kerajaan (yang rakyat muak nak dengar!) .... Jadi, siapa yang rugi (saya tak kata KALAH), yang rugi adalah parti kerajaan yang memerintah.

... Kerana membenarkan musuh masuk rumah dan membenarkan musuh menggunakan "alatan media hebahan" dalam rumahnya sendiri untuk memburukkan dirinya sebagai TUAN RUMAH. Secara LIVE pulak tu!

Lain kali, jangan buat lagi macam ni shabery oiii ......

AloQStaQ

0 komen:

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP