Monday, May 26, 2008

Ini copy Komen aku dalam artikel MyKMU hari ini : 26 Mei 2008\
bagi tajuk "Pak Lah sendiri yang tidak meyanyangi parti "

-----------------------

Aku amat bersetuju dengan kenyataan : Pak Lah sendiri yang tidak meyanyangi parti yang menjadi tajuk artikel ini.Ini terbukti, selagi Paklah tidak turun dari jawatan sekarang,pastinya PARTI UMNO & BN AKAN HANCUR PADA PRU 13 YANGAKAN MENJELANG ... -Tun sudah beberapa kali memberiperingatan ini .... fahamilah bahawa Tun bercakap benar .....


Jiwa Tun, Darah Tun dan Nyawa Tun adalah UMNO,Tun amat-amat menyayangi parti UMNO lebih daribeliau menyayangi dirinya sendiri, tiada siapapunyang dapat menafikan kenyataan ini.
Lihat sahaja betapa Tun sayangkan UMNO selama ini, dengan Tun melakukan keputusan-keputusanyang amat tidak popular dimata awam (tetapi jikaditeliti dan dikaji, itulah kasih sayang Tun kepada parti UMNO, parti yang menjamin hak Agama, Bangsa dan Tanahair)....


Contoh pendekatan tidak popular Tun demi parti UMNO adalah : Memecat Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1998 - kerana beliau sayangkan parti dan masa depan generasi akan datang (agar UMNO tidak diwarisi kepada Pengkhianat!) ... maka, hasilnya kesan dari keputusan tidak popular itu, Tun dilihatkejam dan zalim - TETAPI hakikatnya UMNO selamat!.... Terbukti tindakan Tun itu adalah semata-mata untuk kebaikan UMNO dan generasi akan datang ...

Contoh lain, pendekatan tidak popular Tun demiparti UMNO adalah : menyelar / mengutuk / mengkritikkepimpinan Paklah setelah lebih 3 tahun Tun melihatkelemahan kepimpinan Paklah. Rakyat waktu tu mula melihat Tun sebagai "orang tua nyanyuk" sehinggalah ada kenyataan berbunyi "dah pencen buatlah cara pencen". Tetapi secara konsisten Tun tetap mengkritik kesilapan Paklah membawa halatuju Malaysia dan UMNO yang semakin tersasar. PresidenUMNO yang dikritik itu tidak mengambil kritikan Tununtuk dijadikan Teladan, bahkan mengganggap kritikan-kritikan Tun adalah sebagai Sempadan dan beliautidak langsung mengendahkan kata-kata Tun. Hasilnya : terjawablah pada 8 MAC 2008, Rakyat telah memberikan ISYARAT BESARRR : MENOLAK KEPIMPINAN PAKLAH MELALUI PETI UNDI, seperti yang telah Tun gambarkan dalam kritikan-kritikannya sebelum itu. Kekalahan besar UMNO dan komponen BN bukanlah disebabkan kritikan Tun kepada Paklah, TETAPI disebabkan Paklah yang tidak mengendahkan kritikanTun kepadanya dan RAKYAT SENDIRI DAPAT MELIHAT KEPINCANGAN PENTADBIRAN ABDULLAH AHMAD (badawi). ... Terbukti kritikan Tun selama ini adalah semata-mata untuk kebaikan UMNO dan generasi akan datang ...



Contoh lain dan terkini, pendekatan tidak popular Tun demiparti UMNO adalah : KELUAR UMNO. Ini juga Tun lakukandemi kasih sayangnya pada UMNO dan generasi masadepan, tetapi ramai yang tidak memahami (atau sengaja tak mahu fahami) tindakan Tun yang drastik ini. Ini jelasmenunjukkan Tun sebagai pemegang no.keahlian 00001dalam UMNO (baru - selepas pecah dua akibat parti s46)dan Tun Siti Hasmah 00002 sanggup keluar dari parti semata-mata untuk menunjukkan kepada sekalian ahli UMNO bahawa Presiden yang ada sekarang sudah tidak boleh diikut lagi.Bukan parti UMNO. Parti UMNO boleh diikut, tetapi PresidenUMNO tidak boleh (kerana terlalu lemah dan boleh merosakkanUMNO jika tidak diganti baru!) .... Tun melakukan ini semuakerana beliau sudah memikirkan segenap aspek untukbertindak. Tun bukanlah seorang yang bertindak dahulukemudian baru berfikir ... Segalanya Tun lakukan hanyademi satu matlamat : untuk kebaikan UMNO dan generasimasa depan.


... Paklah WAJIB sedar! apa yang Tun lakukan ini adalah semata-mata untuk kebaikan UMNO dan generasi akandatang ... Jika ianya terbukti benar suatu hari nanti, sewaktu itu mungkin UMNO sudah tiada lagi....


AloQStaQ
26/Mei/2008
9.30 Pagi

0 komen:

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP