SIAPA CALON PILIHAN TERBAIK SABTU INI ? (Saksikan Video² Ini ...)
CALON UTAMA :
MUKHRIZ MAHATHIR
CALON Nombor 05
Seorang pemimpin yang tidak terlalu muda (yang mungkin dikatakan tidak matang) dan seorang yang tidak terlalu berusia (yang mungkin tidak mampu meremajakan parti). Mukhriz Mahathir adalah seorang calon yang sedang elok untuk dipilih oleh semua perwakilan sama ada perwakilan Pemuda, Wanita, Puteri dan semua yang layak mengundi Sabtu ini.
Percayalah bahawa dengan meletakkan Dato Paduka Mukhriz Mahathir sebagai salah seorang dari 3 NAIB PRESIDEN UMNO MALAYSIA, InsyaAllah beliau dapat membantu Dato Sri Presiden dan Tan Sri Timbalan Presiden dalam membawa parti UMNO lebih gemilang dan disukai Rakyat Malaysia. InsyaAllah !
Jiwa Dato Paduka Mukhriz dalam memperjuangkan parti selama ini adalah jiwa sebahagian besar rakyat Malaysia yang menginginkan kepimpinan yang bertanggungjawab terhadap negara. Prinsip, cara berpolitik dan ideanya juga adalah menepati dengan kehendak majoriti rakyat.
Pemimpin seumpama ini selayaknya diberikan satu tempat dari tiga tempat Naib Presiden kerana sudah pastinya beliau dapat menjadi 'Magnet Menarik' lebih ramai pengikut untuk mendekati dan menyokong UMNO . Dengan itu, secara langsung akan membawa sinar kejayaan kepada parti UMNO dan BN untuk melangkah gagah menghadapi PRU14 beberapa tahun mendatang.
UNDILAH CALON NAIB PRESIDEN NOMBOR 05 SABTU INI !
DEMI MASA DEPAN UMNO DALAM MENGHARUNGI SUASANA POLITIK TANAHAIR YANG KIAN MENCABAR ! Berani Berubah !
UNTUK CALON KE-2. & KE-3.
(Anda dipersilakan buatlah pilihan sendiri, cuma yang perlu dipastikan adalah : Dato Mukhriz merupakan Pilihan Utama anda untuk di undi !)
(Anda dipersilakan buatlah pilihan sendiri, cuma yang perlu dipastikan adalah : Dato Mukhriz merupakan Pilihan Utama anda untuk di undi !)
SEKIAN,
TERIMA KASIH KERANA MENGUNDI CALON#05 :
MUKHRIZ MAHATHIR !
TERIMA KASIH KERANA MENGUNDI CALON#05 :
MUKHRIZ MAHATHIR !
Ingatan mesra dan tulus Ikhlas,
AloQStaQ
KHAMIS
8.28 Pagi
8.28 Pagi
17 OKTOBER 2013
2 Hari Lagi Untuk Hari Pemilihan.
0 komen:
Post a Comment