Friday, April 26, 2013

SULIHH Menjadi PENGHANCUR HARAPAN PAKATAN RAKYAT & PAS KEDAH di PRU13 ... Rakyat Kedah TIDAK BODOH !

Dipetik dari blog KedahTimes.

Wow! MB Kedah Al Ustaz Azizan berkata sebuah projek MEGA bernilai RM 35 Bilion yang dinamakan SULIHH atau Sungai Limau Hydro Carbon Hub dalam Daerah Yan akan bermula pada hujung tahun ini, apabila siap kelak ianya akan memberi peluang pekerjaan kepada 30,000 orang dan akan mengutip cukai berjumlah RM 400 JUTA.

Bunyinya cukup hebat, Daerah Yan akan menjadi sebuah Daerah yang paling canggih dan terkaya sekali di dalam Negeri Kedah. Daerah Kuala Muda yang telah lama maju dengan berbagai bagai jenis kilang, kecil, sederhana dan besar akan tengelam begitu saja apabila projek raksaksa ini mula beroperasi.

Tiba tiba hari ini 6 April 2010 ,Dato Mukhriz Tun Mahathir Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata beliau ragu-ragu samada projek ini akan dapat dilaksanakan. Laporan lengakap berita ini terdapat didalam berita Bernama dan Malaysian Insider.

Kenapa projek ini tidak mampu dilaksanakan ?

Ada maklumat mengatakan Jabatan Alam Sekitar tidak meluluskan laporan EIA yang tidak lengkap dan telah dipulang semula kepada Kerajaan Negeri Kedah. Kedua pelabur terbesar dari Hong Kong dan Korea telah menarik diri, nama syarikat ini ialah Hong Kong Beiging Star Limited, Winson Investment Ltd dan South Korea's SK Engineering and Construction. Pelabur yang tinggal ialah syarikat ikan bilis tempatan iaitu Merapoh Resources Corporation Sdn Bhd dan Hijaz Refinery Sdn Bhd. Dimana wang sebanyak RM 35 bilion akan dicari, mungkin dari Pak Man Telo ?

Mengikut Dato Mukhriz, MITI tidak tahu apa apa berkenaan dengan projek ini dan Projek ini tidak termasuk didalam senarai MITI,kalau projek yang begini besar tiada didalam senarai MITI. Macammana projek ini nak 'take off'.

Laporan dari penduduk kampung Sungai Limau setakat hari ini tiada sebarang kerja kerja dilakukan oleh mana mana syarikat didalam kawasan tersebut. MB Kedah dalam keadaan mamai atau sedang bermimpi ?

1 Melayu @ KedahTimes

1 komen:

Anonymous April 26, 2013 at 12:08 PM  

Projek ni dah mampus. Saya pernah buat penilaiannya. Ada ke syaratnya, pelabur bawak duit, pas tu pelabur kena serah sebhgn share yg dimodalkan secara tunai utk pengarah2 asal. Senang cerita, mcm bagi duit buta2 je kat existing share holders..

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP