Saturday, April 20, 2013

Penamaan Calon P05 JERLUN Pagi Ini ...

Gambar Terkini pagi ini (Hari Penamaan Calon) P05 Jerlun. Dari Kanan : Datuk Othman Aziz (P05 Jerlun) , Datuk Paduka Mukhriz Mahathir (N04 Ayer Hitam) dan Datuk Abu Hassan Shariff (N03 Kota Siputeh).


P05 Jerlun adalah salah satu kawasan Parlimen dalam Negeri Kedah Darul Aman.
Di dalam P05 Jerlun ada dua (2) kawasan DUN iaitu DUN N3 Kota Siputeh dan DUN N4 Ayer Hitam.

Pada PRU 13 kali ini , P05 Jerlun mempunyai kira-kira 50,000 pengundi (jumlah tepat akan di umumkan kemudian).

Barisan Nasional P05 Jerlun akan diwakili oleh calon muka lama DUN Ayer Hitam (ditukarkan ke kerusi Parlimen) iaitu Datuk Othman Aziz.

Manakala kerusi DUN Ayer Hitam yang dilepaskan oleh beliau akan ditandingi oleh Calon Popular Malaysia iaitu Datuk Paduka Mukhriz Tun Dr.Mahathir (yang memberi kerusi Parlimennya kepada Datuk Othman pada PRU13 kali ini.)

DUN Kota Siputeh pula BN mengekalkan wakil rakyat penyandangnya (Calon Boleh Menang Mudah) iaitu Datuk Abu Hassan Shariff.

Semoga ketiga-tiga calon BN akan memenangi ketiga-tiga kawasan di dalam P05 Jerlun. Kita sama-sama doakan ... Ini kerana salah satu calon BN bagi DUN di dalam P05 Jerlun merupakan seorang yang akan menjadi .... (akan di sambung kemudian ataupun anda yang sambung sendiri.) hehehe ...

Gambar : Terima kasih kepada team KedahTimes yang sudi berkongsi gambar dalam Whatsapps ...




AloQStaQ
HARI PENAMAAN CALON PRU13
SABTU 20 APRIL 2013
9:29 PAGI

0 komen:

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP