Sunday, April 21, 2013

ANDA UNDI PAS KEDAH, MAKNANYA ANDA REDHA KALIMAH ALLAH DIPERMAIN-MAINKAN ... Nama Bapak Kita Pun Kita Maqah Kalau Orang Salah Guna !!!


#savekedah : Pas GADAI kalimah Allah demi POLITIK ..!!

Archbishop of Kuala Lumpur, Murphy Pakiam, yang mencabar Kerajaan Malaysia di mahkamah semata-mata kerana mahu menggunakan kalimah ‘Allah’, merupakan tetamu kehormat Anwar Ibrahim pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2007 di kediaman rasmi beliau. (Gambar daripada anwaribrahimdotcom.blogspot.com)

Isu ini bukan baru tetapi setiap rakyat perlu sedar bahawa PAS sanggup berbuat apa sahaja demi kuasa termasuklah menggadaikan kalimah Allah.

"Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur, Murphy Nicholas Xavier Pakiam, Memohon Semakan Kehakiman No: R1-25-73-2008 Kepada Mahkamah Tinggi untuk membatalkan keputusan kerajaan pada 12 Februari 2008 yang melarang Herald The Chatolic Weekly daripada menggunakan kalimah Allah"

Pakteh sengaja besarkan ayat di atas supaya boleh difahami dengan mudah. Kalau tak faham juga...Pakteh ringkaskan bagi faham.

1. Kerajaan larang Herald The Chatolic Weekly menggunakan kalimah Allah
2. Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur, Pakiam mohon semakan mahkamah

Isuini ialah antara kerajaan dan pemimpin kristian. Menteri agama pada waktu itu Zahid hamidi berkata.

 “Pada hemat kami, mengikut Perlembagaan perkara 11(4), menjelaskan bahawa agama-agama lain tidak boleh disebarkan di kalangan orang Islam. Maka peraturan yang termaktub dalam Perlembagaan harus dihormati oleh agama-agama lain"

Apa yang dikesalkan ialah:

Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyifatkan tidak salah bagi orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada Tuhan:

“Pada zaman nabi, walaupun golongan ini menyembah berhala sekalipun tetapi jika ditanya siapakah pencipta langit dan bumi mereka tetap mengakui Allah yang menciptanya. “Jadi ertinya perkataan Allah ini bukan benda baru yang disebut oleh orang bukan Islam,” katanya.

Ketua Pembangkang di Parlimen, Anwar Ibrahim berkata sejak generasi rakyat Malaysia membesar menggunakan Bahasa Melayu sebagai medium komunikasi, beliau melihat tiada sebab mengapa penganut Kristian Malaysia tidak boleh menggunakan perkataan ‘Allah’ iaitu istilah Bahasa Arab untuk Tuhan dalam ritual mereka.

Dr. Dzulkefly Ahmad, Pengarah Pusat Penyelidikan & Pembangunan PAS serta Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor, berkata di dalam Sidang Dewan Rakyat pada 5 Mac 2009, bahawa persoalan mengenai penggunaan nama Allah tidak harus timbul kerana telah diakui dalam Al-Quran bahawa kalimah Allah turut digunakan oleh bukan Islam.

Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Abdul Samad, menyokong pandangan Dzulkefly dengan membaca sepotong ayat Al-Quran yang menunjukkan orang bukan Islam mengakui bumi ini diciptakan Allah.

Dzulkefly dikatakan merupakan ahli Parlimen beragama Islam pertama yang mengunjungi sebuah gereja di Malaysia. Beliau mengakui bahawa beliau mengunjungi Gereja St. Paul The Hermit di Ijok pada 16 Mac 2008, kurang 2 minggu selepas PRU ke-12.

Khalid Abdul Samad kemudiannya mengunjungi Roman Catholic Church of the Divine Mercy di Shah Alam pada 27 Mac 2008 dan memberikan kebenaran kepada Gereja untuk menggunakan kalimah ‘Allah

LEBIH TERUK LAGI, ANWAR MENGGUNAKAN HAJI HADI IAITU PRESIDEN PASUNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN BAHAWA PAKATAN RAKYAT BERSETUJU KALIMAH ALLAH BOLEH DIGUNAKAN OLEH BUKAN ISLAM pada 2013.

HANYA SATU PERKARA SAHAJA YANG BOLEH MENGHALANG KALIMAH ALLAH DARI DIGUNAKAN OLEH BUKAN ISLAM IAITU......PAKATAN RAKYAT MESTI DIHALANG DARI MENDUDUKI PUTRAJAYA

TUGAS PERTAMA UNTUK MENGHALANG PAKATAN RAKYAT IALAH DENGAN MEMBERIKAN UNDI KEPADA BARISAN NASIONAL. SAMADA ANDA AHLI UMNO, AHLI PAS, AHLI DAP (ISLAM), AHLI PKR, AHLI APA SAHAJA PARTI POLITIK DI MALAYSIA...ASALKAN ANDA BERHASRAT MENJAGA KESUCIAN NAMA ALLAH DAN AGAMA ISLAM....TUGAS PERTAMA ANDA IALAH UNDILAH BARISAN NASIONAL



Artikel INI DICEDOK BULAT-BULAT dari blog Sahabat : http://betoika.blogspot.com/2013/04/savekedah-pas-gadai-kalimah-allah-demi.html

TQ Pakteh !

1 komen:

Anonymous April 21, 2013 at 2:53 PM  

jom baca ni, elok kalau tolong sebar atau tolong link blog depa ni

http://umat-akhir.blogspot.com/2013/04/nota-panel-untuk-kali-ini-buatlah.html?showComment=1366527062150#c8816243680607010351

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP