Saturday, March 9, 2013

Lagu NEGARAKU tak dimainkan waktu podium Pingat Emas ?? ... Kes macam ni pun ada ka ??



Saja ja nak tunjukkan bahawa kalau tiada sikap kebertanggungjawaban tak kiralah dalam bidang apapun, kerja , kehidupan mahupun politik, maka macam-macam akan jadi haru biru.

Kesian aku pada Azizulhasni yang menang pingat emas tu di ACC (Asian Cycling Confideration) di India, tetapi bila dia naik ke podium, tak ada pula lagu Negaraku dipasangkan semata-mata kerana pengurus pasukan bawa cd audio ntah kemana ... katanya pegi Taj Mahal. Buat hapa pegi Taj Mahal waktu2 macam tu ntah? (PEMBETULAN ADMIN 1:38 Pagi: Bukan Azizulhasni yang menang emas, tetapi seorang pelumba muda Malaysia- Harap MAAF)


Begitu jugak dengan ketidakbertanggungjawaban Ayah Saiful Bukhari iaitu encik Azlan yang membuat U Turn mengatakan tuduhan terhadap DS Anwar meliwat anaknya adalah rekayasa UMNO dan UMNO mempergunakan anaknya, sedangkan sebelum ini sepanjang beberapa tahun turun naik mahkamah, beliau tidak pun menyatakan perkara sedemikian. Tiba-tiba hari ini 8 MAC 2013, beliau mengakui bahawa beliau fitnah DS Anwar.

Peliknya, masa yang diambilnya hampir sama tarikh-tarikh berkaitan dengan puak pemberontak Sulu menyerang Lahad Datu Sabah dan kembalinya PI Bala ke Malaysia ; YAKNI KEADAAN YANG HAMPIR DENGAN TARIKH PILIHANRAYA. Jangan lupa bahawa kehadiran Xenophone dari Australia ke Malaysia (yang telahpun dihalau balik) juga berlaku pada waktu-waktu yang terhampir dengan tarikh pembubaran Parlimen Malaysia untuk PRU13 kali ini .

Jelasnya, kelihatan ini semua sudah di susun atur oleh pembangkang Malaysia semata-mata untuk mencelarukan pemikiran rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia di asak dengan pelbagai isu-isu sehinggakan rakyat jadi keliru untuk membuat pertimbangan. Istilah paling tepat untuk menggambarkan perkara ini adalah "PEMBANGKANG MALAYSIA SEDANG MEMAINKAN TAKTIK JAHAT UNTUK MENGADU DOMBA PEMIKIRAN RAKYAT AGAR MEMBENCI KERAJAAN SEDIA ADA TANPA PERTIMBANGAN".

AloQStaQ
SABTU
1:11 PAgi
9 Mac 2013






8 komen:

Anonymous March 9, 2013 at 1:22 AM  

Hahahah... Terkantoi lagi umno. Cukup-cukup la tu, jgn le bagi rakyat bertambah benci kat ko.

Anonymous March 9, 2013 at 1:33 AM  

Pembetulan!
Bukan Azizulhasni yg menang pingat emas tu tapi pelumba muda (16 thn umo dia) Pengurus tu ingat hari pertama tak de la prospek emas so dia pun chow le makan angin.. he he!!
Balik M'sia nanti pecat je dia nih!!

AloQStaQ March 9, 2013 at 1:38 AM  

TQ sahabat Anon 1:33AM,
Di atas komen tuan;
Pembetulan!
Bukan Azizulhasni yg menang pingat emas tu tapi pelumba muda (16 thn umo dia)

Maka, dengan ini, ADMIN buat PEMBETULAN BAHAWA PEMENANG EMAS TERSEBUT ADALAH PELUMBA MUDA MALAYSIA TERSEBUT.

TQ Sahabat Anon.

Admin
AloQStaQBlog
1:38 Pagi

Anonymous March 9, 2013 at 1:45 AM  

Anwar akan buat apa saja untuk menang kali ni jadi PM. bak kata pepatah inggeris "by hook or by crook" ... maknanya lebih kurang : "dengan cangkuk atau dengan penjahat" (direct translation) . haha!

Dan dua-dua cara dalam pepatah inggeris tu dah nampak jelas sekarang.

maka, rakyat wajib hati2 dengan dakyah pembangkang dekat2 dengan pru13 ni. silap pilih, rugi sampai bila2.

Anonymous March 9, 2013 at 2:28 AM  

Adessss tuan punya blog pun terikut kantoi jugak ker. Malu nya aku. Aku termalu

Anonymous March 9, 2013 at 10:43 PM  

Hi there everyone, it's my first visit at this web site, and article is in fact fruitful in favor of me, keep up posting these posts.

My site plus de vue sur youtube
Also see my site: avoir plus de vues sur youtube

Anonymous March 10, 2013 at 5:44 PM  

This design is incredible! You most certainly know how
to keep a reader amused. Between your wit and your videos, I was almost moved to start my
own blog (well, almost...HaHa!) Fantastic job.
I really enjoyed what you had to say, and more than that, how you presented it.

Too cool!

My blog post plus de tweet

editor.aidc@yahoo.com March 11, 2013 at 2:00 AM  

salam. laman AIDC kena hack jam 9 malam, 10 Mac. Kerja-kerja pemulihan akan mengambil masa sehari dua sebelum dapat beroperasi seperti biasa.

http://mindaaidc.wordpress.com/2013/03/10/aidc-kena-hack-sebab-dedah-bukti-pertemuan-anwar-misuari/

Editor AIDC

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP