Wednesday, February 27, 2013

BUKTI CERAMAH PR TAK JADI MALAM INI : Pakatan Rakyat Kubang Pasu Tipu Penyokong ... HA HA !! Tak Tipu, Tak Pakatan Rakyat laaa, beb!! ...


AloQStaQBlog baru saja menerima satu email dan ianya 'masih panas-panas'. Email tersebut datangnya daripada seorang rakan pembaca AloQStaQblog yang tinggal di kawasan Kubang Pasu, Kedah , sana tu ....

Di mana dalam email tersebut beliau melaporkan bahawa kepimpinan PAS & Pakatan Rakyat Kubang Pasu nampaknya telah menipu penyokong-penyokongnya (ahli PAS , PKR & DAP) malam ini !


Ini berikutan kerana CERAMAH GERAK GEMPUR PRU13 yang telah mereka hebahkan melalui kain-kain rentang dan poster-poster di serata Kubang Pasu, nampaknya TIDAK berlangsung pun malam ini ! ...

Kata pengirim email tersebut, beliau dengan besar harapan telah pergi sekeluarga ke kawasan lapang Taman Tunku Maheran Jitra seperti yang dimaklumkan dalam poster ceramah tersebut, tetapi malangnya beliau sekeluarga telah menunggu sehingga jam 10.45 mlm (melepasi lebih 1 jam dari waktu asal yang dihebahkan dalam poster), yang ada hanyalah padang yang lapang itu semata-mata dengan beberapa bendera PAS yang dipacakkan dengan buluh di sekeliling padang tersebut ... yang ada hanya padang dan beberapa hadirin lain yang turut menunggu, malangnya tidak berlangsung pun ceramah seperti yang Pakatan Rakyat Kubang Pasu janjikan tu ...

SUNGGUH TIDAK MENEPATI JANJI LA PIMPINAN PR KUBANG PASU NI !!!
Hebahan tak serupa bikin ! ...






Tanpa ada sebarang notis penarikan balik mahupun pengumuman pembatalan, ceramah yang tak jadi itu dibiarkan begitu sahaja dan seolah-olah memperbodohkan penyokong-penyokong PR yang bersusah payah datang untuk meramaikan majlis. Semuanya pulang dengan sia-sia sahaja!

Apa dah jadi PAS & Pakatan Rakyat Kubang Pasu ?? Lu kata ini Ceramah Gerak Gempur PRU13 ? Belum sempat menggempur , dah menggelupor ! sampai lu orang tak jadi buat ceramah malam ni !

Apa hal beb ?? Macamana nak menang pilihanraya di kerusi Kubang Pasu ni ? Huhuhu ... harapan lu dah tipis dah nii ...

Lagi satu, kalaupun ceramah tu tak jadi dibuat atas apa sebab sekalipun, hebahkan lah kepada ahli-ahli supaya mereka tak dipermainkan datang jauh-jauh dengan keluarga bagai, tetapi yang ada hanya padang kosong saja .

Sekurang-kurangnya, adakanlah seorang dua orang urusetia menunggu di tempat 'ceramah tak jadi' tersebut untuk memaklumkan kepada sekalian hadirin yang hadir malam ni bahawa ceramah malam ini tidak dapat dijalankan (mungkin) disebabkan Pakatan Rakyat Kubang Pasu dahpun dapat merasai BN akan menang lagi di Kubang Pasu, maka mereka tak perlu bersusahpayah berceramah nak gempur BN pun ! HAHA !!

DAH TENTU-TENTU PAKATAN RAKYAT MEMANG AKAN TUMBANG DI KUBANG PASU NANTI
... InsyaAllah ! Hehehe ...


Sumber Gambar & Info diolah daripada Email Pembaca
(yang di emailkan kepada : AloQStaQ@gmail.com)



TERIMA KASIH BRO ATAS PERKONGSIAN MAKLUMAT !!


drpd;
AloQStaQ
RABU
12:12 Tgh Mlm
27 Feb 2013

1 komen:

Anonymous February 27, 2013 at 12:34 AM  

aku dah lama tak caya dengan pas ni. penipu besor. pru nanti kita sokong bn sahaja, itu aje boleh diharap.

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP