Sunday, May 20, 2012

Kenapa tiada BERSIH 4.0 sebelum PRU13 ?? ... HAIRAN BIN AJAIB !


Aku tertanya-tanya juga, kenapa Hishamuddin Rais menyebut tiada lagi BERSIH 4.0 sehingga menjelang PRU13. Padahal bagi puak Pakatan Rakyat, himpunan BERSIH itu adalah himpunan paling suci dan mulia bagi mereka, sehinggakan Tanah Suci Makkah & Madinah pun deorang nak try berhimpun untuk BERSIH jahanam ni kat sana, sungggguh gila !!!

Dalam waktu mutakhir ni, ramai yang menjangkakan bahawa PRU13 akan berlangsung pada bulan depan , Jun 2012. Selain daripada itu, ada juga pendapat (contohnya Tun Dr.M) yang menjangkakan PRU13 akan hanya berlangsung pada selepas Aidilfitri September nanti.

Adakah Hishamuddin Rais dan pimpinan Pakatan Rakyat telah merasakan kesan buruk himpunan BERSIH 3.0 baru-baru ini yang telah mencalarkan reputasi Pakatan Rakyat selama ini yang telah mereka gilap dengan penuh adu domba dan pembohongan kepada rakyat - tiba-tiba dengan Kuasa Allah , satu gambaran paling buruk terhadap Pakatan Rakyat telah berlaku semasa himpunan BERSIH 3.0 yang berlangsung baru-baru ini.

Mengikut rekod dan sejarah di antara Himpunan BERSIH , BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0 , Pakatan Rakyat telah kena backfire dari himpunan tersebut yang paling buruk adalah pada Himpunan BERSIH 3.0 baru-baru ini (Insiden terbalikkan patrol car dan Insiden Anwar bagi arahan serbu halangan Polis) ... Ianya amat menjengkelkan di mata rakyat Malaysia secara total !

Ini termasuk reputasi Pakatan Rakyat dari sudut pandangan pengundi ATAS PAGAR yang amatlah penting bagi BN dan PR sendiri. Imej Pakatan Rakyat TERUK MENJUNAM HANYA KERANA KEJADIAN-KEJADIAN BURUK DI HIMPUNAN  BERSIH 3.0 ...

Bagi pengundi ATAS PAGAR, mereka mempunyai prinsip dan sikap mengundi yang amat mudah sahaja, mana-mana pihak sama ada BN mahupun PR yang dapat membuktikan bahawa mereka boleh menjaga ketenteraman rakyat dan ekonomi Malaysia dengan baik, maka undi ATAS PAGAR sudah pasti akan terarah kepada puak terbabit...

Tak kiralah engkau BN mahupun PR ... Undi ATAS PAGAR amat dipengaruhi sentimen 'saya senang jika puak ini memerintah, maka saya akan undi puak ini'.

Ingat !! Pengundi ATAS PAGAR tidak taksub kepada mana-mana perjuangan parti politik. Mereka ini hanya ingin merasa senang dalam mencari makan dan menyara keluarga mereka, maka itupun sudah cukup untuk mereka putuskan bagi mengundi siapa di atas kertas undi nanti.

BERSIH 4.0 tiada lagi dah ???

Bagi pendapat aku secara peribadi, ianya mungkin ada dua (2) kemungkinan , kenapa Perhimpunan BERSIH 4.0 tidak akan dianjurkan oleh Pakatan Rakyat sebelum PRU13 ...

IANYA MUNGKIN KERANA ...

1- Pakatan Rakyat bimbang kebencian rakyat / pengundi ATAS PAGAR terhadap Perhimpunan Haram BERSIH 3.0 akan terus meluap-luap apabila diadakan pula BERSIH 4.0 ! ...

ATAU MUNGKIN JUGA DISEBABKAN ...


2- Pakatan Rakyat akan menggunakan nama BERSIH 4.0 untuk mereka bikin huru-hara dalam negara ini (sejurus selepas PRU13 diumumkan).


Itupun kalau BN menang lagi ler ...

Inilah modal politik kotor Pakatan Rakyat ! Kalau BN Menang, diorang akan tuduh BN MENANG SECARA TIPU ... PROTES JALANAN AKAN DILAKUKAN ! ... HURU HARA AKAN BERLAKU SELEPAS KEPUTUSAN PRU13 DIUMUMKAN ...


Tetapi, seandainya jika ditaqdirkan (Nauzubillahhiminzaaalik!) Pakatan Rakyat menang dan mereka dapat memerintah Malaysia , maka bagi mereka Keputusan Pilihanraya ke 13 adalah betul dan benar belaka (kononnya berkat hasil perjuangan mereka mengadakan Perhimpunan BERSIH , BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0 sebelum ini) ...




Kepada semua pimpinan UMNO BN khususnya pimpinan dan ahli UMNO BN di Kedah, saya minta anda jangan leka !!

Walaupun Pakatan Rakyat menyatakan BERSIH 4.0 tidak akan dianjurkan , kita janganlah mudah terpesona dan terpedaya !

Itu bukan menunjukkan bahawa mereka sudah insaf atau mereka merasakan Perhimpunan BERSIH , BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0 sebelum ini telah menemui kegagalan mutlak, tetapi hakikatnya mereka mungkin ada menyimpan "satu agenda sulit yang tersirat" untuk men"Tahrirkan Malaysia" melalui BERSIH 4.0 sejurus keputusan PRU13 !!

Jadi, berhati-hatilah. Pakatan Rakyat MEMANG SUKA MENIPU!




Aku:
AloQStaQ
20 MAY 2012 (Sabtu Mlm Ahad)
1.31 Pagi

5 komen:

Anonymous May 20, 2012 at 1:44 AM  

logik juga pandapat penulis. aku sokong!

Anonymous May 20, 2012 at 4:28 AM  

Majoriti rakyat turun ajar perusuh bersih 4.0 kalo dah tak terkawal.
Ingat Bersih 4.0 = 4 x ganda huru-hara...huhu takut~

anjing May 21, 2012 at 8:12 AM  

PAS kata akan adakan Bersih 4.0 sebelum PRU ke-13 sekiranyan Kerajaaan BN masih gagal melalukan tranformasi terhadap sistem pilihanraya negara ini...melalui siri ceramah jalanan PAS, perkara ini sering di highlightkan oleh peneceramah PAS......

Unknown May 21, 2012 at 2:04 PM  

Aku rasa akan ada Bersih 4.0

KRONOLOGI ISU ISTIJUARA SDN BHD – RAJA NONG CHIK BAGI KONTRAK PADA ANAK SENDIRI? Baca di sini...

http://apakecoh2.blogspot.com/

Kamal Sanusi May 22, 2012 at 11:30 AM  

Hairan jugak ngan segelintir manusian nih....

1. Sebut ajer nama Anwar Ibrahim terus mereka bertindak macam cacing kepanasan laksana beruk kena belacan. Masa itulah nak buat road-block setiap satu tiang lampu menuju ke tempat ceramahnya. Tapi dok mengata dia tu kaki liwat la, geng yahudi la, ditolak org ramai la.

2. Bila mana BERSIH hanya memfokuskan SPR akan membuat pembersihan di dalam daftar mengundi, UMNO a.k.a BN pulak yang kalut lebih kepanasan. Terus diputarkan kononnya nak merampas kuasa KERAjaan dll yg sekasta dengannya padahal mereka hanya nak pilihanraya yg bersih dan telus. Soal siapa menang citer lain.

3. Siapa yg tak sealiran ngan KERAjaan a.k.a UMNO a.k.a BN dicop sebagai pengkhianat la, lupa diri la, itu la ini la semua yg tak baik.

Untung la dok di Msia ni, kalau di negara barat, dah penuh penjara ngan menteri yg rasuah, jenuh dok melayan buy-election, kalut mahkamah ngan kes salahguna kuasa penjawat awam.

Wakaakaaa.....








.

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP