LAWAK ! YB KHAIRY KATA : NEGARA TERGADAI KALAU ANWAR JADI PM ...
Negara tergadai jika Anwar jadi PM - Khairy PONTIAN 21 Dis. - Kedaulatan negara akan tergadai sekiranya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri kerana kes liwat beliau yang sedang dibicarakan di mahkamah akan digunakan oleh pihak luar yang mempunyai agenda tertentu. Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin berkata, hubungan negara dengan negara luar juga akan terjejas sekiranya Ketua Pembangkang berkenaan menerajui negara ini. "Sekiranya hal-hal peribadi telah diketahui umum, ia merupakan sesuatu yang berbahaya dan hanya memberikan kesempatan kepada pihak luar untuk memperbodoh-bodohkan kita. "Seterusnya maruah dan imej negara ini menjadi pertaruhan yang akhirnya rakyat sendiri akan rugi kerana mengikut telunjuk dan arahan pihak tertentu," katanya pada majlis Jelajah One Malaysia (JOM) di Simpang Parit Makasar/Parit Madirono, di sini malam tadi. Sempena program tersebut, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pontian melancarkan kenderaan JOM BN Pontian dengan tugasan pertama bagi membantu jentera BN menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang nanti. Turut hadir Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan; Ketua Pemuda UMNO Johor, Mohd. Fadil Muskon dan Ketua Pemuda BN Pontian, Nasrihat Turiman. Khairy berkata, Pemuda BN akan memastikan parti itu terus mempertahankan Putrajaya daripada dikuasai oleh pakatan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang. "Pemuda BN berikrar dan berjanji akan berjuang untuk memastikan cita-cita Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri akan tinggal impian sahaja," tegasnya. Beliau berkata, pembohongan demi pembohongan yang dilakukan Anwar di dalam dan luar luar negara, menunjukkan beliau memang ingin melihat negara ini berada dalam keadaan tidak menentu. "Ini termasuklah isu 1Malaysia yang dikaitkan dengan Apco Israel tetapi yang sebenarnya Anwar tidak mempunyai sebarang bukti terhadap dakwaan itu," katanya. |
Tapi, aku rasa nak tergelak jugak dengan YB Rembau ni yang dikatakan pernah menaruh perasaan dan harapan tinggi untuk menjadi PM termuda di Malaysia. Angan-angan yang hebat ! ... Andaikata la KJ yang jadi PM, agak-agaknya Negara Akan Tergadai tak ? ... Jawablah sendiri yer ...
Sedangkan waktu PAK MENTUA menjadi PM pun dah nampak amat berpontensi negara ini hampir tergadai, inikan pula diri sendiri yang manjadi PM !!
Pastinya lebih ligatlah mengaut apa harta yang ada ! ... Kami masih ingat la semua tu wahai beruk !... semuanya masih segar dalam ingatan kami betapa teruknya Malaysia sewaktu dipimpin dengan rakus oleh Mertua + Menantu ... JAHANNAM HABIH HARTA NEGARA ! ...
Hari ini , YB Rembau bolehlah mengutuk kaw-kaw kepada Anwar kerana pada masa ini Anwar memang musuh No.1 UMNO.
YB pulak Ketua Pemuda UMNO Malaysia, memang patut sangatlah mengeluarkan kenyataan sedemikian, tapi manalah tahu orang yang YB kutuk tu suatu hari nanti akan menjadi ketua / sahabat YB? Hanya Allah sahaja yang tahu ...
Masakan tidak ?
Passport si Peliwat Tegar pun dihantar secara terus oleh Menantu PM waktu tu ! Nak kata apa lagiiiiiiiiii !!!????????? ............
YB pulak Ketua Pemuda UMNO Malaysia, memang patut sangatlah mengeluarkan kenyataan sedemikian, tapi manalah tahu orang yang YB kutuk tu suatu hari nanti akan menjadi ketua / sahabat YB? Hanya Allah sahaja yang tahu ...
Masakan tidak ?
Passport si Peliwat Tegar pun dihantar secara terus oleh Menantu PM waktu tu ! Nak kata apa lagiiiiiiiiii !!!????????? ............
AloQStaQ
22 Disember 2010
8:20 AM
3 komen:
letak gambar KJ serah pasport besar2 baru best!!
biar org ingat balik apa yg KJ buat dulu!!
Teman akan sokong BN/UMNO bukan kerana KJ, tetapi kerana agama, bangsa, negara dan raja.
Tapi Teman tak rela jika KJ diangkat memegang sebarang jawatan Menteri, Timbalan Menteri, Senator, Ketua GLC, Naib Presiden UMNO, ADUN atau MP...semoga KJ kini tak seperti dulu!
Semoga YAB DS PM kita terang hati dan tidak tersasul memilih mamat ni duduk sebagai jemaah barisan DSN.
Post a Comment