Tuesday, November 17, 2009

Mukhriz Calon Terbaik di DUN N3 Kota Siputeh

Pagi ini, membaca pendapat saudaraku Nobisha melalui blognya yang popular ; http://nobisha.blogspot.com/2009/11/mukriz-mahathir-calon-bn-kota-siputeh.html mengenai calon PRK DUN N3 Kota Siputeh, maka bertambah kuat rasanya hasrat kami sekalian pendokong UMNO (khususnya geng Kelab Maya UMNO Utara / KMU Utara) di Kedah untuk merealisasikan impian yang selama ini kami pertahankan, iaitu Dato' Mukhriz Tun Dr.Mahathir sepatutnya menjadi calon DUN di Kedah (di samping sebagai calon Parlimen Jerlun).

AloQStaQ amat bersetuju 100% jika Mukhriz diletakkan sebagai calon DUN N3 Kota Siputeh seandainya terjadi Pilihanraya Kecil di situ dalam masa terdekat ini.

Mukhriz, sudah amat dikenali oleh segenap lapisan rakyat Jerlun sejak menjadi Wakil Rakyat Parlimen di situ bermula Mac 2008. Lagipun penerimaan Mukhriz oleh orang PAS khasnya yang KUAT PAS di Jerlun amatlah baik sekali.

Bayangkan, PRU12 dulu, begitu punya banyak sabotaj dari pelbagai pihak terhadap Mukhriz, tak kira dari dalam atau luar, Mukhriz masih boleh menang dalam majoriti yang selesa!

Waktu tu (PRU12) keadaan BN di mana-mana tempat memang gayat! Tapi, Mukhriz tetap menang di kawasan panas ni! SIAPA PENYEBAB KEMENANGAN SELAIN ATAS PAGAR & ORANG BN??

Pastinya ada tangan-tangan yang mengundi DUN kepada PAS dan Parlimen memangkah Mukhriz. Alhamdulillah!

Rakyat Jerlun memang pandai membuat pilihan.
GAMBAR : Mukhriz & Abu Hassan sedang melawat seorang warga Jerlun yang terlantar sakit di rumahnya, sewaktu Mukhriz pulang ke Jerlun bertemu rakyat baru-baru ini.

Ada juga khabar betul & benar dari Jerlun sewaktu PRU12 tempohari, yang bagi aku amat menusuk kalbu, yakni DRIVER KERETA TARIK PENGUNDI PAS / PR sepanjang perjalanan mengingatkan pakcik/makcik yang mereka bawa ke tempat mengundi supaya DUN PANGKAH PAS, PARLIMEN PANGKAH MUKHRIZ!

Wahhh! Benarkah ini? .... YAAA! Memang Benarrrr! .... Begitu sayangnya penduduk Jerlun kepada Anak Mantan PM ke 4 ni ... Tak kira UMNO, MCA, MIC atau PAS/PR !!

Masakan tidak, sudah tentu Mukhriz sudah tumpas di Jerlun.

Pendekata, Mukhriz adalah calon terbaik jika Abu Hassan tidak terpilih semula. Sekadar pendapat aku secara peribadi.


AloQStaQ
17 Nov 2009
10:00 AM

10 komen:

Anonymous November 17, 2009 at 11:50 AM  

Sokong 100%. Kalau Nizar PAS boleh, BN pun boleh!! Dato' Mukriz berkebolehan dan mampu menyandang 2 jawatan jika diberi peluang. Kedah amat memerlukan pemimpin yang berilmu, berpengalaman dan berjaya dlm bidang korporat dan mempunyai sokongan padu dari penduduk Jerlun.

Syammil November 17, 2009 at 12:19 PM  

salam bro..saya kurang setuju la dengan idea ni.dato mukhriz bukan saja ahli parlimen tapi timbalan menteri MITI.besar tanggungjawab tu..takut nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

AloQStaQ November 17, 2009 at 1:12 PM  

Anon,
betui tu ... begitulah sepatutnya ...

Mil,
Aku terpikiq jugak memula tu lebih kurang macam hang pikiq, mungkin ianya akan menyesakkan jadual DMM dan bimbang nanti dia terlalu byk komitmen.

Tapi Mil, aku rasa lebih baik dia start sekarang untuk sesakkan mindanya demi kebaikan rakyat jelata sepertimana Ayahandanya dulu sepanjang 22 Tahun sesak dengan pelbagai tanggungjawab.

Kedah tiada pelapis MB yang baik untuk BN Mil, sebab tu kita kena rancang benda macam ni awal-awal ... nanti belakang hari berceramuk macam "zaman nak pilih MB Kedah suatu masa dulu, siapa ADUN2 yang suka Sanusi?" ... Susah tu! ....

Baik kita wujudkan seorang "wira" menunggu.

Ini pendapat aku dan rakan2.

Bapak3 November 17, 2009 at 2:06 PM  

Salam Sdr AloqStaq,

Saya rasa masanya sudah tiba untuk membawa pulang ikon muda Kedah Darul Aman. Datuk Mukhriz amat disenangi oleh hampir semua golongan dan kaum. Beliau, saya percaya, boleh merapatkan semula jurang di antara pemuda dan golongan yang sedia ada. Dan bertapaknya beliau di kerusi state akan mampu memberi revitalization yang amat sangat diperlukan oleh UMNO Kedah.

Mencalonkan Datuk Mukhriz akan menjadi satu langkah yang paling bijak untuk UMNO.

AloQStaQ November 17, 2009 at 2:22 PM  

Bapak 3,

Sememangnya idea kita untuk meminta DMM bertanding diperingkat DUN Kedah adalah semata-mata untuk memudahkan rakyat Kedah amnya dan Jerlun khususnya.

UMNO pun tak bercelaru sangat nak memilih calon selayaknya kerana dah ada yang bersih. Ala-ala PAS buat pada si Nizar laaa ... Nampak Nizar tu diterima rakyat, depa letak jugak di Parlimen Bukit Gantang.

DMM selayaknya di DUN Kota Siputeh.

1 Melayu November 17, 2009 at 11:36 PM  

Kalau BN benar benar mahu berubah inilah masa yang terbaik untuk memberi peluang kepada Pemimpin muda Kedah mengasah bakat mereka untuk menjadi Pemimpin yang berjaya satu hari nanti.

'A thousand mile journey begins with the first step'pemimpin dan ahli UMNO jangan saja tahu bercakap mahu berubah tetapi tidak berani mengotakannya.

Ayuh Najib kotakan apa yang telah diperkatakan dan calonlah Dato Mukhriz sebagai calon BN di DUN Siputeh,my bet is on Dato Mukhriz,come what may he will win.

AloQStaQ November 18, 2009 at 8:36 AM  

1 Melayu,
InsyaAllah kita sama-sama push kepimpinan atasan untuk menerimapakai idea kita untuk calonkan DMM di Kota Siputeh.

Sekadar yang kita terdaya dan termampu, kita push aja. Tulis banyak-banyak di sana-sini ... Err, pagi ni pun dalam TV1 dan TV3 nampaknya dok promote Facebook PM, jadi mari kita gunakan saluran tersebut juga.

InsyaAllah, pendapat kita ini akan dipertimbangkan.


AloQStaQ

Syammil November 20, 2009 at 4:22 PM  

kalau akar umbi sepakat nak pilih DMM sebagai calon cam bagan pinang, there is no reason for umno..they should say YES..

developing leaders of tomorrow!

Anonymous November 22, 2009 at 5:59 AM  

jom pi jerlun ?? ..

sma mcm jom pi kedah ja .

xda slogan idea yg lain dah ka ? ..

hans November 23, 2009 at 10:06 PM  

dato mukhriz tu memang hebat
tapi kan dah banyak jawatan dia
mampu ker dia nak pikul semua tu?

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP