Sunday, June 14, 2009

7 Kesilapan Tok Guru yang patut Ditegur & Diperbetulkan ...

Ramai orang PAS, sayangkan Nik Aziz.
Ramai orang bukan PAS, yang hormatkan Nik Aziz.

Ada orang PAS, yang "kurang senang" dengan Nik Aziz.
Ada orang bukan PAS, yang bencikan Nik Aziz ...

Nik Aziz adalah seorang Tok Guru yang disegani dan dihormati rakan & lawan. Seorang yang kelihatan warak dan kelihatan merendah diri selah-olah seperti orang biasa/kebanyakan, sedangkan beliau adalah Mursyidul Am merangkap Menteri Besar. Hakikatnya, beliau juga seorang ahli politik.

Apapun, Nik Aziz masih lagi seorang manusia yang pandangannya, pendapatnya, ideologinya terbatas sebagai seorang politikus dan sebagai seorang manusia (yang bukan Maksum dan bukanlah Malaikat) yang mana pastinya akan wujud khilaf , salah atau silap.

Setelah aku fikir-fikirkan dan aku nilai-nilaikan beberapa lama, nampaknya aku terpaksa senaraikan 7 KESILAPAN NIK AZIZ YANG SEPATUTNYA DITEGUR OLEH ORANG SEKELILINGNYA & ORANG YANG MENYAYANGINYA supaya beliau tidak terus hanyut dalam keadaan "tidak sedar melakukan kesilapan".

Cakap-cakap beliau selalunya akan menjadi "fatwa" / rujukan dan ikutan para penyokong, inilah yang akan membahayakan partinya (lantak pi la!), pengikutnya (lantak pi la!), Agamanya (ini ada kaitan dengan aku & umat Islam lain) dan Negaranya (ini juga ada kaitan dengan aku & rakyat keseluruhannya - termasuk generasi akan datang).

Impak dari pendapat Nik Aziz, kalau baik dan kena gaya, akan memberikan kesan baik kepada semua, tetapi kalau silap/salah tanpa ditegur, PASTINYA akan menjadi barah yang akan membantu musuh untuk melakukan kehancuran Islam & Negara ini.

NOTA: ALOQSTAQ BLOG : TUJUAN AKU MENERBITKAN ARTIKEL INI, BUKANLAH UNTUK TUNJUK PANDAI ATAU UNTUK "HINA" TOK GURU, TETAPI NIAT AKU UNTUK MEMBERI KESEDARAN DARI PERSPEKTIF APA YANG AKU LIHAT YANG BERLAKU KINI KEPADA SEORANG MANUSIA BERNAMA NIK AZIZ.

Bagi aku, antara salah silap yang Nik Aziz lakukan - dan perlu ditegur adalah :

1. MENYOKONG ANWAR IBRAHIM (INI SILAP PALING UTAMA!)

- Nik Aziz secara terang-terang menyokong serta menyanjungi Anwar sebagai seorang yang "layak" dipatuhi, disanjung, diikuti khasnya sebagai Pemimpin Besar & Utama dalam Pakatan Rakyat. Sedangkan sudah begitu banyak bukti yang jelas nyata menunjukkan Anwar adalah seorang yang tidak boleh dipercayai dan tidak layak langsung untuk diangkat menjadi pemimpin, khususnya pemimpin No.1.

2. MENERIMA SEKONGKOLAN PAS-DAP

KERATAN AKHBAR SIASAH TERBITAN APRIL - MEI 2002 : MEMAPARKAN KATA-KATA NIK AZIZ MENGENAI DAP.

- Nik Aziz yang dulunya menganggap DAP = SYAITAN, kini menyokong pula DAP dan Pakatan Rakyat demi survival politik PAS. Percaturan ini (berpakat dengan musuh Islam) hanya akan memberi kesan buruk kepada Agama Islam dan umatnya di Malaysia. Konsep Negara Islam yang masih DITOLAK 100% OLEH DAP SEJAK DULU, hanya akan mengundang kemusnahan jika Pakatan berjaya menakluk Malaysia atas sokongan PAS (Nik Aziz).


3. TERLALU MEMPERCAYAI ORANG SEKELILINGNYA (Khasnya PUAK ERDOGAN) YANG MEROSAKKAN.

- Jelas nyata pada Sidang Muktamar PAS ke 55 minggu lepas, Nik Aziz menolak secara total idea Kerajaan Perpaduan yang diterbitkan dari minda Presiden PAS dan sekutunya. Nik Aziz tanpa segan silu mengatakan bahawa "Idea Kerajaan Perpaduan itu KARUT", sedangkan beliau masih berpegang dengan Pakatan Rakyat yang kononnya lebih jujur ikhlas berbanding UMNO/BN. Penolakan mentah-mentah idea Kerajaan Perpaduan ini memberi gambaran jelas bahawa Nik Aziz menerimapakai idea Pro-Pakatan oleh PUAK ERDOGAN (semua orang tahu, ianya dibayangi oleh Anwar).

4. MENGELUARKAN PENDAPAT-PENDAPAT YANG BOLEH MENGELIRUKAN PENGIKUT & ORANG RAMAI.

- "Tuhan Juga Mencarut" (Kerana menyokong buku "SHIT - PukiMak" Shahnon Ahmad)
- PAS sanggup bekerjasama dengan Syaitan, jika itu akan pastikan PAS menang pilihanraya.
- Tidak akan bekerjasama dengan UMNO kerana UMNO pernah "menolak" PAS sebelum ini (timbul akibat perasaan Nik Aziz berunsur dendam kesumat kepada UMNO), tetapi Nik Aziz kata tidak mengapa untuk PAS bekerjasama dengan DAP (yang sah-sah tidak setuju Malaysia jadi Negara Islam).

5. BERSETERU DENGAN ORANG UMNO (MUSLIM) ... TETAPI SANGGUP BERSATU DENGAN DAP.

- Kemana arah tuju PAS? Dasar awal penubuhan PAS telah jauh terpesong sejak PAS sanggup bekerjasama dengan PKR dan DAP dalam Pakatan. Ini menyebabkan matlamat PAS telah berubah dari Negara Islam dan Tegakkan Hudud : kepada : Negara Berkebajikan dan Samarata/Adil. (Demi menjaga hati puak keparat dalam Pakatan).

6. MENGGUNAKAN KEDUDUKAN SEBAGAI MURSYIDUL AM UNTUK CUBA MEMPENGARUHI AHLI PAS MENERIMAPAKAI PENDAPATNYA.


- Nik Aziz adalah Mursyidul Am PAS. Sepatutnya beliau menggunakan kedudukannya khusus sebagai seorang yang tidak berkecenderungan ke arah mana-mana pihak. Ini tidak, Nik Aziz "hentam" Presiden & Timb.Presiden PAS yang cuba mewujudkan idea Kerajaan Perpaduan, dan secara terbuka merasa seronok jika benar Puak Erdogan wujud dalam PAS. Ini adalah sesuatu yang menyedihkan apabila lontaran pendapat dari seorang Mursyidul Am nampaknya berkecenderungan kepada sesuatu pihak (khususnya yang dibayangi Anwar).

7. TIDAK CUBA MENILAI DENGAN TELITI, SIAPA KAWAN & LAWAN (YANG SEBENARNYA)



- Nampaknya banyak perkara yang Nik Aziz lakukan dan luahkan sebagai pendapat (mungkin "fatwa"?), kelihatan ianya telah sedikit sebanyak di"ilham"kan oleh penasihat-penasihat perosak dan perosak itu berupaya memusnahkan Dasar Pas yang asal. Nik Aziz seolah-olah telah menutup pancainderanya secara total untuk menilai siapakah Anwar sebenarnya, siapakah Lim Kit Siang dan Karpal Singh sebenarnya, siapakah puak Erdogan sebenarnya ...



Mungkin ada lagi kesilapan lain yang Nik Aziz lakukan sepanjang karier politiknya selain 7 yang aku senaraikan di sini yang sepatutnya DITEGUR dan DIPERBETULKAN oleh orang-orang sekeliling dan rapat dengan Nik Aziz.

Demi kebaikan sejagat (kerana bagi aku PAS merupakan parti kedua terkuat di Malaysia selepas UMNO). Jika PAS rosak, kesan daripada akibat itu kepada negara juga agak dahsyat. Semoga Allah memberikan HidayahNya kepada Nik Aziz agar kembali sedar kesilapan yang berlaku.

Bak kata Nik Aziz hari ini dalam Bernama Online : "Isteri boleh jadi buat salah kepada suami, dan suami boleh jadi buat salah kepada isteri, anak boleh jadi buat salah kepada ibu bapa. Begitu jugalah dalam politik," katanya kepada pemberita. Maknanya, NIK AZIZ JUGA TIDAK TERLEPAS DARI BUAT SALAH SILAP.

INGATLAH NIK AZIZ & ORANG PAS ... Kita bukan Maksum.


AloQStaQ
.

24 komen:

amirhamzah64/ 64أمير حمزه June 14, 2009 at 9:04 PM  

salam bro,

Ilmu agamanya mungkin lebih tinggi tetapi kentutnya sama busuk dengan kentut org lain. Kalau dia makan cencaluk mungkin lebih busuk. hehehe.

7 sebab yang bro berikan itu sudah munasabah dan mencukupi.

ManSaari June 14, 2009 at 11:30 PM  

Masih ada yang percaya kepada Anwar Ibrahim. Pelik tetapi benar. Konon-konon beliau adalah Pemimpin Islam tetapi hairan ya mengapa dia tidak memilih PAS biarpun sahabat baiknya Ustaz Fadzil Nor memjadi pemimpin nombor wahid PAS pada ketika itu.

Kelebihan Anwar adalah bercakap dan memujuk. Dia seumpama penjual ubat biarpun yang dijual adalah tahi kambing tetapi pengikut tetap menganggap ia adalah makjun. Peliknya Tuan Guru Nik Aziz lebih percaya kepada Anwar daripada rakan seperjuangannya Hadi Awang.Terbalik kuang. PAS semakin kecungapan gara-gara Anwar dan kuncu-kuncunya.

Cucu Tok Selampit June 14, 2009 at 11:41 PM  

Salam Tuan,

Rencana yang baik dan padat. Terima kasih.

Anonymous June 15, 2009 at 1:27 AM  

kesilapan nik aziz 7 ? tapi kesilapan wak pulak berapa...........tu pun entah betui ke idak........ikut sedap je....tanpa dalil2 yg bolih di jadikan ikutan.....spt keratan akhbar etc...dalam skit kot.....!

Anonymous June 15, 2009 at 1:32 AM  

silap nik aziz 7 ?bayak lagik ? tapi silap wak berapa ? tuu pon betui ke idak......mcm bagus ja....dalil pun amik surat kabaq...betui ke...hujah ek...nabi2 je maksum....

..nOWa.. June 16, 2009 at 1:09 PM  

ya..tok guru pun manusia juga..lagi parah kalau dia tak boleh ditegur..

Qorie Afifi June 16, 2009 at 11:23 PM  

HANYALAH ALLAH YANG TAHU....

Anonymous May 7, 2010 at 11:00 AM  

owh..tujuh kesilapan ye...kesilapan awk brp ye?...ermm,kesilapan najib plak brpe yep?tlng list kn kesilapan najib lak...hahaha..

Anonymous June 3, 2010 at 3:33 PM  

Banyak2 ingat pada kematian sekali kita pergi xkan dapat pulang kembali
kalau ulama kita cakap macam2 . sape lagi kita nak agungkan . insaf laa wahai kawan

luqmanul haqim (pejuang islam) October 18, 2010 at 8:38 PM  

aku memg nak maki je sape yg buat statement bodoh ni . pasal bende politik , pasal bende kecik pon nak kecah ape . ha ! lu ckp skang . huh ! aku ingatkan nik aziz buat salah BESAR . rupenye , pasal bende paling kecik ! habis , kau nak bersatu dengan umno yang najib pimpin tu ? heyy , pikirlah sikit . si najib tu kau ingat baek sangat ke ? dia lagi banyak buat K E S I L A P A N . bini dia , rosmah . bape bnyk da mkn duet rakyat . bajet 2011 , untok sekolah agame , blanje dye lagi sikit daripada untuk rosmah buat binatang ape entah . tu bgus ke ? org nk buat skola agame , tk duit tk kasik lebih . BAIK SAGNAT KE TU ?!

luqmanul haqim (pejuang islam) October 18, 2010 at 8:39 PM  

aku memg nak maki je sape yg buat statement bodoh ni . pasal bende politik , pasal bende kecik pon nak kecah ape . ha ! lu ckp skang . huh ! aku ingatkan nik aziz buat salah BESAR . rupenye , pasal bende paling kecik ! habis , kau nak bersatu dengan umno yang najib pimpin tu ? heyy , pikirlah sikit . si najib tu kau ingat baek sangat ke ? dia lagi banyak buat K E S I L A P A N . bini dia , rosmah . bape bnyk da mkn duet rakyat . bajet 2011 , untok sekolah agame , blanje dye lagi sikit daripada untuk rosmah buat binatang ape entah . tu bgus ke ? org nk buat skola agame , tk duit tk kasik lebih . BAIK SAngAT KE TU ?!

jerung October 26, 2010 at 7:45 PM  

hahahahah...dangkal sungguh otak org pas..aku rasa xsalah admin suarakan ape yg dirasakan..demokrasi beb..GOOD JOB ADMIN...NIK AZIZ ni sapa sampai xboleh dtegur??NAJIB rosmah boleh lak korg maki caci,,nik aziz xboleh ea???rasenye xde pun admin maki cerca nik aziz,,NIK AZIZ ni maksum ke?jgn terlalu taksub lah weii...NABI MUHAMMAD SAW PUN TERIMA TEGURAN ORG LGKAN SI NIK AJIS,,,JAUH BEZA NIK AZIZ NGAN NABI..xboleh aku bayangkan btapa jauhnya perbezaan nik ajiz dgn nabi..jgn lah taksub sgt dgn nik ajis,,jgn lah totok sgt ,,open lah otak tu sikit...ok admin xmaki korg marah,,so kat sini aku nak maki,,NIK AZIZ NYANYUK BODOH BEBAL CELAKA PEMUSNAH SILATURAHIM MELAYU..PENCIPTA FATWA PALSU..KAWAN SETAN..hah????korg nak ckp ape????GOOD JOB ADMIN

AloQStaQ October 27, 2010 at 8:49 AM  

TQ so much Jerung for supporting!

Anonymous December 23, 2010 at 7:06 PM  

Bro Jerung..

Ape kita nak kata lagi, klu dah juak2 PAS ni jumud sangat..sampai dah x nampak cahaya lagi dah...

Nabi Muhammad s.a.w pun x bagi umatnya mengagung2kan baginda walaupun baginda antara manusia yang dijanjikan ALLAH s.w.t balasan syurga..inikan pula Nik Aziz.

Siapa kata Nik Aziz ulama'...saya x percaya bahwasanya beliau adalah golongan ulama kerana segala tindak tanduk beliau tidak menggambarkan beliau sebagai ulama'.

Klu dikatakan Ustaz politik mungkin ada benarnya kerana beliau ada ilmu agama..

Klu beliau ulama' x mungkin beliau sanggup menjual Islam demi kepentingan undi..berkawan dengan kafir harbi (DAP) demi kepentingan undi, menyorok kebenaran (kes liwat Anwar) deni undi..

jadi segala apa yang dilakukan, ucapan, kata-kata, ceramah, ajaran semua berunsurkan politk bukan untuk kepentingan Islam..

Ingatlah Nik Aziz asalnya hanyalah seorang Guru Taska sebelum bergiat aktif dalam politik tanah air..

Mengapa Ustaz Dr. Harun Din tidak memberikan komen sama seperti beliau malah tidak langsung menunjukan sokongan pada setiap fatwa yang dikeluarkan oleh Nik Aziz..

Saya lebih menghormati Ustaz Dr. Harun Din daripada Nik Aziz yang pada luaran sahaja nampak alim tapi tngkah lakunya langsung tidak menunjukkan beliau seperti golongan tersebut.

Klu betul la nak menghormati ulama' hormati lah semuanya, mengapa kita hanya perlu menghormati ulama' yang ada didalam PAS sahaja? Mcm mana pulan dengan Mufti2, Tok Guru sekolah pondok malah ulama' muda yang menyertai UMNO orang PAS kutuk boleh pula?

Jgn jadi munafik, menyokong golongan yang sehaluan dengan PAS sahaja dan menolak sebahagiannya..

Bagaimana pula ulama'2 yang berada di luar negara?

Nik Aziz sememangnya bukan ulama' kerana beliau telah menyebabkan pepecahan dikalangan umat Islam dinegara ini.

Beliau juga sering menimbulkan kekeliruan terhadap umat Islam dengan 'fatwa' karut beliau..

Nik Aziz bukan ulama'--

GuruMarhaen January 20, 2011 at 7:10 PM  

aku sokong aloqstar,lukmanulhakim otak jumud,biasanya kejatuhan kerajaan terdahulu disebabkan faktor pemerintahnya sudah terlalu tua,aku org kelantan pun kadang tk leh terima keadaan masyarakat yg berpecah belah disbb kan parti,org pas suka mengkafirkan org sewenang2dan hanya tahu mengkritik itu tk betul ini tk betul dan dia org tak tau nak memberi idea bagi sama2 mengatasi masalah yang di kemukakan.kebanyakan yang pi belajar kat mesir bukan pelajar cemerlang tp pelajar cukup makan je pergi atas duit sendiri, bila dapat jadik ustaz mcm2 buat fatwa.

Anonymous May 19, 2012 at 9:52 PM  

memang la tok guru manusia biasa~ semua kentut berbau busuk ye..ada yang berbau wangi ke? -> [merujuk kpd komen amirhamzah64 : anda sangat cetek ilmu]

msti ada sbb knapa dia sokong dap. selebihnya hanya Allah yg tahu.

hakim June 8, 2012 at 11:36 PM  

jgn sesekali kata org pas ni jumud,sapa kata tok guru x bleh terima teguran,kami x taksub pn ngan tok guru sekurang-kurangnya,muliakan ulama,orang yang allah bgi kelebihan ilmu,setiap kata2nya allah dah atur,dan ada hikmahnya kita ni sapa nk pndg buruk kat tok guru, byk ilmu ka,ingat bkan sbb dia mursyidul am pas,tpi dia ulama,zman skrg ni org byk kutuk ulama ,aihsh...jgn megelak,itu hakikatnya..celakalah sapa yg bodoh agama pastu kutuk ulama,hampa kalau nk kutuk pas x pa silakan ,tpi krgknlh kutuk ulama..

Anonymous July 5, 2012 at 5:58 PM  

hanya Allah azza wajalla yg tahu apa yg sebenarnya berlaku . . manusia hanya mampu melihat yg zahir sahaja . .dan prasangka manusia itu mgkin berlawanan apa yg mereka lihat . .

Anonymous April 26, 2013 at 4:54 PM  

bismillahirrahmanirrahimm..
kita semua sedia maklum bhwa,
pewaris nabi ialah para ulama'..
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

الْعُلُمَاءُ وَرَثَةُ اْلأَنْبِيَاءِ

“Ulama adalah pewaris para nabi.” (HR At-Tirmidzi dari Abu Ad-Darda radhiallahu ‘anhu), Para ulama semakin langka, dan semakin banyaknya orang bodoh yang berambisi untuk menjadi ulama.

k fine..kalau kome x nak ngaku yg nik aziz tu ulama,kome hormatlah die sebagai seorang yang berpengatahuan luas dlm ilmu agama.. ni buktinya:

Latarbelakang Keluarga Dan Pendidikan
Dilahirkan di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu pada tahun 1931, Tuan Guru Haji Abdul Aziz telah mempelajari ilmu agama sejak alam kanak-kanak lagi. Mula-mula beliau belajar dengan ayahnya sendiri, Tuan Guru Haji Nik Mat, juga seorang guru agama dan ulama yang terkenal di kampungnya pada masa itu.

Kemudian Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz melanjutkan pula pengajian agamanya di pondok Tuan Guru Haji Abbas di Jertih, Terengganu. Selepas beberapa tahun mendalami ilmu agama dengan Tuan Guru Haji Abbas, beliau berangkat ke India untuk melanjutkan pengajiannya di sana pula.

Setelah tamat pengajiannya di India, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz berangkat pula ke Mesir. Di Mesir beliau memasuki Universiti Al-Azhar di dalam jurusan bahasa Arab. Setelah memperolehi ijazah Sarjana Muda di dalam Pengajian Arab, Tuan Guru Haji Nik Aziz meneruskan lagi pengajiannya di universiti yang sama di dalam jurusan perundangan Islam. Beliau lulus pengajiannya sehingga ke peringkat sarjana iaitu M.A. di bidang perundangan Islam.

cukup2 lar kome ngutok die,hina,maki Tuan Guru Haji Nik Aziz..sekurang-kurangnya die lebih warak drpd Najib tu..

Anonymous June 21, 2014 at 8:35 AM  

Erm... tue jer ker? Kalau setakat itu jer... itu bukan kesilapan. Itulah kebijaksanaan. Korang kata PAS jumud. Tak boleh ditegur, tapi bukan ke dulu kalian yang suruh PAS bersikap terbuka? Open Minded... berubah mengikut zaman? Dan apabila TGNA buat semua nie...korang tempelak dia balik? Inilah yg dinamakan sifat2 org musyrikin jahiliah. Bila Rasululullah mengembangkan dakwah.. dikatakannya macam2. Bila baginda bertolak ansur..mereka kata Rasulullah lemah dan bodoh. Sedangkan mereka adalah orang yg jahil yg tidak sedar mereka adalah org2 yg jauh keterbelakang. Hu6. Tak salah utk menegur ttp sblm menegur kita kene letak sebesar2 cermin di depan kita....

Anonymous June 23, 2014 at 8:31 PM  

Macam mana dengan kesilapan pemimpin Dato' Najib sendiri ?

Anonymous August 31, 2014 at 12:37 AM  

perjuangan islam bukan mudah...
penuh dengan pengorbanan....
lihat sahaja rasulullah dihina dan dicaci...
matlamat negara islam adalah suatu impian
perjuangan islam juga ada muslihat dan strategi yang mana sir atau rahsia....orang pas yang fham tindak tanduk parti akan kekal bersama parti...
segala keputusan dalam pas adalh syura dan bukan diletak ats tok guru semata-mata
ya mereka bukan maksum
mereka manusia biasa yang berdosa tetapi ada azam untuk membantu agama Allah....
demokrasi adalah salah satu medium dan strategi perjuangan mengikut keadaan semasa....
dan kadang kala ada juga strategi yang silap dan salah
tapi tawakal mereka kepada Allah
segalanya ujian dan ada hikmahnya

Anonymous September 15, 2014 at 11:14 PM  

Pndainya mnilai ksalahan org lain sdangkan diri sndiri blum prnah dnilai,jgn ingat kita ni hbat sangat "jaga kain sndiqi dulu,baqu jga kain oqg lain"klau nak dilistkan ksilapan najib mungkin 7 ksalhan tok guru nik aziz tu hnya 7/10000 drpd ksalahan najib

Anonymous February 22, 2015 at 11:18 AM  

Saya bersetuju dengan anonymous.

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP