Mengenali Dato' Mukhriz Tun Dr.Mahathir - BERANI BERUBAH !
KENALI
DATUK MUKHRIZ MAHATHIR
DATUK MUKHRIZ MAHATHIR
Siri Pertama
AloQStaQ : PENULISAN INI DITULIS OLEH : Muhammad Azli Shukri :
SILA LAYARI LAMAN WEB BELIAU DI ; http://azlishukri.blogspot.com/
SILA LAYARI LAMAN WEB BELIAU DI ; http://azlishukri.blogspot.com/
"Saya membesar seperti kanak-kanak lain."
Oleh Muhammad Azli Shukri
Oleh Muhammad Azli Shukri
Menelusuri kehidupan zaman remaja Datuk Mukhriz Mahathir, sangat teruja. Anak ketiga kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad ini begitu ceria sewaktu membicarakan zaman remajanya kepada penulis. “Zaman remaja saya penuh dengan keriangan, saya seperti kanak-kanak lain, hidup dalam budaya Melayu yang sangat menekankan soal adat dan agama Islam.” Ujar Mukhriz ketika memulakan perbualan. “Saya dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan pendidikan dan agama, ayah saya Tun Mahathir sangat tegas dalam pendidikan kami. Walaupun beliau sibuk sebagai ahli politik, namun pendidikan anak-anaknya sangat diambil berat.” Sambung Mukhriz lagi.
Menurut beliau, zaman remajanya sangat menarik untuk dikongsi bersama. Walaupun keluarga Mukhriz sangat dihormati oleh masyarakat pada ketika itu, kerana Tun Mahathir merupakan seorang doktor perubatan, namun hubungan Mukhriz dengan kanak-kanak sekampungnya tiada jurang dan perbezaan. “Zaman remaja saya seperti orang lain juga. Saya tiada beza dengan kanak-kanak yang sebaya dengan saya pada ketika itu. Walaupun ayah saya dihormati kerana seorang doktor, tetapi hubungan saya dengan rakan-rakan sekampung tiada beza, kami bersama-sama bermain di dalam sawah, pergi berenang di sungai Kedah, memancing ikan dan bermain meriam buluh, semua ini membuatkan hubungan kami sangat rapat dan mesra, tanpa mengira status dan kedudukan.”
Mukhriz berpindah ke Kuala Lumpur pada tahun 1974, ketika berada dalam darjah empat, kerana Tun Mahathir dilantik sebagai Menteri Pelajaran . Mukhriz dibesarkan di Kuala Lumpur, tetapi pendidikan menengahnya di Kelantan. Menurut Mukhriz, walaupun Tun Mahathir merupakan Menteri Pelajaran pada ketika itu, dan mempunyai peluang untuk menghantar anak-anaknya belajar ke luar negara, namun demikian, beliau tidak melakukannya. Tun Mahathir lebih selesa menghantar Mokhzani dan Mukhriz ke sekolah berasrama penuh. “Saya dan abang saya, Mokhzani dihantar bersekolah di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Bharu (Sekarang MRSM Pengkalan Chepa) selama lima tahun dari tingkatan satu sehingga tingkatan lima. Di sana, saya mendapat banyak pengalaman yang berbeza, kerana saya dibesarkan dalam budaya dan bahasa percakapan masyarakat Kedah dan bukan Kelantan. Pada awalnya, agak sukar untuk memahami pertuturan orang Kelantan, tetapi lama kelamaan ia semakin mudah difahami.” Jelas Mukhriz lagi.
Menurut beliau , zaman remajanya di Kelantan sangat indah dan menarik, kerana budaya dan cara hidup Islam yang diamalkan di sana. Menurut Mukhriz, “Saya dibesarkan dalam suasana masyarakat Kelantan yang teguh kepada ajaran Islam serta budaya Melayu. Saya hidup selama lima tahun di negeri tersebut, sehingga sekarang saya masih fasih bercakap dalam dialek Kelantan, kerana saya mempunyai kawan yang ramai di sana. Hal ini menyebabkan saya berasa bertuah dan tidak meninggalkan cara hidup Islam dan orang Melayu.”
Sepanjang lima tahun belajar di Kelantan, Mukhriz banyak belajar erti berdikari dan kehidupan susah masyarakat Kelantan. Hal ini mematangkan beliau. Apatah lagi menurut Mukhriz, walaupun Mokhzani berada di tingkatan tiga dan beliau berada di tingkatan satu, namun abangnya itu lebih gemar agar Mukhriz berdikari dan tidak bergantung harap kepadanya selalu. malah, menurut Mukhriz, pernah sekali beliau dibuli oleh pelajar-pelajar senior, tetapi Mokhzani tidak datang membantu, sebaliknya mahu beliau mempelajari erti tidak bergantung harap kepada orang lain.
Ketika Mukhriz di sekolah, beliau begitu aktif dalam persatuan, tetapi bukanlah sebagai ketua atau pemimpin, sebaliknya lebih kepada pelaksana dan penggerak kepada tugas yang diamanahkan. Kehidupan beliau semakin mencabar setelah Tun Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1981, iaitu ketika beliau berada di tingkatan lima. Mukhriz terpaksa bekerja keras untuk membuktikan bahawa sebagai seorang anak Perdana Menteri, beliau mampu mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Dan yang lebih penting tidak memalukan ayahnya sebagai Perdana Menteri. Akhirnya, Mukhriz berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dan menyambung pelajarannya di Universiti Sophia, Tokyo, Jepun dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan. Seterusnya menyambung pelajaran ke Amerika Syarikat dalam bidang Pemasaran.
Menurut beliau, perkara yang tidak dapat dilupakan ketika zaman remajanya ialah, setiap kali keluarga Tun Mahathir bercuti ke luar negara, sudah pasti Tun Mahathir akan membawa mereka melawat ke kilang-kilang kereta. Bagi Mukhriz, beliau rasa bertuah, kerana sejak zaman remaja lagi, beliau sudah didedahkan dengan syarikat-syarikt pengeluar kereta terkenal dunia, seperti Toyota dan Mistubishi. Tidak disansikan oleh sesiapa pun bahawa hobi Tun Mahathir adalah melawat kilang kereta dan pembuatan. Lantaran itu, tidak menghairankan apabila Tun Mahathir membangunkan projek kereta nasional dengan kerjasama daripada syarikat-syarikat besar Jepun. Melalui hobi Tun Mahathir ini, menyebabkan Mukhriz secara tidak langsung jatuh hati dalam industri pembuatan.
Setelah menamatkan pelajaran di Jepun dan Amerika Syarikat, beliau berazam membina perniagaannya sendiri melalui Opcom Holdings dan merasai jatuh bangun dalam pelbagai bidang perniagaan. Setelah membuktikan bahawa beliau mampu berjaya dalam dunia perniagaan, Mukhriz menceburi secara langsung dengan dunia politik dan kerja-kerja amal. Kini, beliau banyak terlibat dengan kerja amal melalui pertubuhan bukan kerajaan seperti AMAN Malaysia. Serta terlibat secara aktif dalam politik setelah memenangi jawatan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada tahun 2004. Malah, karismanya semakin menyerlah setelah memenangi kerusi Parlimen Jerlun dalam pilihan raya umum 2008.

Gambar : Penulis sewaktu mewawancara Datuk Mukhriz Mahathir di Parlimen.
------------------------------------
KENALI
DATUK MUKHRIZ MAHATHIR
Siri Kedua
"Memperkasakan Bahasa dan Bangsa"
Oleh Muhammad Azli Shukri
Wawancara bersama Datuk Mukhriz Mahathir, Ahli Parlimen Jerlun. Merangkap Exco Pemuda UMNO Malaysia. Wawancara ini sudah disiarkan di dalam Majalah Pelita Bahasa edisi Disember 2008.
Pandangan Datuk tentang bahasa Inggeris?
Kita harus faham, bahawa hanya melalui bahasa sahaja, kita mampu menguasai ilmu. Dan orang yang menguasai ilmu sahaja yang akan berjaya. Asalnya, bahasa Greek digunakan sebagai bahasa yang menghimpunkan segala macam ilmu falsafah, kemudian berpindah ke bahasa Arab sebagai bahasa ilmu dan kemudiannya berpindah ke Eropah, dan sekarang, bahasa Inggerís menjadi bahasa ilmu pengetahuan, kita harus terima hakikat tersebut. Dunia semakin mencabar, mana-mana bangsa yang tidak menguasai bahasa Inggerís akan ketinggalan. Usaha menterjemah agak terbatas, manakala perkembang ilmu semakin pantas, khususnya dalam bidang sains dan teknologi. Mahu atau tidak mahu, kita harus menguasai bahasa Inggerís dengan baik, agar mudah menguasai ilmu pengetahuan.
Pandangan Datuk tentang bahasa Melayu?
Saya tidak bermaksud menidakkan bahasa Melayu. Namun demikian, dalam soal memperkasakan bangsa, menguasai bahasa Inggeri adalah sangat penting untuk generasi akan datang menguasai pelbagai cabang ilmu. Kita harus faham antara memperkasakan bangsa dengan memperkasakan bangsa, terdapat dua perkara di situ. Hari ini, untuk memperkasakan bangsa, mahu atau tidak mahu, kita harus menguasai bahasa Inggerís dengan baik, kerana bahasa tersebut merupakan bahasa ilmu. Manakala, memperkasakan bahasa pula, adalah dengan menjadikan bahasa Melayu mempunyai nilai yang tersendiri sehingga berupaya menarik minat bangsa lain untuk mempelajarinya, malah pastikan bahasa Melayu tidak hanya terhad dalam bidang bahasa dan sastera semata-mata. Jika diperhatikan negara China dan Jepun pada ketika ini, mereka turut menyedari kepentingan bahasa Inggerís, walaupun negara mereka semakin maju.
Namun demikian, sejak belakangan ini kedua-dua buah negara tersebut telah memberi perhatian yang serius kepada pembelajaran bahasa Inggerís sebagai bahasa ilmu. Begitu juga dengan bahasa Melayu, kita tidak harus menjadikan bahasa Melayu sekadar dalam konteks sastera dan bahasa semata-mata. Sebaliknya bahasa Melayu harus terlibat dalam pelbagai cabang ilmu pengetahuan lain. Selain itu, kita harus mewujudkan istilah-istilah baharu dalam bidang sains, teknologi dan perniagaan dengan cepat dan pantas, jangan kekangkan bahasa Melayu untuk berkembang, dengan meletakkan pelbagai syarat, dan mendakwa itu tidak boleh, ini tidak boleh dan akhirnya yang rugi adalah bahasa kita sendiri. Bahasa Melayu, hakikatnya boleh maju, tetapi kita harus izinkan bahasa Melayu dikembangkan oleh penuturnya sendiri. Oleh yang demikana, kita wajib merelevankan bahasa Melayu dari semasa ke semasa.

Bolehkan bahasa Melayu menjadi bahasa perpaduan?
Sudah tentu boleh. Sebagai sebuah negara berdaulat, kita seharusnya mewajibkan setiap warga Malaysia mampu menguasai bahasa Melayu dengan baik, tidak mengira bangsa dan agama. Sebagai rakyat Malaysia, seharusnya semua kaum di Malaysia mampu bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik.
Pandangan Datuk berkenaan isu papan tanda di Pulau Pinang?
Saya selalu tegaskan bahawa saya tidak suka apabila bahasa dijadikan isu politik, dan saya sama sekali tidak bersetuju menggunakan empat bahasa dalam setiap papan tanda di negeri tersebut. Saya tak nampak rasionalnya tindakkan tersebut? Untuk apakah sebenarnya, bukankah kita sudah mempunyai bahasa kebangsaan yang jelas dan mudah difahami semua kaum?
Buku bahasa Melayu yang baru Datuk baca?
Baru-baru ini saya ada membaca kitab hadis dalam bahasa Melayu dan satu set lengkap berkenaan himpunan buku-buku tulisan Prof. Hamka yang diberikan oleh rakan baik saya. Daripada pemerhatian saya, jelaslah bahawa bahasa kita cukup cantik dalam meyampaikan idea yang berunsur falsafah dan agama. Itu harus kita akui.
Pandangan Datuk tentang DBP?
DBP tetap relevan, usaha mengembangkan bahasa harus diteruskan. Namun demikian, ramai yang tidak tahu bahawa, DBP banyak menghadapi cabaran, masyarakat hanya tahu menyalahkan DBP. Tetapi, masyarakat tidak tahu bahawa cabaran yang dihadapi oleh bahasa Melayu pada hari ini sangat hebat. Sebagai contoh, amalan seharian kita banyak terdedah dalam bahasa Inggeris, seperti rancangan kartun di televisyen kebanyakkannya dalam bahasa Inggeris. Muzik yang dimaikan di radio banyak dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, DBP mempunyai banyak cabaran, tetapi masyarakat tidak nampak semua ini. Mengembangkan bahasa Melayu bukan terletak di bahu DBP sahaja. Semua rakyat Malaysia harus terlibat, dan jangan salahkan DBP semata-mata. Yang penting dan harus dilakuan oleh DBP ialah menjadikan bahasa Melayu mempunyai daya tarikan yang tersendiri, agar berupaya menarik minat orang ramai untuk mempelajarinya. Umpamanya bahasa Jepun, saya belajar bahasa Jepun selama lima tahun di negara tersebut adalah kerana saya sangat tertarik dan ingin mengetahui teknologi yang mereka miliki. Oleh sebab itu saya mesti menguasai bahasa Jepun, jika saya mahukan ilmu teknologinya.
Datuk menguasai bahasa Jepun dan Inggeris dengan baik, apakah ia mengurangkan rasa patriotisme dalam diri Datuk?
Ini merupakan satu tanggapan yang salah. Sebenarnya, apabila kita menguasai banyak bahasa, ia menjadikan diri kita lebih bersifat patriotik dan sayang kepada bahasa kita sendiri. Hal ini adalah kerana apabila menguasai bahasa lain, kita secara tidak langsung mempunyai perbandingan dan ukuran, malah dapat menilai dengan lebih baik terhadap pelbagai bahasa yang telah kita kuasai tersebut, di samping dapat melihat keunikan dan menghayati kehebatan bahasa kita sendiri berbanding dengan bahasa-bahasa lain. Hal ini menyebabkan kita lebih berasa bangga dan menghargai bahasa ibunda kita sendiri setelah mengetahui kelebihan dan keunikan bahasa kita berbanding dengan bahasa lain. Hal ini adalah kerana, setiap bahasa di dunia ini dicipta oleh Tuhan dengan keunikan dan kelebihan yang tersendiri. Lagi banyak bahasa yang kita kuasai, lagi tinggilah nilai patriotik dalam diri kita. Lantaran itu, saya menggalakan agar kita menguasai pelbagai bahasa, agar kita menjadi lebih patriotisme dan mengenali kehebatan bahasa kita sendiri.
Ditulis Oleh Muhammad Azli Shukri at 10:51 AM
Ditulis Pada: January 28, 2009
Ditulis Pada: January 28, 2009
AloQStaQ : PENULISAN INI DITULIS OLEH : Muhammad Azli Shukri :
SILA LAYARI LAMAN WEB BELIAU DI ; http://azlishukri.blogspot.com/
Terima kasih kepada Muhammad Azli Shukri ! BERANI BERUBAH !!
AloQStaQ
9 komen:
BERANI BERUBAH!
Betoi ka boleh berubah? Menantu pak lah tu kecik anak ka? Depa kata la ni tengah dok mengajust. Ku Din tak pi tengok2 ka? Yang dok kena bilis kot bawah ni saja.
HAAA betui tu sangat2 ... wali memang tengok dengan mata hati sama, bukan sekadar tengok dengan mata kasar .. bagus! Memang KJ tu bahaya ... dia lebih bahaya dari apa yang kita sangkakan ...
sebab nya? sebab dia ada ilmu politik yang ditimba dari orang-orang licik jugak! ... Kalau tak, masakan dia sanggup pi hantaq paspot untuk Anwar berahi sejurus anwar dibebaskan!? Siapa KJ ni? bahaya dia ni ...
Jadi, team Mukhriz patut kena pandai untuk tepis pilitician macam KJ ni, kerana sekali KJ bergerak, dia menusuk serata arah supaya apa yang dia tusuk tu adalah sasaran ... jangan kita anggap KJ tu orang tak suka! Dalam jutaan orang tak suka KJ, tapi kalau KJ buleh dapatkan 10,000 orang perwakilan yang sukakannya, ianya amat pedih bagi kita.
Kita sasarkan jutaan rakyat, dia sasarkan 10,000 perwakilan. Itulah KJ ....
AloQStaQ
BERANI BERUBAH!
Ensem nya abg botak nih..licin betul kepala dia ;p
Cuba bace blog SUKJ..tu pro Khairi.
kdg² sy rajin jenguk blog tu.cara penulisan dan info² dia.hmmm
ramai wanita terpesona dengan kekilatan (sori Dato'! hehe) kepala yang genius si Mukhriz ni ... memang dia ni genius tahap gaban punya ... macam Pak dia , tapi kena asah banyak lagi untuk jadi setaraf Tun! ... hehehe
TQ Qaseh, blog tu memang die hard KJ gilos nak mapos ... dia memang minat KJ sangat-sangat tuuuu ... hehehe ... Buat masa ni KJ perlu di downlight supaya dia tidak mendapat liputan para blogger ... jadi, bila tak banyak liputan, maka kuranglah dia boleh "pusing" minda perwakilan ...
sebabnya, sekali dia diberi peluang highlight, perghhh! dia konar semua orang, seolah-olah dia tak penah buat salah! ... hehehe ...
Jadi, layarilah laman www.MUKHRIZ.com saja dalam masa sebulan setengah ni ... OK ...
Salamz ...
AloQStaQ
salam ziarah..=)
salam ziarah..=)
Sebelum ini pun semua negara mementingkan semua bahasa yang ada di atas muka bumi ini. Bukan pada masa kini sahaja sesuatu bahasa itu dipentingkan. Tetapi tentulah kepentingan itu dalam batas dan keperluan tertentu.
Takkanlah kerana disebabkan bahasa Inggeris itu penting maka semuanya nak dibahasainggeriskan. Di Jepun, China dan Korea tetap mementingkan bahasa Inggeris sejak dahulu tetapi mengikut keperluan demi pembangunan tamadun dalam acuan mereka sendiri.
Dan tentunya bahasa mereka tetap termartabat tinggi di persada negaranya. Adakah Malaysia sedemikian juga. Yang jelas, masih banyak pemimpin masih tidak tahu dan mahu mengutamakan bahasa Melayu.
ini pemimpin yang kita nak..
penah hidup susah...
kesian hangpa ni..buta mata buta hati~
Post a Comment