Bertukar Kembali Kepada yang Asal : Alor Setar
Rabu Januari 14, 2009
Ejaan rasmi ialah Alor Setar bukan Alor Star
ALOR SETAR: Ejaan rasmi nama bandar Alor Star diubah balik kepada ejaan asal iaitu Alor Setar mulai sekarang.
Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata mesyuarat Exco yang berlangsung di Wisma Darul Aman di sini hari ini meluluskan perubahan ejaan itu atas permintaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Ejaan asal Alor Setar diubah kepada 'Alor Star' semasa Datuk Seri Syed Razak Syed Zain menjadi Menteri Besar Kedah pada lewat 1990an dan ia dikekalkan sehingga Barisan Nasional (BN) Kedah kalah pada pilihan raya umum 8 Mac lepas.
Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan, Azizan berkata mesyuarat Exco bersetuju mengubah semula ejaan itu mengambil sempena nama pokok 'setar' dan perubahan ejaan itu tidak membabitkan kos besar bagi menukar papan tanda atau perkara yang berkaitan.
Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Syed Unan Mashri Syed Abdullah akan mengeluarkan arahan rasmi kepada semua PBT dan jabatan kerajaan untuk mengubah ejaan itu dalam urusan rasmi dalam tempoh terdekat, katanya.
Azizan berkata Jabatan Kerja Raya akan diarah menukar papan tanda dengan menggunakan ejaan itu dalam masa terdekat.
Tahun lepas, kerajaan Kedah pimpinan PAS turut menukar nama Langkawi kepada 'Langkawi Permata Kedah'. -Sumber : BERNAMA
----------------------
Catatan : Setiap yang Kerajaan BN lakukan, sedikit sebanyak akan menerima "tempias" untuk dibangkang oleh pihak pembangkang. Boleh dikatakan, apa saja ... Bila dah pembangkang jadi Kerajaan, maka apa yang pernah dibangkang dulu, kini diubah. Itu hak Kerajaan memerintah. Jangan pulak lepas ni (InsyaAllah jika BN tawan Kedah kembali), nama bertukar semula jadi ALOR STAR ?!...
Bukan apa, kalau pun Datuk Seri Hj Azizan menyebut "perubahan ejaan itu tidak membabitkan kos besar bagi menukar papan tanda atau perkara yang berkaitan"... Mahu tak mahu, KOSnya tetap ada dan secara mata kasar, saya melihat KOS itu MESTI TINGGI JUGA!
Cuba anda bayangkan berapa batang jalan untuk ke Bandaraya Alor Setar? ... Dari Perlis, dari Jitra, Dari Kuala Kedah, Dari Yan, Dari Lebuhraya Utara Selatan, Dari Langgar, Dari Hutan Kampung .... berapa punya banyak signboard daaaaa! ............. Takkan nak tukar signboard tu KOSnya rendah? ... Hmmm, tak logik.
Kesimpulannya bagi aku : Sama saja BN dengan PAS, masing-masing mengambil kesempatan bila memerintah - Jadi, lagi teruk Parti PAS apabila jelas depa bertopengkan Islam kononnya sebagai dasar kepimpinan dan perjuangan ... ada Islam ajaq ke buat benda-benda macam ni ... ? Hmmmm ... Wal Pelik Bin Hairan ....
AloQStaQBlog : Walaupun secara rasminya bertukar kembali nama kepada yang asal (iaitu) Alor Setar, tetapi, nickname serta alamat Blog ini akan masih menggunapakai ejaan AloQStaQ kerana namapena ini tiada kaitan dengan nama rasmi ALOR SETAR mahupun ALOR STAR , kerana orang Kedah masih akan tetap menyebut : AloQStaQ! hehe ... terima kasih. Inilah penjelasan saya.
21 komen:
Ekeke...nama bandar pun jadi isu;p
Duit tgh byk bro,dlm otak dh xde projek lain yg dpt d pikirkan.So,bende2 kecik ni di jadikan lah 'projek'.
Rasanya org lain pun akn lbh selesa menulis alor star i/o alor setar.
Harap BN dpt tawan semula Selangor in nxt PRU.x larat dgn kerenah Khalid yg mcm 'tutttt' tuh.
Qaseh,
memang lawak gak kan, isu nama Alor Setar ni dah beberapa kali timbul ... bila bertukar kepimpinan ... Hmmm.
Apapon, keputusan dah pun dicapai oleh sekalian barisan Exco Kedah, jadi, secara rasminya nama akan berubah kepada Alor Setar dari Alor Star. Banyaklah papan tanda akan di"edit" sebermula hari ini ...
Maka adalah sedikit sebanyak "perubahan" yang berlaku di Kedah ni dibawah struktur pemerintahan Kerajaan PAS sejak Mac 2008 ... Fuhh! Buleh tukar nama beb! Ingat senang ka nak jadi pemimpin yang buleh tukar nama Ibu Negeri! Memang kelasss betui kerajaan ni !
... Kedai Judi Kedai Arak Kedai Kalabu Malami (Kelab Malam)/disko, masih adaaaaaa!!! Itu tak apa kottt???
Yang tu mana buleh buat perubahan! Tak gitu Hj Azizan? ... :)
HAHAHA! TakbiRRRRRRR!
Makkhal Sakhti! ....
AloQStaQ
ITULAH PROJEK MEGA PAS.tak boleh pikiaq benda lain....lepas ni nak tukar apa pulak. Langgar jadi Langgor, Pokok Sena jadi Pokok Senak. Jabi jadi Jebit. dll
Hahaha! betui tu Taipingmali ...
Memang tahap itu aja keupayaan PAS mentadbir ... aku sebagai orang Kedah dan duduk hidup di sini, tak nampak pun apa beza PAS memerintah dengan BN dulu.
Tak ada pembaharuan pun ... yang dulunya berdegar-degar depa mengkritik itu ini terhadap BN, bila masa diorang memerintah, lagi teruk! Apa pembangunan pun tak nampak ... kebanyakannya sambung projek kerajaan lama ja ... hmmm...
GLC Kedah dah terbukti "buang" staf (kalau tak buang secara rasmi, depa buat supaya orang tertekan dan terpaksa melepaskan jawatan!) ... Tudia! Teruknya perangai! Macam Yahu**! ....
apapun, thanxs Taipingmali for your comment ...
AloQStaQ
Bagaimana pula dengan penggunaan Bahasa Inggeris untuk pelajaran Sains dan Matematik?
Di lihat dari satu segi, keperluan untuk menggunakan Bahasa Inggeris di dalam mata pelajaran Sains dan Matematik itu perlu kerana proses globalisasi semakin terasa bahangnya.Tahun 1990an, kita di kejutkan dengan prosa "global"atau dunia tanpa sempadan.Sekarang ini,dunia tanpa sempadan semakin menyerapi kehidupan kita.Penggunaan Bahasa Inggeris menjadi satu keperluan dalam konteks globalisasi.Ilmu perlu di cedok, perlu di perkemaskan minda kita.Sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan budaya, Bahasa Inggeris itu perlu kita semaikan penggunaannya.Kita bukannya seperti negara Jepun dan Korea yang hanya mempunyai satu bangsa dan sudah tentu mereka mengangkat bahasa ibunda mereka kerana masing-masing cukup memahaminya.
Dari segi yang lain pula, penggunaan Bahasa Inggeris secara meluas di khuatiri akan menghakis jatidiri bangsa Melayu.Sudah banyak yang kita korban.Tanahair yang asalnya hak mutlak Melayu telah pun kita kongsi dengan bangsa lain.Perlukah juga kita korbankan bahasa Melayu?Usah bercakap tentang ketuanan Melayu sekiranya kita sendiri yang memusnahkan bahasa Melayu.Harus di ingat,bahasa Melayu adalah salah satu perkara yang terkandung di dalam ketuanan melayu.
Jadi....sama-sama kita renungkan.
entah...
sokong tukar nama kembali ke Alor Setar...
sebagai anak jati Alor Setar memang gembira sangat2
Setar itu ada nilai dia sendiri...
dibandingkan dengan Star....
tapi pasal isu duit nih biasalah...
harap2 ada kebijaksanaanlah untuk membelanjakannya
Kos tidak akan menjadi besaq kalu depa sanggup khosek setor yg simpan sainbod di tiap-tiap jabatan dan jkr. Tapi mauka depa?
*akan kembali aktif setelah tamat tempoh protes dalaman kerana menentang calon parti paklah n menghantunya yang menumpang logo BN/UMNO.
Cek cadang tukaq pi jadi aloq setaq boleh?
AloQStaQ said : "... Kedai Judi Kedai Arak Kedai Kalabu Malami (Kelab Malam)/disko, masih adaaaaaa!!! Itu tak apa kottt???"
sedaq diri skit kot! asai lesen dari sapa???
cuba pandang ngan mata hati... hang duk tgk dgn mata duit jaa!!
ingat takdak dah penyokong BN dlm mesia nih.. asyik kalah pilihanraya jaa.... TAHNIAH!!
Shahrulrock ...
Bagi aku, secara logiknya tidakkan hilang jatidiri Melayu jika Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik (PPSMI) diteruskan, walaupun ia memang mengundang pro-kontra, tapi kalau anak-anak kecil tidak didedahkan dengan Bahasa Inggeris, maka kualiti graduan satu masa akan datang akan ramailah yang tidak tahu berbahasa Inggeris (seolah-olah sekarang dahpun mula menampakkan kesannya) ...
Bagi aku, secara peribadi aku sokong Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik (PPSMI) diteruskan.
AloQStaQ
Hans dan Akusayangumno ...
Aku juga tak kesah dengan pertukaran kembali nama Alor Star jadi Alor Setar atau sebaliknya ... itu masing-masing punya kepimpinan dan alasan ...
Zaman Syed Razak dulu, dia bagitau ada justifikasi nama jadi Alor Star, mai zaman Hj Azizan, dia pun ada alasan tersendiri ... cuma kalau ianya tidak begitu penting, tak payahlah bertukar berulang kali ... Dulu papan tanda kena tukar, sekrang jugak kena tukar ... bagus juga idea Akusayangumno untuk mintak geng JKR unit tanda jalan ni, krosek balik papan dulu yang mungkin masih boleh dipakai semula! ahakkk ...
AloQStaQ
anak langkawi,
Hehehe ... lagi dialu-alukan jika nama tersebut ditukaq kepada HANG MAI ALOQ SETAQ, KEPALA HANG KENA PUTAQ !(Dialog Gambaq P.Ramlee) hehehe ....
AloQStaQ
anonymous .... (ni yang aku tak berapa gemaq ni, letak la nama samaran kalau yer pun takut nak letak nama betui! ... ishk!)
Hang sebut "sedaq diri skit kot! asai lesen dari sapa???
cuba pandang ngan mata hati... hang duk tgk dgn mata duit jaa!!"
Sebab aku tengok dengan mata hati la menyebabkan aku sebut lagu tu ... sebab apa kalau PAS berjanji itu ini sebelum Pilihanraya, hangpa semua TAKBIRRRR!! Bila dah menang Pilihanraya, hangpa tengok dengan "mata duit" saja semua janji yang dikata TIDAK DILAKSANA?? ...
La ni sapa yang tengok dengan "mata hati" atau "mata duit" ?? ...
Contoh mudah : Dulu arwah Fadzil Noor (Presiden parti kesayangan hang la anonymous oi!) berkata, "KALAU ESOK KITA MENANG, KITA AKAN LELONG PUTRAJAYA!!!" Maka semua orang pun BERTAKBIRRRR ... La ni apa jadi?
Anwar Berahi yang hangpa sanjung tu jugak dok pulun nak pi duduk Putrajaya!? .... Dibantu bermati-matian oleh N.Ajis dan Hadi serta sekutu seketiduran Lim Kit Siang! ... Mana matlamat Presiden hangpa dulu nak lelong Putrajaya tu?? awat hangpa tak pertahankan hari ni? Pasaipa dok pulun nak pi duduk di Putrajaya pulak? ... MAKNANYA, PAS NI CAKAP TAK SERUPA BIKIN ... DALAM BAHASA KITAB : DIPANGGEY MUNAFIQ ... Pahammm???
Anonymous juga dengan EGOnya berkata "ingat takdak dah penyokong BN dlm mesia nih.. asyik kalah pilihanraya jaa.... TAHNIAH!!"
Dah hang ucap TAHNIAH, aku pun nak ucap Terima Kasih la ... Ni nak jawab sikit, sejak 50tahun dulu PAS ASYIK KALAH MEMANJANG , TAK PULAK KAMI EGO DOK DABIK DADA KATA "ingat takdak dah penyokong PAS dlm mesia nih.. asyik kalah pilihanraya jaa...."
Apapun, Alhamdulillah ... kami akan cuba memperbaiki kelemahan. Doakan kami berjaya ya, wahai Anonymous ... Lain kali, nak buat komen kat blog aku ni, plis boh la nickname ... aku pasti akan lepaskan apa saja komen (asalkan tidak menyalahi undang2 Malaysia la... OK?)
AloQStaQ
Salam Aloq Setaq,
Biasalah mana-mana kerajaan yang berkuasa akan buat perubahan. Kalau perubahan menguntungkan rakyat kita sokong...kalau sebaliknya membazir saja.
Lagi pun bila dah memerintah negeri kenalah balas jasa kepada yang berbudi...
AloQStaq,
takkan nak tukar semua sekali ;-)
Jom Sertai ‘UMNO Baru’ Dengan ‘Faizal’ :-)
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Terengganu Tetap Kubu Kuat Barisan Nasional
http://pro-faizal.blogspot.com
Idea Bernas Vs Loya Buruk ;-)
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Laman Blog Baru >> http://Blog1Malaysia.blogspot.com
Anak Pantai Merdeka ,
Hehehe ... memang la, kalau ada perubahan kerajaan, pasti ada perubahan yang akan dilakukan ... cuma, kalau perubahan yang "nampak membazir" dilakukan oleh sebuah parti yang meggunakan nama agama, tak berapa sedap la ... nampak seolah-olah agama tersebut juga menganjurkan pendekatan sedemikian ...
Faizal ...
Hmmm, taklarat nak tukaq semua, kottt? heheh ... apapun, banyak jugak blog hang yer faizal? hebat betui! ... :D
PRU 13 kita tukaq kerajaan pulak.
wali,
InsyaAllah ... cuba sedaya upaya untuk tukar semula ... tapi nak tukaq tu mestilah keja kuat.
PAS bukan calang2 parti di Kedah, depa la ni dah memerintah dan dahpun kaut semua hasil mashul negeri ke dalam karung, (seperti yang BN dok buat selama ni la jugak - sama saja), jadi, dana yang mencukupi boleh menggerakkan jentera dengan begitu lancar sekali ...
UMNO dalam keadaan yang lemah dan makin lemah ... kalau enjin masih lama dan tak dioverhaul semula (tukaq Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri yang baru) maka, peluang amatlah tipis untuk kembalikan Kedah ke pangkuan BN ... babai dan kirim salam banyak-banyak ...
Mo kalo kata geng Pak Lah, semua nya teruk dan merosakkan! Tajol dah blah, Madet khalid bila nak blah tatau la ...
AloQStaQ
Det khalid la ni baru ada masa nak jengok pak tani. Dulu masa jadi mb sibuk memanjang. Baru ada akai. Kalau dok menang seluloi pun, depa tak pandang dah had di bawah ni. Kita nak pi hampiaq pun kena tapih dengan body guard dulu.
Tu lah pasai wali oiii ... orang macam det khalid ni elok kena letak dalam muzium saja biaq orang pi tengok dia macam tengok batu bersurat bahan sejarah ...
seburuk-buruk Syed razak dulu, aku nampak dia dengan rakyat dia hemoi dan dia disenangi banyak pihak terutamanya orang kampong ...
tapi det khalid ni, bila dah naik 4WD dia dan di "apit" pulak oleh setiausaha dia yang jelita putih gebu (bini orang) tu ... hmmm, dia jadi satu macam aja belagak ...
Sayang sungguh kedah ni dah terlepas ke tangan PAS ... bukan apa, bukan sebab besaq, sebab orang meluat dengan pemimpin macam Det khalid yang si Dol pilih ni ...
Serba satu tak penah kena di hati rakyat kedah ...
AloQStaQ
USA makna nya Utara Sampai Alor Setar he he
Post a Comment