Masa Depan Umno-Ahli Akar Umbi Mendesak untuk Kembali ke Perjuangan yang Asal.
Dipetik dari Laman Web Dato'Mukhriz (http://www.mukhriz.com) 01-11-08
Sekiranya Umno berhasrat untuk memulakan proses menguatkan parti-dan berfungsi sebagai sebuah organisasi yang utuh dalam mempertahankan hak orang Melayu serta mentadbir negara yang tercinta ini dengan baik, maka Umno mestilah kembali ke prinsip-prinsip dan semangat perjuangan yang asal.
Parti Umno yang sekarang ini agak tidak begitu kuat, sedang menghadapi cabaran yang paling susah dan merbahaya setelah sekian lama bertindak sebagai tulang belakang dalam kerajaan yang telah berjaya membawa kemajuan dan kemakmuran kepada negara.
Justeru itu, pemimpin-pemimpin yang tidak memperjuangkan kepentingan Rakyat, lebih suka kepada permainan politik semata-mata untuk mempertahankan jawatan dan rasuah yang semakin teruk dalam Umno telah hampir membinasakan parti tercinta ini.
Maka, ahli akar umbi Umno mahukan proses rejuvenasi dilaksanakan dengan serta-merta.
Berani Berubah! Kerana cinta Umno,..
Berani Berubah! Kerana cinta Malaysia...
Berani Berubah! Demi masa depan Rakyat jelata...
Berani Berubah! Kerana cinta Malaysia...
Berani Berubah! Demi masa depan Rakyat jelata...
"Pemuda perlu peka kepada masalah rakyat dan membantu mereka mendapatkan pembelaan dan bukannya kelihatan seperti pak turut kepada kerajaan...".-Dato' Mukhriz Mahathir
"Ramai juga golongan pemuda yang ingin berniaga tetapi mereka berdepan masalah kekurangan modal dan sukar mendapatkan pinjaman bank. Oleh itu, Pemuda Umno boleh membantu mereka mendapatkan pinjaman yang disediakan untuk Bumiputera seperti pinjaman Tekun di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi."-Dato' Mukhriz Mahathir
"To win back the support of the people at the grassroots level, Umno Youth must be sensitive to their problems and help solve them, instead of being mere followers of the government." -Dato' Mukhriz Mahathir
0 komen:
Post a Comment