Wednesday, November 12, 2008

Gandingan MANTAP 3 M Yang Menjadi Pilihanku!

Salam hormat,

Adalah menjadi satu impian dan semoga ianya akan terus menjadi kenyataan pada Pemilihan UMNO Mac 2009 nanti, di mana gandingan 3 M yang aku impikan adalah seperti berikut :

Presiden UMNO : Mohd Najib Tun Abd Razak (Sudah Confirm!)
Timb. Presiden UMNO : Muhyiddin Hj. Mohd Yassin
Ketua Pemuda UMNO : Mukhriz Tun Dr.Mahathir

Bagi aku gandingan ini amatlah tepat dan mantap kerana ukuran kepimpinan mereka bertiga (bagi aku) dapat merubah keadaan sekarang yang dilihat bahawa UMNO sebagai parti yang sudah tidak relevan lagi .... Bukanlah maksud aku untuk menidakkan calon-calon lain yang turut bertanding di kerusi Timbalan Presiden dan Ketua Pemuda, tetapi selayaknya kemenangan harus berpihak kepada yang lebih berani dan konsisten sejak awal ...

Apa yang pasti, kemenangan hanya boleh dijana dengan undi yang akan diberi oleh para perwakilan yang akan menunaikan tanggungjawab masing-masing di PWTC pada Mac 2009 nanti. Merekalah yang akan menentukan gandingan yang aku impikan ini sama ada menjadi kenyataan ataupun tidak. Aku tetap mengharapkan para perwakilan cerdik dan matang dalam membuat pilihan mereka. Beranilah Berubah untuk mengembalikan kegemilangan UMNO yang kini sudah hampir malap akibat tangan-tangan yang merosakkan parti ini sejak 2003.

Seandainya ketiga-tiga calon di atas digandingkan, aku optimis bahawa UMNO akan pulih dari kelemahannya. Kekuatan gandingan Presiden dengan Timbalan Presiden dan dibantu kuat dari Pemuda, InsyaAllah segalanya akan berjalan lancar kembali di atas landasan perjuangan UMNO sebenar iaitu demi Alif (Agama), Baa (Bangsa), Taa (Tanahair)...!!

KEPADA KAWAN-KAWAN PARA PEMBACA/PELAYAR BLOG INI YANG BUDIMAN, aku amat mengharapkan bantuan dan kawan-kawan semua, untuk sama-sama memberi input dan penjelasan kepada seluruh ahli UMNO terutamanya kepada para perwakilan yang akan mengundi di PWTC Mac 2009 nanti, agar dapat memberi undi kepada Muhyiddin dan Mukhriz! Tolonglah dan bantulah calon ini demi masa depan UMNO yang harus di perbetulkan mulai sekarang, demi anak cucu cicit kita yang akan mewarisi parti ini pada masa akan datang. Jangan kita warisi parti yang musnah dan tumbang kepada anak cucu cicit kita! Kerana ini hak mereka yang kita harus pastikan sentiasa kuat dan dihormati.

Sila terus layari blog ini dan mohon dibaca posting yang lalu (terutamanya tajuk yang berkaitan dengan Mengenali Muhyiddin dan Manifesto Mukhriz) untuk mengenali dengan lebih dekat calon tersebut. Sekian, mohon bantuan kawan-kawan semua untuk turut sama membantu menjana kemenangan Muhyiddin & Mukhriz (disamping Mohd.Najib yang sudah menang tanpa bertanding!) .... Sekian, terima kasih. Wassalam.

AloQStaQ
12-Nov-2009
12:00 Tghari.

10 komen:

Anonymous November 13, 2008 at 4:24 PM  

Kalau nak diikutkan, gandingan yg engkau letak d sini iaitu Najib, Muhyidin dan Mukriz adalah gandingan yg memang mantap betoi. Cuma nak realisasikan impian supaya gandingan yang benaq2 menjadi kenyataan aja yg agak berat dan perit!

Kalau semua ada impian yg sama, mudahlah cerita. Tp, ada geng perwakilan yg akan mengundi nanti adalah terdiri dari orang2 yg MUNGKIN xbrpihak kpd Muhyidin n Mukriz tu!

Celah2 tu pulak ada yg "taik duit" yg xsayang parti, cuma syg perut sendri aja, lagilah masalah! Kita yang xdpt memangkah undi d PWTC mac09 nanti, akan tgk mata putih kerosakan dan kemusnahan jika bukan gandingan 3 M yg dinyatakan d atas tu xmenjadi kenyataan!

Pasti kemusnahan yg amat dashat akan brlaku jika gandingan d atas menjadi sebaliknya! Gila la semua org mcm kita (yg sayangkn parti) menerima keputusan pemilihan tu nanti! Memang gila punya!

Jadi, mcm kata blogmaster aloq staq tu kata, jom kita2 yg xdberi peluang mengundi nanti, bergerak segera sekarang utk berkempen sedaya upaya utk Muhyidin dan Mukriz supaya gandingan 3 M tu menjadi kenyataan! Jom kita kempen skrg! Dapatkan semua pengundi,yg terpilih ke pemilihan mac09 nanti dan kita yakinkan depa tu, Muhyidin dan Mukhriz adalah pilihan dan kehendak akar umbi!

HIDUP UMNO!
BERANI BERUBAH!
HIDUP MUHYIDIN!
HIDUP MUKHRIZ!

Anonymous November 13, 2008 at 4:36 PM  

Gerekkk! Hidup Mukhriz!
Aku asai org Jerlun, tp menetap di Johor Bahru la ni. Bangga aku dpt tgk kawasan lahir aku diwakili anak TokDet!
Aloq staq,
Lawa gak poster 3M yg hang buat tu, siap ada trademark tuu! Bravo aloq staq! Aku dah buat wallpaper pc aku. Pandai hang no, letak trademark url blog hang. Mudah org ingat url hang bila jd wallpaper pc! Pandai sungguh, otak bergeliga boleh buat batu cincin (kata org2 tua) huhu!

DukeOfUMNO November 15, 2008 at 3:53 AM  

setuju...

UMNO PARTI PENJARA November 15, 2008 at 11:31 AM  

nak '3m' je ke?

'f' mcm mana pulak ;-)
salam ziarah :-)

Forum Generasi Muda
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Blog Pilihan Generasi Muda
http://pro-faizal.blogspot.com
Aura Baru Pemuda UMNO
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com

hans November 18, 2008 at 7:46 PM  

3 M memang mantap

AloQStaQ November 19, 2008 at 12:39 PM  

TQ semua yang beri komen ...

mudaslimriver, TQ sebab amik maklum mengenai pengundian kepada Mukhriz n Muhyiddin di PWTC nanti, semoga kita terus bekerja untuk memenangkan mereka!

cikgu, TQ atas pujian ... hehehe ... trademark tu saja-saja jer letak buat gempak ...

Brade Duke! TQ for re visiting my cikai blog!

Faizal, TQ ... errr f yang dimaksudkan tu sapa ? Faizal ker? hehehe ... kalau masuk bertanding, sahih kami undi Faizal .. tapi ; kalau F lain, dak kottt ... hehehe

TQ Hans ! ...
you are my new fren! TQ for visit my cikai blog ni ... kamu telah dilinkkan! ... :)

TQ semua pembaca ...
Hidup Najib!
Hidup Muhyiddin!
Hidup Mukhriz!

AloQStaQ

Shahrulrock December 6, 2008 at 1:55 AM  

Paparan....dari blog aku.

Tengahari 20 Mac 2008 bersama isteri dan anak yang berusia 9 bulan,sayaberkesempatan meluangkan masa bertemu rakan-rakan lama yang saya gelarkan "Generation of CM(central market)".Acara santai ini di adakan di Starbuck Cafe KL Sentral.Lebih banyak bicara tertumpu kepada PRU12,kesan dan tindakan pengundi,halatujumelayu dan selalunya di sulami dengan gelak ketawa.Yang menarik perhatian saya,bila seorang rakan dari Kelana Jaya berceritatentang jiran beliau,seorang pesara dari sebuah jabatan kerajaan.Ceritanya,pesara ini sebelumnya tidak pernah melepaskan peluang untukmengundi barang sekalipun.Bagi beliau,mengundi adalah hak yang di tuntut,seakan sama dengan solat dan puasa.Namun,pada 8 Mac dia membuat pilihan berdiam diri di rumah,tidak keluar untuk mengundi walaupun pada 4 tahun yang lalu dia dengan senang hati dan bersemangat tinggi telah keluar rumah awal-awal pagi bagi membuang undi dan telah memenangkan seorang calon Barisan Nasional di Parlimen Kelana Jaya.Itu cerita 4 tahun lalu.Menurut rakan saya tadi,sebelum keluar mengundi pada pagi 8 Mac, beliau sempat bertanya pada pesara tersebut yang waktu itu sedang asyik menyiram pokok bunga di halaman rumah.Jawab pesara tersebut "malas nak p,biaq la BN kalah kali ni,meluat sungguh aku dengan pak lah.Harga minyak naik,harga barang-barang dapur naik sampai upah gunting rambut pun naik,tapi gaji anak aku yang keja kat Shah Alam tu dok mcm tu juga.Dulu bayaq tol RM1.50 nak p keja,la ni kena bayaq RM2.10.Dulu tiap2 bulan dia hulur RM150 bagi kat makcik hang(bini pesara),la ni haram tak bagi dah,balik pnjam lagi ada la.Kerajaan mcm ni ka hang nak pangkah?Suruh rakyat jimat cermat,dia ingat kita dok kampung kot,bole tanam sayur,naik kreta tak dak tol.Aku dengaq dia beli kapal terbang baru,tapi bila kat kita dia suruh jimat.Bini separuh cina dia pakai gelang separuh tangan juga.Masa mahathir dulu,dia selalu kata biaq kerajaan susah tak pa,tapi rakyat jangan susah.Pak lah ni dah terbalik,kerajaan senang,rakyat susah." Setelah terangguk-angguk mendengar luahan pesara tadi, rakan saya pun berlalu pergi untuk mengundi dengan hati yangberbelah bagi.Kata-kata pakcik pesara sebentar tadi terngiang-ngiang ketika beliau memegang pensil untuk membuat pilihan pada kertas undi.Dan cerita itu berakhir di situ,ketika saya tergesa-gesa meninggalkan meja kerana anak yang mula meragam dan isteri yang sudah bermuka masam.....

Sebaik sahaja selesai pilihan raya 8 Mac lalu,saya percaya pesara yang memprotes tadi menghela nafas panjang dan mengurut dada.Banyak pengajaran daripada pilihanraya umum ke 12 yang lalu ‐ kepada rakyat mahupun pemimpin. Kepada ahli-ahli politik yang kalah dan pemimpin yang hampir kalah, pengajarannya ialah jawatan politik adalah satu tragedi yang tidak boleh dielakkan. Selepas kemenangan, akan datang kekalahan. Yang bernasib baik mungkin mati semasa memegang jawatan. Yang tidak beruntung akan dihantui kekalahan itu sepanjang hidup mereka.Bagaimanapun, politik dalam konteks orang Melayu di Malaysia melampaui kepentingan perseorangan. Kekalahan banyak kerusi bakal membawa pembaharuan,kerana politik bukan sekadar kisah peribadi. Politik bagi orang Melayu lebih besar daripada isu jawatan dan individu, kerana ia soal ketahanan kuasa bangsa.Dalam politik, orang Melayu kini berdoa, barang dijauhkan Allah kuasa bangsaMelayu ditimpa tragedi, barang dijauhkan Allah bangsa Melayu hilang negeri lagi.Lima tahun lagi,kita undi lagi sekali.......

AloQStaQ December 6, 2008 at 9:32 AM  

Tenkiu Sharul Rock Sahabatku ... Tak balik Raya Haji kampung ka? ...

Nice article, TQ sahabat!

Kalau sempat nanti, aku try olah untuk dijadikan artikel ... kalau buleh / hang tak kesah la ...

Apapon, si tidur Abdullah kini sudah sampai ke penghujung waktu ... Countdown peralihan kuasa yang aku letak kat page blog aku tu pun dah semakin hari semakin susut ... (walaupun bagi aku ianya nampak LAMBATTTT SANGATTT!)

Jadi, kembalilah untuk kita bersatu dan kembali menyokong UMNO ... amnya BN. Kita menangkan kembali BN dengan kekuatan 2/3 selepas ini sewaktu DS Najib mengambil alih.

Buangkan marah yang lepas untuk mengembalikan kekuatan BN di Dewan Rakyat ... nampaknya suara Melayu semakin parah di lanyak-lanyak di Dewan Rakyat ... Jadi, kita tak mahu generasi anak-cucu kita mewarisi sebuah negara "singapura" dan mereka tertindas ditanahair mereka sendiri akibat tangan kita-mak bapak depa ! ...

Sokonglah UMNO
Sokonglah BN
Demi Agama, Bangsa dan Tanahair ...

Salam Hari Raya Qurban untuk semua!

AloQStaQ

Anonymous December 17, 2008 at 8:58 AM  

mantap ke? aku hanya konpiden dgn muhyidin dan mukhriz shj. najib belum tentu la..byk sgt scandal dia nie. lagipun anuar al-88@#$ sedang menyerang beliau bertubi krn kes2 beliau yg mendapat perhatian dunia.

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP