Thursday, October 16, 2008

Manifesto Dato' Mukhriz Mahathir

Dato' Mukhriz Mahathir telah berjaya mendapat sebanyak 40 pencalonan dari Pemuda Umno Bahagian seluruh negara yang Berani Berubah!

Diharapkan bahawa Bahagian-bahagian Pemuda Umno yang belum bersidang akan menyahut cabaran dan bersama Dato' Mukhriz Mahathir dalam meneruskan 'Perjuangan Yang Belum Selesai'.
Proses rejuvenasi Umno, Barisan Nasional dan negara tercinta sudah bermula...
Disertakan disini manifesto Dato' Mukhriz Mahathir :-

Yang pertama ialah untuk meremajakan dan meramaikan keahlian UMNO melalui pendaftaran ahli yang berkesan.

Maksudnya kita tidak lagi boleh menyekat mana-mana pihak yang terbuka hatinya untuk bersama dalam perjuangan UMNO walaupun dilihat mereka berkaliber untuk menyaingi kita diperingkat cawangan mahupun bahagian.

Kita mesti sedar bahawa sekiranya sekat-menyekat ini masih diamalkan, orang Melayu boleh pilih untuk menyertai parti lawan yang sudah tentu mengalu-alukan kedatangan mereka.

2. Yang keduanya ialah untuk memastikan keahlian kita (khususnya Pemuda) memahami sejarah perjuangan UMNO, perjuangan Melayu, perjuangan untuk Kemerdekaan, keadaan Melayu sekarang, dan halatuju Melayu kehadapan. Ini penting bagi menerapkan satu semangat yang jitu dan berasaskan fakta sejarah yang memberikan keyakinan kepada setiap Pemuda apabila berhujah dengan kawan ataupun lawan.

Jangan kita hanya pandai beretorik dan menunjukkan sifat keMelayuan kita walhal semangat Melayu kita sebenarnya tidak tebal dalam sanubari kita.

3. Yang ketiganya ialah peri-pentingnya kita memahami apa masalah yang dihadapi oleh orang-orang muda. Sebagai parti politik, kita seharusnya membantu menyelesaikan masalah jika kita mahu kekal relevan bagi orang muda.

Kalau kita dilihat sebagai parti elitis yang tidak pedulikan masalah belia, sudah tentu mereka tidak akan menyokong kita dan ini nanti akan diterjemahkan kepada kekalahan kita di PRU akan datang.

Antara masalah-masalah yang kita tahu dihadapi golongan muda ini adalah a. pengangguran b. masalah penjaja dan peniaga yang kerapkali diganggu pihak berkuasa c. pekerja kilang yang bermasalah dengan majikan d. pinjaman RM10-20ribu dari bank yang dibelenggu kerenah birokrasi e. perumahan dan banyak lagi masalah-masalah yang sepatutnya diselesaikan oleh kita jika kita mahukan sokongan daripada golongan muda.

.... dipetik dari lamanweb :

http://www.MUKHRIZ.com
Dari Olahan Blogger;
http://novandri.blogspot.com/2008/10/jawapan-dato-mukhriz-untuk-e-temuramah.html

1 komen:

Unknown October 23, 2008 at 4:52 AM  

berani berubah..... kita tengah ketandusan pemimpin yang berkaliber, moga dato mukhriz berani untuk mengubah persepsi ini.....mardhotillah

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP