Thursday, September 4, 2008

KOMEN AKU di Blog TUN Dr.M : 04 Sept 2008 : Topik Snippet "Pohon Maaf" (Published by Tun : 5:50 PM)

Salam Ramadhan, Salam Bulan Lailatul Qadr, Salam kesihatan dan kesejahteraan kepada Tun berdua sekeluarga.

Kepada semua, kita ingatkan ... jangan sekali lagi bermain api, kerana api itu akan membakar diri. Sejarah perlu dibelek semula dan persetujuan zaman dahulu patut diperhatikan kembali demi keharmonian antara kaum di Malaysia. Jangan sampai sesuatu yang buruk berlaku, barulah nak tengadah...

Apa yang Tun huraikan kali ini adalah tepat sekali untuk menggambarkan apa yang perlu dilihat oleh sekalian rakyat. Bagi saya, bukan Tun nak kondem apa saja yang dilakukan oleh Kerajaan sedia ada, tetapi apa yang Tun sebutkan ini adalah kebenaran. Kebenaran untuk kesejahteraan rakyat majmuk. Kalau zaman kepimpinan Tun dulu, pastinya perkara/masalah sebegini akan dibendung segera dan dengan cara yang tegas! Tegas untuk tidak merebak!

Tapi sayangnya kini masalah ini seolah-olah dibiarkan (oleh pemimpin lemah + tidur) untuk terus merebak dan menjadi penyakit yang sukar dikawal lagi! Penyakit masalah perkauman ini kalau tidak diubati segera, pastinya padah menanti. Kaum Melayu/bumiputera kini sudah dianggap tidak ada keistimewaan, ini adalah bahaya. Amat bahaya. Jangan biarkan keadaan dan anggapan sebegini berterusan kerana kesannya amat buruk. Tangani segera. Tangani segera! ... Jangan tidur wahai Dolah.

Biarlah hanya seorang saja manusia munafiq "pak syeikh" itu yang memperjuangkan "keadilan kesamarataan" kononnya - sanggup menjual maruah bangsa sendiri demi undi dan survival politik : untuk memenuhi impian sebagai PM ke 6! Jangan pula pemimpin BN terhasut dengan ideologi si munafiq ini.
http://www.youtube.com/watch?v=BV608QDYgAQ

Tetapi sayang, pemimpin teratas BN sendiri seolah-olah tidak sedar masalah ini, tidak langsung dibendung, maka haru-hara jadinya keharmonian yang telah dijaga rapi oleh PM 1 - PM 4 ! Lemahnya pentadbiran sekaranggggg!!!!!!! ........
AloQStaQ

1 komen:

AloQStaQ September 19, 2008 at 1:23 AM  
This comment has been removed by the author.

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP