Wednesday, January 20, 2016

JATUH MUKHRIZ, PASTI JATUH BN KEDAH !


Semua rakyat Kedah & Malaysia tahu ini...



Dengan membuang Mukhriz dari kerusi MB , pasti Negeri Kedah akan dapat kepada Pembangkang sekali lagi dan tiada lagi peluang untuk ambil semula.

Jangan bermain api. Kebodohan orang2 yang gilakan kuasa dan gila nak jatuhkan Mukhriz , akan merosakkan UMNO dan BN Kedah secara total!...

JANGAN JADI BODOH

#KekalMukhriz




AloQStaQ
20-JAN-2016
10-25 Mlm

Saturday, June 6, 2015

Sudah terlalu lama menyepi ...




Admin AloQStaQBlog mohon maaf di atas sebab begitu lama tidak menulis dan menyelenggara blog picisan ini. Hari ini berkesempatan sekejap menjenguk blog ini dan tangan bertindak untuk menulis sedikit makluman ini. 

Kesibukan tugasan mencari rezeki untuk menampung kehidupan serba kesempitan masa kini telah menyebabkan Admin AloQStaQBlog menangguh-nangguhkan update blog ini dari sehari ke sehari.

Mohon maaf kerana saya rakyat marhaen yang tiada pendapatan hebat berblogging.

Saya membayar sendiri broadband Celcom untuk melayari internet. Tiada support daripada mana2 pihak seperti SESETENGAH Blogger lain (Tak kira yang pro-Kerajaan ataupun pro-PR) , masing2 ada team cyber sendiri yang dibayar untuk 'bekerja' secara sokongan maya.

Jadi, jangan hairan jika Admin AloQStaQBlog kekadang saja muncul untuk menulis. Kehidupan dan usaha bekerja mencari rezeki secara real-life adalah keutamaan Admin berbanding Lillahi Taala menulis di alam cyber.

Lagi pulak, sekarang ni (sejak lama tidak menulis), sokongan Admin terhadap arus politik negara nampaknya berbelah bahagi. Kesempitan yang menindas rakyat akhir-akhir ini, telah menyebabkan Admin merasakan sesuatu perlu dilakukan. Rakyat mahu hidup selesa (Baca: BUKAN MAHU HIDUP MEWAH). Hanya sekadar hidup yang tidak terbeban dan kesempitan ekonomi.

Kasihanlah rakyat, agar dapat menikmati nikmat negara Malaysia (yang kononnya) sering disebut Malaysia Aman, Makmur, Maju dan Berwawasan ni... Nampaknya semua itu TIDAK SANGAT PUN dirasai oleh majoriti rakyat kini.

Bebanan hidup sahaja yang dirasai, Mana MAKMURNYA negara ini ?

Oleh yang demikian, Admin rasa susulan-susulan posting di AloQStaQBlog ini selepas-selepas ini akan lebih pro-Rakyat berbanding sebelum ini. Tunggu lah ... (Itupun jika Admin ada masa seperti hari ini untuk menulis).

Semoga rakyat Malaysia dapat keluar dari hidup serba kesempitan seperti sekarang. Bebanan ekonomi yang nampaknya semakin mengganas menghimpit rakyat.
Amatlah diharapkan para rakan pengunjung tidak melupakan blog yang hidup segan - mampus tak mahu ini.

Salam perjuangan.
Wassalam.



AloQStaQ
6-6-1+5
8:20 Pagi
Sekitar Kedah.


Note : Admin telah membuang bberapa banner tertentu di sebelah kanan blog ini sebagai tanda awal 'perubahan' sokongan ... harap maklum.


Thursday, December 11, 2014

JANGAN PANDANG ENTENG Pendapat ORANG LAMA


Kalau nak selamat, jangan dianggap teguran orang lama yang sudah banyak pengalaman itu sebagai sesuatu yang tidak bernilai.

Kalau nak selamat pada Pilihanraya akan datang, ambillah berat apa yang dinasihatkan oleh orang lama itu.

Tegurannya bukan untuk mengganggu hidupmu dan kepimpinanmu, tetapi tegurannya demi kebaikan seluruh rakyat.

Beliau tidak meminta bayaran untuk memberikan nasihatnya, buah fikirannya, pendapatnya, perkongsian pandangannya, pengalamannya selama 22 tahun memimpin negara. Cukuplah sekadar semua yang disebut itu diberi perhatian dan diambil sebagai pedoman.

Bukanlah pedoman itu perlu diikuti 100% apa yang dinasihatkan, tetapi landasan kepimpinan tidak boleh terlalu menyimpang dari apa yang dinasihatkan. Nampak kini landasan itu semakin jauh tersasar dari laluan selamat dan laluan yang sebenar, cepatlah berpatah balik ke laluan asal.

Masa sudah tidak lama lagi. Sebarang kelewatan untuk pulang ke landasan asal akan menyebabkan habis musnah sebuah kepimpinan ... Sekali kalah, susah untuk mendapatkannya kembali.

Percayalah, nasihat orang lama itu WAJIB diperhalusi dan digunapakai demi kebaikan negara.

Jangan pandang enteng!


AloQStaQ
Nukilan tengah malam.
11 Disember 2014
1.30 Pagi

Tuesday, September 16, 2014

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA KE-51


AloQStaQBlog mengucapkan kepada seluruh warga Malaysia , Selamat Menyambut Hari Malaysia yang ke-51. Semoga Malaysia Terus Aman dan Makmur. Aminnn~!


AloQStaQ
16 September 2014
11.16 AM

Wednesday, June 4, 2014

PERINGATAN : Kerajaan Dato Najib Jangan Abaikan Golongan Pertengahan !

Satu persatu tindakan kerajaan seolah-olah cuba menampakkan kebodohan yang ketara apabila kerajaan Dato Najib seakan-akan melupakan golongan berpendapatan sederhana a.k.a Golongan Pertengahan.

Pendekata, jika nak diberikan contoh yang paling mudah adalah pekerja-pekerja di dalam kelompok "KUMPULAN B" DALAM SEKTOR AWAM. (Golongan yang nak disebut sebagai Bos Pun Bukan, Orang Bawah Pun Bukan!). Inilah contoh yang amat tepat untuk menggambarkan siapa Golongan Pertengahan.

Kumpulan / Golongan Pertengahan yang Admin AloQStaQBlog sebutkan ini adalah meliputi semua sektor di Malaysia, sama ada di sektor Awam, Swasta mahupun golongan yang bekerja sendiri. Kerajaan tentu sedia maklum definisi Golongan Pertengahan yang Admin maksudkan ni .... kan?

Golongan pertengahan inilah yang TIDAK LAYAK MENERIMA BRIM. Golongan ini terkebil-kebil bijik mata melihat "Golongan Bawahan" (Yang Layak terima BRIM) berpusu2 memenuhi dewan orang ramai untuk sain baucher BRIM saban tahun.

Golongan pertengahan inilah yang TIDAK MAMPU MEMBELI RUMAH MEWAH RATUSAN RIBU & TAK LAYAK UNTUK MEMBELI RUMAH KOS RENDAH. Dan tidak keterlaluan jika disebut sebagai Golongan Pertengahan inilah yang banyak menyewa rumah kerana tidak layak memiliki rumah yang berharga murah (yang boleh dinikmati oleh "Golongan Bawahan") ...

Sungguh sedih mendengar rintihan beberapa orang rakan yang tersepit berada di dalam kelompok Golongan Pertengahan ini ... Mereka ini tak dapat BRIM, tapi gaji mereka tidaklah sebesar mana berbanding gaji Kumpulan Pengurusan / Profesional ... Dah tu pulak, mereka inilah golongan yang terpaksa membayar cukai pendapatan setiap tahun , berbanding Golongan Bawahan yang dapat macam2 nikmat itu dan ini termasuk pemberian BRIM padahal Golongan Bawahan itu otak tak perlu pening nak kena pikiaq bayar cukai pun!

Suatu masa sebelum ini, pernah terbaca rintihan berbentuk Surat Terbuka Kepada PM oleh seorang wanita yang meminta Dato Najib memandang berat kepada Golongan Pertengahan ini. Sehingga kini, nampaknya seolah2 tiada respon dari Dato Najib ....

Admin AloQStaQBlog sebut ini bukan apa, sebab nak beri kesedaran kepada pihak Kerajaan bahawa Golongan Pertengahan ini perlu juga diberi sedikit sebanyak keistimewaan ... Kalau golongan bawah diberikan nikmat BRIM saban tahun, pikir-pikirkanlah juga untuk Golongan Pertengahan.

Di zaman ekonomi Malaysia yang semakin meningkatkan harga macam2 barangan ni, Dato Najib patut sedar bahawa ada satu golongan lagi yang kurang diberi muka dan kurang keistimewaan tersepit di tengah2. Bantulah mereka , yakni Golongan Pertengahan.

Jangan hanya membantu Golongan Bawahan semata-mata , jangan hanya memberi muka kepada panda sahaja, tetapi lihatlah sama Golongan Pertengahan. Mereka kini memerlukan sedikit sebanyak ehsan dari Kerajaan.

Dalam bab Subsidi Minyak yang akan dirombak dalam masa terdekat, jangan buat keputusan bodoh yang boleh menambahsempit lagi kesempitan yang sedia ada yang sedang ditanggung oleh Golongan Pertengahan.

Harap Dato Sri Najib dapat mendengar keluhan mereka yang tersepit ini ...........


P.S : Ada kawan disektor awam (Golongan Pertengahan = Kumpulan B) memaklumkan kepada Admin, Kumpulan B nak sambung study Degree (Ijazah Pertama) dan Master (Sarjana) TAK DAPAT KEISTIMEWAAN : CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH, Sedangkan Golongan Pengurusan / Profesional ada keistimewaan tersebut ! ... Padahal , apa bezanya ? Kedua-dua Golongan ini bekerja demi Kerajaan Malaysia juga ! kenapa ada pilih kasih antara Kumpulan A dengan Kumpulan B ? .... INILAH ANTARA YANG DATO NAJIB KENA PANDANG ELOK2 ...


Dato Najib sekali lagi diingatkan untuk kesekian kalinya,
JANGAN LUPA PADA GOLONGAN PERTENGAHAN ....



Khas Untuk Dato Sri Najib,

AloQStaQ
4 Jun 2014
Rabu
7.50Mlm

Tuesday, February 25, 2014

JOM CARI KEDAH TUA ! ... Satu Penemuan Ketamadunan Kedah Yang Amat Bernilai , Amat Berharga Kepada Negara Bangsa !


 
Jemputan terbuka kepada semua Rakyat Malaysia !
JOM CARI KEDAH TUA ...


Program anjuran Sekretariat Penyelidikan Tamadun Awal Kedah Tua dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Arkeologi Global USM akan diadakan bermula pada 28 Februari 2014 sehingga 2 March 2014 di tapak Arkeologi Sungai Batu, Merbok, Kedah Darul Aman.

Program ini bakal memberi peluang kepada peserta untuk bersama-sama melakukan ekspedisi arkeologi yang bakal diketuai oleh Datuk Prof Dr Mokhtar dari USM.

Semua dijemput untuk menyertai program pencarian ini bersama pihak-pihak media arus perdana terpilih. Tempat adalah terhad.

Program ini bermula pada Jumaat - 28 Februari 2014 jam 4 petang dan berakhir pada lewat petang Ahad - 2 March 2014.

Pada hari Ahad, 2 March 2014, YAB Dato' Seri Menteri Besar akan hadir jam 2 petang untuk bersama-sama dengan orang ramai di Tapak Arkeologi Sungai Baru tersebut untuk upacara Majlis Penutup Program JOM CARI KEDAH TUA.

Orang ramai dijemput hadir pada 2 March 2014 seawal jam 12 tengahari untuk bersama-sama menikmati jamuan kenduri kampung yang juga bertempat di tapak Arkeologi tersebut.

Datanglah beramai-ramai untuk mengenali SEJARAH AWAL KETAMADUNAN KEDAH ! ....

Pastinya anda akan takjub dan berbangga bahawa Negara Bangsa kita ini mempunyai satu peradaban sejarah yang hebat dan kehebatannya amat melangkaui beberapa ketamadunan lain di dunia !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Percayalah ... kerana ianya benar !!!

JOMMMM ! ... Hadirlah beramai-ramai untuk mendalami sejarah kita ....



AloQStaQ

SELASA
25 Feb 14
12:02 Tgh Mlm



Friday, December 6, 2013

AloQStaQBlog BOIKOT PRODUK GARDENIA Mulai HARI INI ! ... Jumaat 6 Disember 2013

AloQStaQBlog BOIKOT PRODUK GARDENIA
.... KENAPA ?

Dengan membaca artikel yang mengejutkan di Malaysiakini seperti di bawah;



Sila Klik Link Ini Untuk ke Page Asal.

Dan ditambah pula dengan menonton video seperti di bawah;



Maka dengan ini, AloQStaQBlog secara rasminya memboikot semua produk Gardenia mulai hari ini Jumaat 06Disember2013 sehingga ke satu tarikh yang belum ditentukan sebagai tanda protes kepada Gardenia yang membantu untuk membangunkan bangunan/wisma/teratak Malaysiakini - lidah berita kesayangan Pakatan Rakyat!

Walaupun ada yang di antara kita mengatakan BERNAS mempunyai syer di dalam Gardenia, tetapi pegangan saham BERNAS hanyalah 30% berbanding 70% lagi bakinya adalah syer sebuah company dari Singapore, maka dengan ini , AloQStaQBlog tidak teragak-agak untuk tidak membeli sebarang produk Gardenia di atas perkara yang berlaku ini.

Bagi AloQStaQBlog : MEMBELI PRODUK GARDENIA, SEUMPAMA MEMBELI BATU BATA UNTUK MEMBINA KUBU MUSUH YANG AKAN MEMERANGI BARISAN NASIONAL !


Nota Penting :
AloQStaQBlog dengan ini memboikot Gardenia ini secara peribadi. Tidak mengajak dan tidak mempengaruhi sesiapa untuk turut sama memboikot produk ini. Segala produk Al Bukhary tidak di boikot. Hanya produk Gardenia sahaja. Harap maklum.

Ramai yang mengatakan Massimo adalah musuh niaga Gardenia (kerana dimiliki kaum Cina dan pelanggan daripada kalangan kaum Cina amat menggemari & membantu Massimo berbanding Gardenia), kononnya Gardenia disokong oleh pelanggan Melayu kerana Gardenia ini ada keterlibatan Al Bukhary.

AloQStaQBlog juga tidak mengajak anda untuk memberi sokongan kepada produk musuh niaga Gardenia seperti Massimo ataupun High 5 ataupun apa saja produk yang setara, ikut pandai anda sendirilah untuk membeli dan memilih mana-mana produk lain seandainya anda juga turut memboikot Gardenia mulai hari ini.

Masih bercambah-cambah lagi produk roti, kek, wafer dan setara dengannya yang dikeluarkan oleh pengusaha Melayu mahupun India dan lain-lain bangsa. Berlambak-lambak lagi syarikat roti yang tidak memberi sebarang sokongan kepada mana-mana pihak untuk berpolitik atau berkepentingan politik sama ada kepada pihak BN ataupun pembangkang. Jadi, buatlah pilihan sendiri tanpa paksaan.

MEMBANTU SEBUAH SYARIKAT SEPERTI MALAYSIAKINI ADALAH SATU TITIK MULA UNTUK MEMBANTU SECARA TIDAK LANGSUNG DALAM MERUNTUHKAN KEKUATAN POLITIK BARISAN NASIONAL.

(Suka atau tidak, terpulanglah ... Tak perlu banyak menilai betapa tidak adilnya bahan berita yang Malaysiakini terhadap Politik BN selama ini, cuma cukuplah sekadar anda melihat kartun Zunar yang diberikan satu ruangan khas di muka depan website Malaysiakini dalam MENGHENTAM BN 24jam x 7Hari !!!) ... Itu pun dah cukup untuk menggambarkan siapa Malaysiakini sebenarnya !...

Untuk membaca mengenai perkaitan dan pegangan saham TS Syed Mokhtar Albukahry dalam Gardenia, sila klik link-link di bawah :

http://bidaman.blogspot.com/2013/12/gardenia-portal-fitnah-malaysiakini.html
http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20131206/po_02/Gardenia-perlu-beri-penjelasan
http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/beritakomentar/50482-kempen-boikot-roti-gardenia-melampau
http://truthvaccine.blogspot.com/2012/10/jawapan-mengapa-ts-mokhtar-al-bukhary.html
http://kumbangjingga.blogspot.com/2011/12/usaha2-memboikot-roti-gardenia-yang.html


TEPOK DADA. TANYA IMAN. BUATLAH KEPUTUSAN.



AloQStaQ
JUMAAT
7:57 Pagi
06 Disember 2013.









Thursday, December 5, 2013

PELIK AJAIB ! ... Candi Asal Yang Dirobohkankah ? ... atau Tapak Candi (binaan semula) Yang Kini Dibangunkan Oleh Pemaju? ... Nampak Jelas PAKATAN RAKYAT Memang BODOH STUPID ! ...

AloQStaQBlog berasa pelik dengan kenyataan demi kenyataan bodoh dari pimpinan Pakatan Rakyat mengenai KONONNYA "Perobohan Candi 11" di Sungai Batu Merbok.

Peliknya kenapa?

Kerana pimpinan Pakatan Rakyat seolah-olah menyalahkan Kerajaan BN Negeri Kedah
sekarang yang bertanggungjawab merobohkan candi tersebut.

Padahal tanah tersebut merupakan hakmilik persendirian. Sementelah itu pula, candi 11 tersebut hanyalah satu binaan semula yang dibina kembali pada tahun 1974 ... Dan orang yang membina semula candi 11 itupun masih hidup lagi sekarang !...

Secara logiknya, kalau orang yang membina semula itu masih hidup bernyawa lagi sekarang ni, maknakata candi 11 itu hanyalah satu binaan yang tidak tulen sepertimana yang digambarkan oleh Puak Pakatan Rakyat bahawa candi itu sudah berusia ratusan tahun lamanya (sejak kurun ke 8!) .. Tuddia punya penipu !...

Ini adalah satu putarbelit yang sungguh nyata. Puak Pakatan Rakyat hanya ingin jadikan perkara ini sebagai isu dan harapan mereka jika isu ini di"letup"kan kepada umum, maka orang dari kaum India penganut Agama Hindu akan marah, ahli sejarah akan marah dan rakyat akan turut marah Kerajaan Negeri sekarang. Hakikatnya Fakta telahpun di auta.

Bagi mereka, semoga-moga akan berlakulah ketidakpuasan hati di antara kaum dan seterusnya dapat mencalarkan konsep 1Malaysia yang didokong kerajaan BN sekarang. HAHAHA ! Betapa bodohnya Puak Pakatan Rakyat Laknatullah ni memutarbelitkan fakta ....

Sedangkan jika kes candi 11 ini dibaca berlandaskan sejarah, candi 11 yang dibina sekitar kurun ke 8 itu, dibina oleh orang Melayu lama / kuno yang pada masa itu menganut agama Hindu. Sebelum mereka menganuti agama Islam yang Suci dan Diredhai Allah. Tiada langsung perkaitannya dengan kaum India !

Hanya tapak tersebut adalah tempat bersejarah... tetapi, Candi 11 yang dikatakan 'dirobohkan' itu pula bukanlah aktifak sejarah yang asal. Ianya hanyalah satu binaan semula yang dibina untuk menggambarkan wujudnya satu ketamadunan di situ.

Alaaa untuk memudahkan anda faham ... Kes candi 11 ini adalah hampir serupa sepertimana kes yang PAS Kedah pernah pertahankan sebelum ini mengenai Madrasah Salihiah yang berusia 103 tahun itu lahhh ! ... Anda ingat lagi tak?
(Gambar Sejarah) MADRASAH SALIHIAH yang kini sudahpun dirobohkan dan tapak baru telah disediakan oleh Kerajaan PAS Kedah masa itu untuk penempatan & pembangunan semula Madrasah.
Ingat lagi tak kes ini oiii Puak-Puak Pakatan !?? ...

Madrasah itu dikatakan oleh KERAJAAN PAS KEDAH MASA ITU hanyalah binaan semula selepas madrasah asal pernah dirobohkan/roboh sebelum itu. Maka, yang menjadi pertikaian hanyalah tapak asal Madrasah Salihiah sahaja (yang bakal dibangunkan sebuah kompleks perniagaan), ianya adalah isu penempatan semula binaan Madrasah apabila tapak asal itu akan dikomersialkan oleh Kerajaan Negeri PAS Kedah waktu itu.

Maka sekarang ni, tapak baru telahpun dipersetujui untuk Madrasah Salihiah dipindahkan.

PERLU DIINGATKAN JUGA, Kompleks perniagaan itu adalah projek idea Kerajaan Negeri PAS Kedah masa itu!

Sedangkan apa yang berlaku pada candi 11 ini adalah di atas tanah persendirian. Projek ini adalah pembangunan oleh sebuah Syarikat pemaju, dan tiada sebarang bukti yang menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri BN sekarang yang meminta Syarikat tersebut meratakan kawasan yang mempunyai candi (sebuah binaan semula) tersebut !...

Walaubagaimanapun, demi mengekalkan bentuk dan menjaga peradaban sejarah Kedah, Kerajaan Negeri kini sudah bersetuju untuk meminta pemaju berhenti sekejap daripada meneruskan projek tersebut dan pada dasarnya Kerajaan Negeri bercadang untuk membina semula candi 11 berdekatan tapak ekskavasi USM Sungai Batu.

SUNGGUH MULIA HATI KERAJAAN NEGERI BN KEDAH SEBENARNYA !

Berbanding dengan hati busuk pimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang dipimpin oleh 'seorang Tokong' yang merasa megah dan bongkak padahal mereka sendiri tidak menjaga bahan / tempat sejarah di negeri mereka sendiri iaitu di Tapak Arkeologi Guar Kepah di Penaga, Seberang Perai Utara ! Candi yang berusia 5000 Tahun !

Apahal lu Lim Guan Eng ?
Salah orang (sebenarnya Kerajaan BN Negeri Kedah tidak salah pun!) DAP Penang nak ambil peduli sangat, tetapi negeri sendiri dah terang-terang terpalit tahi lu masih belum sedar diri !

Hamlau betullah lu Guan Eng ! Lu jaga tahi lu sendiri la ! Jangan asyik nampak jamban orang lain punya ....

NOTA PENTING :
Jangan dilupa bahawa ada kenyataan rasmi daripada Pemaju yang 'merobohkan' candi 11
binaan semula tersebut (iaitu Syarikat Saujana Development) yang mengatakan bahawa "Syarikat mereka telah melakukan semakan pada 14 JAN 2013 dan meneruskan pembelian pada FEBRUARI 2013. Semakan dengan jelas mengatakan tanah tersebut tidak terikat dengan apa2."

Siapakah Kerajaan Negeri Kedah pada waktu semakan itu dibuat? ... Sila Jawab.

Janganlah mudah-mudah menuding jari kepada pimpinan Dato Paduka Mukhriz, kerana jika betul-betul Puak Pakatan Rakyat nak jadi hero candi 11 ini, elok sejak dari waktu semakan tersebut dibuat pada JANUARI 2013, Pakatan Rakyat sudah patut menghalang Pemaju dari melakukan sebarang aktiviti di tapak berkenaan !! ... CHECKMATE Bro !



AloQStaQ
Khamis
8:55 Pagi
05 DISEMBER 2013

Saturday, November 30, 2013

KEDAHTIMES Ajak Bertaruh ... Ada berani !?? HA HA HA !



AloQStaQBlog cedok artikel KedahTimes ni dari SINI.

Hahaha, kawan KedahTimes secara sinis mencabar KedahTimes untuk bertaruh apabila artikel Be Very Sensitive la dikeluarkan oleh KedahTimes.

Dia bertaruh yang apa yang KedahTimes sebutkan itu bakal tidak diambil peduli oleh mereka-mereka yang berkaitan samda di GLC atau Ketua-Ketua yang memegang potfolio berkaitan. Malah laman sesawang mereka yang tidak di kemaskini tu bakal kelihatan serupa saja. Maknanya tiada apa-apa yang bakal dilakukan.

Sebab dia bertarauh begitu kerana katanya mereka ini semua tidak baca blog, atau facebook atau twitter. Malah ramai yang buta ICT. Jadi dia yakin tiada siapa akan ambil peduli teguran KedahTimes.

KedahTimes pula konfiden sebaliknya. Malah yakin dan percaya tindakan akan diambil untuk mengemaskini maklumat di laman-laman sesawang mereka. Dengan adanya Exco-exco yang begitu aktif dalam blog, facebook dan twitter, ketua-ketua di GLC berkaitan akan ditegur.

Tempoh bertaruh tersebut adalah selama seminggu bermula semalam dan akan berakhir Rabu minggu depan, 4 disember 2013.

Taruhan ialah sapa yang kalah kena belanja makan di puncak tertinggi di Alor Setar.

Jadi kita pakat-pakat lawat site-site yang dimiliki oleh GLC-GLC berkaitan. Jangan lupa hari terakir ialah Rabu depan.


ads

Sunday, November 3, 2013

SELAMAT MENGUNDI KEPADA SEMUA PENGUNDI DUN SG LIMAU ... Buatlah pilehan paling bijak ! ... Jaga-Jaga , Hati-Hati Esokkkk

Esok pagi, bermulalah aktiviti membuang undi di PRK N20 DUN Sungai Limau untuk mencari pengganti wakil rakyatnya yang sebelum ini amat disegani kawan dan lawan, Arwah Tan Sri Haji Ustaz Azizan Abdul Razak ... (Mohon kawan2 para pembaca semua mensedekahkan Almarhum dengan bacaan AlFatihah !)...
.

AloQStaQBlog menyeru kepada sekalian penduduk khasnya pengundi DUN Sungai Limau agar membuat pilihan yang amat bijak bagi memilih wakil rakyat baru bagi menggantikan Almarhum Ustaz.

Ini bukanlah pilihan yang semudah memilih baju di ampaian. Tidak semudah memilih manggis di jaras. Tidak semudah memilih ikan kembung di pasar. Ini adalah waktunya untuk pengundi memilih seorang yang pasti boleh melakukan kerja , khidmat , ambil berat dan menghulurkan bantuan kepada rakyat.

Dan pastinya, kredit yang amat besar kepada Dr. Sohaimi Lazim kerana beliau bertanding di atas tiket sebuah parti yang sedang kini memerintah negeri Kedah, memerintah Malaysia dan ianya sebuah parti yang terbukti benar mampu melakukan khidmat bakti yang utuh dan optimum kepada sekalian rakyat.

Oleh yang demikian, amatlah diharapkan, dimohon, dirayu semoga semua pengundi di DUN Sungai Limau memilih calon BARISAN NASIONAL pada Pilihanraya Kecil N20 DUN Sungai Limau pada ISNIN 04NOVEMBER2013.

Pedulikan semua isu mengarut (yang terkini seperti propaganda menggantung kaki kudung untuk menghina Almarhum) yang sudah pastinya MERUPAKAN SATU PERKARA PALING BODOH JIKA BN YANG MELAKUKANNYA ! ...

CUBA FIKIRKAN SECARA LOGIK AKAL ANDA , BERSUSAH PAYAH JENTERA UMNO BN BERKEMPEN DENGAN TERTIB & BERSIH, PASTINYA UMNO BN TIDAK AKAN SEMUDAH INI MENCALARKAN REKOD BAIKNYA DI MATA RAKYAT SUNGAI LIMAU DENGAN MENGGANTUNG SATU BENDA YANG BOLEH MENGHINA ARWAH BEKAS ADUN DI SITU ...

Ini adalah satu taktik kotor dan jahat musuh BN dalam membuat fitnah .... Semoga anda membuat satu pilihan yang tepat di peti undi esok.

Keluarlah mengundi awal supaya tidak kelam kabut dengan kesesakan jalanraya diwaktu petang. Bismillah dan bertawakkallah kepada Allah Yang Maha Kuasa agar diberi petunjuk dan kekuatan untuk mengundi BARISAN NASIONAL.


TERIMA KASIH KERANA MENGUNDI BARISAN NASIONAL UNTUK DUN SUNGAI LIMAU KEMBALI KEPADA BARISAN NASIONAL.


AloQStaQ
AHAD
10:20 Mlm
3 Nov 2013

Monday, October 28, 2013

TUDIAAAA ! ... Apa Yang Allahyarham Haji Azizan (Bekas MB Kedah) Bagitau Zainuddin Maidin ?!... MUSTI BACHA NI !

Takku sangka, Allahyarham Tan Sri Haji Ustaz Azizan Abdul Razak pernah memberitahu isi hatinya kepada Tan Sri Zainuddin Maidin mengenai Anwar Ibrahim ...


Ini adalah pedoman kepada para pengundi DUN Sungai Limau untuk memberikan sokongan di peti undi 4 November ini. Sama ada hendak mengundi PAS (yang berkecenderungan Anwarinas) ataupun BN (yang anti 1000% Anwar!)

Fikir-Fikirkan ... BACA PENULISAN ZAINUDDIN MAIDIN DI SINI.


AloQStaQ
SENAYAN
28 OKT 2013
8:00 Pagi

Saturday, October 26, 2013

PAS SALAHGUNA PERTEMUAN DENGAN AYAH JAMIL KHIR. INI MAKLUMAT TERBARU ...

Ni maklumat terbaru yang diterima oleh Admin.

"Dah 3 tahun sakit ahmar, baru sekarang melawat Pak Baharum. Yg sebenarnya, puak PAS sendiri yg baca apa yg sepatutnya doa bagi kesihatan Pak Baharum, tapi diselitkan juga doa utk memenangkan calon PAS di Sg Limau. Maka tanpa menyedari niat buruk PAS, Pak Baharum pun aminkan doa. Kemudian diupload gambar itu. Memang tak beradab."

Ini merupakan SMS satu maklumat tepat dari seorang insan kamil yang tidak reti berbohong Admin selama ini ...

Jadi, PAS Kedah khasnya PAS Sungai Limau, jangan terus-terusan menangguk di air keruh demi mendapatkan undi belas ehsan penduduk/pengundi Sungai Limau ... Sehingga sanggup memanipulasikan gambar serta memanipulasikan seorang warga tua ...

MB Kedah bertemu dengan Isteri Allahyarham TS Haji Azizan, tak pulak kami gunakan gambar tersebut untuk meraih undi simpati !

PAS SUNGGUH TERUK ! AMAT TERDESAK TERUK GILA BABAS ! ,,, TINGGALKAN PAS . UNDILAH PARTI YANG BENAR-BENAR BOLEH MENJAGA KEBAJIKAN SEMUA RAKYAT ... UNDILAH BN !



AloQStaQ
26 Okt 2013
SABTU
9:39 Mlm

Friday, October 18, 2013

24 JAM LAGI .... PILIH MUKHRIZ ... UNDI CALON #05 ... Pemimpin Berpakej Lengkap ! ... BERANI BERUBAH !



DATO' MUKHRIZ BIN TUN DR MAHATHIR.

SEORANG PEMIMPIN MUDA DAN BERUPAYA MENARIK MINAT RAMAI ANAK MUDA MENYERTAI & MENYAYANGI UMNO. SEORANG YANG MERENDAH DIRI TETAPI TEGAS DALAM KEPIMPINAN.

SEORANG YANG DISEGANI KAWAN & LAWAN. MUDAH DIAJAK BERUNDING DAN MESRA TERHADAP SEMUA LAPISAN DAN GOLONGAN. AMAT MENGHORMATI YANG LEBIH TUA, BEGITU AKRAB DENGAN RAKAN SEBAYA DAN MENYAYANGI YANG LEBIH MUDA.


PAKEJ KEPIMPINAN YANG CUKUP LENGKAP UNTUK SURVIVAL UMNO/BN.

UNDILAH MUKHRIZ SEBAGAI NAIB PRESIDEN  UMNO MALAYSIA ESOK !
UNDILAH CALON NOMBOR 05 !

Terima Kasih Kepada Para Perwakilan yang akan mengundi Calon 05 untuk jawatan Naib Presiden.

Semoga Allah akan membalas jasa baik anda membantu mencorak masa depan UMNO untuk Agama, Bangsa dan Tanahair !

Ikhlas BERANI BERUBAH !

AloQStaQ
JUMAAT
8:08 Pagi
18 OKTOBER 2013

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP