tag:blogger.com,1999:blog-378966391382503195.post7551145647637632226..comments2023-09-13T20:50:58.961+08:00Comments on AL-Kesah AloQStaQ: (HARI KE-3) ... Mari Kita CABAR IR.AMIRUDDIN (PAS : DUN Anak Bukit) Apa Yang Dia Buat Untuk Kawasannya Sepanjang 5 Tahun Lalu ??!?!? ... SILA JAWAB.AloQStaQhttp://www.blogger.com/profile/13550288192108384311noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-378966391382503195.post-17560279970053568522013-04-29T08:36:00.076+08:002013-04-29T08:36:00.076+08:00dah tiga kali aku baca artikel yang sama yang Admi...dah tiga kali aku baca artikel yang sama yang Admin blog ni tulis dan post untuk mencabar Ir.Amiruddin Hamzah Anak Bukit (PAS) untuk menyatakan apakah kebaikan yang sudah beliau bawa ke Anak bukit selama dua penggal dia menjadi Wakil Rakyat.

Kali ini aku terpanggil untuk membuat komen, bahawa sebagai anak jati DUN Anak bukit yang tinggal di Alor Melintang aku akui KEBENARAN apa yang Admin sebutkan di dalam post ini.

Aku akui bahawa aku adalah orang atas pagar 50-50 tidak berpihak kepada mana mana parti. Sama ada kawan-kawan pembaca nak percaya atau tidak, itu terpulanglah. Tetapi aku memang tidak berpihak.

Aku sendiri merasai betapa lembabnya pentadbiran PAS khasnya Di DUN ANAK BUKIT di bawah Ir Amiruddin dan juga Kedah amnya.

Tiada langsung aku lihat sesuatu yang boleh dibanggakan oleh penduduk Anak Bukit selain daripada projek-projek Kerajaan Pusat seperti yang di sebutkan oleh Admin.

Kalau tidak percaya, masuklah ke dalam Kampung Alor Melintang (sehingga selepas Masjid) bagaimana keadaan jalan tar mini di sana?

Aku juga ramai saudara di sebelah Gunung Keriang, mereka juga mengeluh bahawa begitu perlahan pembangunan yang ada di kawasan tersebut walaupun pada hakikatnya Gunung Keriang merupakan salah satu tempat menarik untuk dilawati pengunjung. Apa yang Amiruddin buat untuk memajukan tempat sedemikian?

Aku juga hairan kenapa Amiruddin seolah-olah menggunakan jawatannya sebagai Wakil Rakyat Anak Bukit hanya sekadar untuk melawat dan menziarahi orang sakit dan orang meninggal sedangkan keperluan orang-orang hidup dan sihat nampaknya kurang diberi perhatian di Anak Bukit.

Masalah sosial di kawasan Anak Bukit agak menyedihkan. Apakah pembangunan sakhsiah yang telah Amiruddin lakukan untuk rakyat khasnya anak muda (remaja) di Anak Bukit dalam mencapai hasrat kerajaan PAS Negeri untuk mengurangkan gejala sosial ? Apakah sudah ada tindakan sewajarnya dari Amiruddin Wakil Rakyat Anak Bukit MERANGKAP Exco Kedah untuk membanteras gejala sosial Anak Muda yang nampaknya semakin menjadi-jadi selepas PAS memerintah Kedah !

Cukuplah 2 Penggal ... Kalau Amiruddin jadi MB Kedah rasanya lagi banyak masalah. Eloklah kalau pengundi-pengundi DUN Anak Bukit kalih kali ini. Berilah undi kepada orang lain pulak, dan bukan kepada AMiruddin. Demi kebaikan seluruh rakyat di DUN Anak Bukit.

Saya Orang Atas Pagar.
Orang Alor Melintang.
Anak Jati DUN Anak Bukit.
100% !

Anonymousnoreply@blogger.com