Tuesday, December 29, 2009

TERKINI !!! LAGI PUSAT HIBURAN BARU DIBUKA DI BANDARAYA "ISLAM" ALOR SETAR ...

Setelah dua minggu aku berehat menulis blog ini kerana terlalu banyak kerja-kerja yang menimbun untuk disiapkan, hari ini tangan dan jejari jemari sudah tidak tertahan lagi untuk kembali menghangatkan suasana KEDAH SEJAHTERA di bawah naungan PAS yang berpanjikan bendera hijau lusuh bulan purnama gerhana ...

NAH ! Hari ini AloQStaQBlog dengan bangga dan sukacitanya mendedahkan satu lagi PUSAT HIBURAN KARAOKE YANG BARU DIBUKA di Bandaraya "ISLAM" Alor Setar beroperasi sejak seminggu yang lepas ... TAHNIAH !! Hari tu Pusat Hiburan PUB & KARAOKE dibuka, Hari ni pula ada lagi KARAOKE baru, esok lusa apa pulak yer yang nak wujud ??? ...

MASIHKAH ANDA INGAT LAGI PENDEDAHAN ALOQSTAQBLOG (06hb DIS 09) ? ... Mengenai kewujudan satu PUB & KARAOKE (BLACK PUB) yang baru dibuka di Pekan Simpang Kuala pada awal bulan Disember 2009 tempohari ? ... Kalau anda terlupa atau belum tahu, bolehlah baca mengenainya di pautan ini .

Kali ini, Jom baca pendedahan mengenai STAR KARAOKE pula!


Pusat Hiburan yang di beri nama STAR KARAOKE yang terletak di tingkat atas bangunan kedai kasut Bata di Jalan Teluk Wanjah dikatakan dibuka secara rasmi pada 21 Disember 2009 (Selepas 3 Hari Umat Islam Menyambut Maal Hijrah 1431 Hijrah!!) dan dari sumber-sumber aku, ada yang mengatakan bahawa kehadiran dan sambutan pelanggan terdiri dari remaja dan anak-anak muda agak memberangsangkan !


Seronoklah orang Alor Setar ! Hanya dalam 1 Bulan sahaja dah dapat 2 Pusat Hiburan !!! ... Dari pengamatan aku sendiri, telah banyak Pusat Hiburan Karaoke yang telah tumbuh dan wujud di Bandaraya Alor Setar sejak Kedah dipimpin oleh Kerajaan PAS. Ini amat menggusarkan rakyat.


Adakah inikah cara pendekatan Parti Islam SeMalaysia PAS Kedah untuk mendekatkan para remajanya kepada budaya Islam ? ... Pusat Hiburan yang tumbuh macam cendawan lepas hujan di Bandaraya "ISLAM" Alor Setar ini, sedikit sebanyak boleh mendekatkan para remaja dan generasi muda untuk menghampiri perbuatan-perbuatan maksiat (mungkin!) ...


Nampaknya pendirian PAS Kedah dahulu, amat-amat berbeza (macam langit dengan bumi) berbanding PAS Kedah sekarang (pasca Mac 2008) ... Dahulu, PAS Kedah adalah juara menghentam Kerajaan UMNO BN Kedah kerana membenarkan Konsert SURE HEBOH di perkarangan Stadium Darul Aman dan Taman Tasek Bandar Darulaman di Jitra.


Bahkan, PAS Kedah jugalah yang beriya-iya menjadi juara rakyat untuk membanteras maksiat remaja dan dewasa khususnya di Pulau Langkawi. Sepanjang ceramah PAS berdentum dentam memaki hamun Kerajaan UMNO BN Kedah yang disifatkan tidak Islamik dalam pentadbiran negeri.


Setahu aku, PAS Kelantan pimpinan Tuan Haji Nik Aziz tidak pula sebegini caranya ... begitu juga PAS Terengganu pimpinan Tuan Haji Hadi Awang pada 1999-2004 dulu ... Setahu aku, Pusat Hiburan di dua negeri Pantai Timur tersebut yang telah sediaada, mereka cuba kurangkan, tiada pertambahan, tiada kompromi (dalam hal Pusat Hiburan macam ni).


Nampaknya, Gaya Kepimpinan ISLAM PAS PANTAI TIMUR (Versi Kelantan & Terengganu) adalah amat jauh berbeza dengan Kepimpinan ISLAM PAS KEDAH (Mungkinkah ini ISLAM PAS VERSI UTARA?). Menjadi persoalan, yang mana satu cara kepimpinan "ISLAM" yang patut diaplikasikan oleh PAS jika memerintah Malaysia ? Islam Sekadar Alat Politik ... (Na'u zubillahi Min Zaa lik) ...

GAMBAR : Banner yang banyak disimpang-simpang jalan dan di tiang-tiang lampu seluruh Alor Setar mempromosikan pembukaan STAR Karaoke pada 21-12-2009 baru-baru ini. Nampaknya, tiang lampu di jalan besar sekitar Masjid Zahir juga terpasang banner sebegini.


Nampaknya, para penduduk KEDAH SEJAHTERA dipersekitaran Bandaraya "ISLAM" Alor Setar, bolehlah menyambut kedatangan Tahun Baru 2010 dengan begitu meriah dengan pertambahan begitu banyak PUSAT HIBURAN PUB & KARAOKE di sekitar bandaraya, selaras dengan kemajuan hebat yang dicapai oleh kepimpinan PAS Kedah dalam mengurus tadbir negeri ini setelah dirampas dari Parti BN (yang dulunya PAS tuduh tidak ISLAMIK).


Kata Dulang Paku Serpih. PAS FOR ALL DUNGU ...







Berita ini disiasat sendiri,

ditulis sendiri, gambar diambil sendiri,
diterbitkan sendiri oleh ...


AloQStaQ
29/Disember/2009
11:10 Pagi

Tuesday, December 15, 2009

PENTING DIBACA ! TERKINI. Malam Tadi - Cubaan Anwar ‘tumbangkan kerajaan BN’ Hampir Berjaya ...

Kepada Rakyat Malaysia yang sayangkan KERAJAAN BN, aku harap kita tidak terlepas peluang untuk membaca artikel ini yang aku COPY-PASTE dari laman web AgendaDaily.com . Kita dapat lihat bagaimana Anwar sedaya upaya untuk mencari jalan untuk memegang tampuk kuasa.

Sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia digunakan untuk "membantu" merealisasikan hasratnya. (menyirap darah aku membaca artikel ni !!... )

Teruskan Membaca ...

_________________________________________

Drama lewat malam di Parlimen...cubaan Anwar ‘tumbangkan kerajaan’ hampir berjaya

December 15, 2009 : 07.21 AM
LUKMAN ABDULLAH - AgendaDaily.com

Oleh: LUKMAN ABDULLAH

Jika lebih setahun lalu, cubaan pakatan pembangkang melalui usaha pemimpin mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk ‘menggulingkan’ kerajaan dibuat secara pujukan kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) lompat parti gagal, usaha dan hasrat tersebut sebenarnya tidak pernah padam.

Cumanya kali ini ia dibuat melalui cara yang lebih demokratik iaitu dengan berusaha menggagalkan bajet yang telah dibentangkan oleh kerajaan. Mengikut amalan berparlimen, jika sesuatu bajet yang dibentangkan oleh kerajaan tidak diluluskan, ia bererti kerajaan yang sedia ada perlu meletakkan jawatan. Itulah aturan mainnya.

Perkara tersebut hampir menjadi kenyataan Isnin malam apabila perbahasan peringkat jawatankuasa untuk bajet setiap kementerian selesai dibahaskan. Terakhir bajet yang diperuntukkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Setelah selesai dibahas dan digulung oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia seperti amalan biasa akan meminta suara ahli yang bersetuju atau menolak.

Namun menyedari kehadiran Ahli Dewan Rakyat kedua-dua pihak iaitu kerajaan dan pembangkang selalu tidak penuh, Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng telah bangun dan meminta agar undi belah bahagian dibuat. Undi belah bahagian bermaksud setiap ahli yang ada di dalam Dewan Rakyat akan dikira undinya dan bukan sekadar laungan suara bersetuju atau tidak.

Timbul sedikit suasana panik di pihak BN bila cadangan undi belah bahagian diminta kerana jumlah Ahli Dewan Rakyat pembangkang kelihatan begitu ramai dan Anwar sendiri turut hadir sehingga lewat malam.

Setelah loceng panggilan dibunyikan selama dua minit, pengundian dijalankan yang menyaksikan keputusannya 64 suara menyokong bajet untuk KDN diluluskan manakala 63 menolak.
GAMBAR : Najib diiringi Muhyiddin meninggalkan Parlimen selepas pengundian Bajet 2010 selesai Isnin malam (14-DEC-2009)

Menariknya, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut hadir lewat malam bagi memastikan undi BN mengatasi undi pembangkang.

Setelah itu berlaku pertikaman lidah yang mempertikaikan keputusan undian tetapi Speaker berjaya menteteramkan keadaan.

Panik tidak terhenti setakat itu kerana setelah urusan perbahasan peringkat jawatankuasa selesai, Dewan Rakyat harus mengundi sekali lagi bagi bacaan kali ketiga untuk meluluskan keseluruhan bajet berkenaan.

Sekali lagi pihak pembangkang melalui Ahli Parlimen DAP Ipoh Barat, M.Kulasegaran meminta agar undi belah bahagian dijalankan.

Dalam masa itu beberapa orang Ahli Dewan Rakyat sampai dan menjadikan 66 menyokong bajet 2010 diluluskan manakala yang menolak kekal 63 undi. Menariknya drama lewat malam itu ialah mengenai masa depan kerajaan.

Berdasarkan amalan, jika bajet tidak diluluskan, dalam bahasa mudahnya, kerajaan sedia ada dianggap telah tumbang dan diganti dengan kerajaan baru.

Melihat betapa besarnya kesan pengundian kepada bajet, maka tidak hairanlah Anwar yang jarang berada di Parlimen hingga lewat malam, kali ini sanggup memastikan seramai mungkin Ahli Dewan Rakyat pembangkang tetap berada di Dewan itu.

Conggaknya mudah sahaja kerana, daripada 137 Ahli Dewan Rakyat BN, 25 adalah Menteri (semua Menteri 30 orang termasuk lima Senator yang merupakan Ahli Dewan Negara dan tidak boleh mengambil bahagian dalam pengundi di Dewan Rakyat), 33 Timbalan Menteri daripada 40 semuanya termasuk tujuh Senator menjadikan jumlah Ahli Dewan Rakyat BN yang menjadi penyokong seramai 79 orang.

Daripada jumlah tersebut, Menteri dan Timbalan ada yang mempunyai urusan rasmi kerajaan dan tidak boleh hadir ke Dewan Rakyat. Daripada 79 orang penyokong kerajaan, ada yang mempunyai urusan atau sudah berada di luar Dewan.

Senario ini sering menyaksikan kehadiran kadang kala tidak mencecah 50 orang di pihak BN.
Sedangkan pembangkang mempunyai 82 ahli dan Bebas tiga orang.

Berdasarkan pemantauan dan conggak tersebut, pihak pembangkang mungkin membuat andaian mengikut beberapa pengundian yang dibuat sebelum ini, jumlah Ahli Dewan Rakyat BN yang berada di Dewan kadang kala hampir sama jumlahnya dengan Ahli Dewan Rakyat pakatan pembangkang.

Mungkin atas perkiraan ini, Anwar melihat pengundian lewat malam di Dewan Rakyat merupakan peluang untuk ‘menggulingkan’ kerajaan secara lebih demokratik.
Melihat kepada situasi ini, BN tidak boleh sentiasa merasa selesa kerana setiap peluang yang ada pasti akan diintai oleh pakatan pembangkang.

Apakah selepas ini BN akan lebih serius berhadapan dengan pembangkang di Dewan Rakyat kerana Perdana Menteri dan Timbalannya yang merupakan Ketua Whip BN dapat menyaksikan sendiri bagaimana kelebihan tiga undi yang meluluskan Bajet 2010 telah berjaya menyelamatkan hayat kerajaan BN.

Malah menukar mesyuarat kabinet pada hari Jumaat semasa sidang Dewan Rakyat daripada semangatnya ialah bagi membolehkan Menteri dan Timbalannya sentiasa berada di Parlimen.

Begitu juga halnya dengan wakil rakyat yang menjadi penyokong, kehadiran tidak boleh diambil mudah.

Moga mereka belajar dan sedar kerana landskap politik dan Dewan Rakyat telah berubah..... – 14/12/2009

Artikel Asal Ada Di SINI ...

-AloQStaQBlog : PERGGGGHHHH! MENYIRAP SIOTTTT DARAH AKU MEMBACA ARTIKEL NI !!! ... MEMANG TIPIS SANGAT TU 3 UNDI TU! ... KALAU TAKKKK, LINGKUP LAA NEGARA NIII ....
SEBAB ITULAH, KEHADIRAN KE DEWAN AMAT-AMATLAH PENTING!

AloQStaQ
15-12-2009
10:45 Pagi

Monday, December 14, 2009

AloQStaQ Mencabar PAS Sebutkan Ini pada Konvensyen PR 19hb nanti ...

Adalah dengan ini, aku (AloQStaQ) mencabar kepimpinan PAS Pusat, Persekutuan, Negeri, Bahagian mahupun Cawangan yang hadir di KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT di MBSA pada 19hb Disember 2009 (Sabtu ini), supaya berani dengan lantang menyebut : PAS MAHU MALAYSIA DIJADIKAN SEBAGAI SEBUAH NEGARA ISLAM . TIADA KOMPROMI .

Ini kerana dasar asal perjuangan dan penubuhan PAS sejak puluhan tahun lalu adalah semata-mata (kononnya) untuk menegakkan Islam sebagai tunjang perundangan serta menjadikan Malaysia sebagai SEBUAH NEGARA ISLAM.

Pada kali ini, ianya merupakan Konvensyen Pakatan Rakyat KALI PERTAMA dalam sejarah Malaysia. Dengan itu, aku hendak lihat sejauh mana kepimpinan PAS bertanggungjawab melaksanakan impian parti. Bahkan pula, ini juga merupakan SATU-SATUNYA PENTAS RASMI untuk PAS jadikan TEMPAT KHAS untuk menyatakan konsep NEGARA ISLAM dengan sekutu Pakatannya yang lain - PKR & DAP.

Konvensyen kali ini perlulah menjadi medan khusus untuk melihat sejauhmana kekukuhan Pakatan Rakyat menerima halatuju asal parti-parti di dalam pakatannnya. PAS sudah pasti tidak boleh sama sekali berkompromi dalam menegakkan perjuangan NEGARA ISLAM.
Kalau PAS masih berdolak dalik dalam konvensyen ini, dan tidak menggunakan peluang pada konvensyen ini untuk menegakkan perjuangannya, seeloknya semua pemimpin PAS (yang lelaki tu) balik saja dari konvensyen tersebut, jangan terus balik ke rumah lagi, tapi beloklah ke mana-mana Hospital / Klinik / Pusat Pembedahan, buatlah PEMBEDAHAN BUANGKAN SAJA DUA-DUA TELUR TU !!...



Inilah Cabaran Dari Aku ...
AloQStaQ
ISNIN : 14 Disember 2009
11:40 Pagi

Thursday, December 10, 2009

KES LIWAT : Semakin ramai rakyat dah mula syak ia BERLAKU dan mula PERCAYA ...

Berikutan keputusan Mahkamah Tinggi minggu lepas yang membuat keputusan menolak permohonan tertuduh untuk menggugurkan kes, seterusnya Mahkamah Tinggi menetapkan 25hb Januari 2010 sebagai hari Perbicaraan Kes Liwat Dato' Seri Anwar LAWAN Saiful Bukhari Azlan, nampaknya kini sudah ramai dah mula syak bahawa Tertuduh TAKUT KERANA SALAH. Para pengikut Pak Syiekh Nuar yang tegar dulunya, kini semakin pudar ketegaran mereka melihat sandiwara berpanjangan ketua pergerakan Pakatan Rakyat yang cuba menunda-nunda bacaan kes untuk diadili.

Terbaharu, dikatakan anggota-anggota pembelaan Anwar menyatakan hasrat untuk membuat rayuan supaya perbicaraan yang diputuskan pada 25hb Januari 2010 tersebut ditangguhkan lagi. Maknanya, ini dah masuk kali ke ntah berapa permohonan untuk melengahkan perbicaraan dibuat.
Padahal, sewaktu kes Nizar LAWAN Zambrey untuk diputuskan siapa MB Perak beberapa ketika dahulu, sejurus keputusan Mahkamah menyebelahi Nizar, Anwar terus membuat kenyataan media (juga tersiar di blognya) bahawa beliau menyambut baik keputusan tersebut. (hanya kerana kes itu menyebelahi kepada Nizar).
SILA KLIK & BACA Di SINI .

Pada pandangan aku, Anwar ada 3 Pilihan yang boleh dipilih ...

Masuk Mahkamah -> Buktikan tidak terlibat dengan liwat -> Menang Kes -> Semua rakyat respek dan sanjung kamu (... melangkah ke Putrajaya).

ATAU

Masuk Mahkamah -> Terbukti bersalah meliwat Saiful Bukhari -> Masuk Penjara menerima balasan Dunia & nantikan balasan di Akhirat.
Malaysia akan SELAMAT.


ATAU

Takut nak Masuk Mahkamah -> tak ada bukti untuk mempertahankan diri -> biar rakyat tertanya-tanya -> Terus mohon tangguh, gugur kes, tangguh -> Terus Bersandiwara & berlakon -> Tidak berkesudahan .

Jadi, setakat ini jelas kelihatan Anwar memilih pilihan yang terakhir itu demi menyelamatkan karier politiknya serta terus menipu penyokongnya sepanjang masa.

Ramai yang kini menyedari diri mereka tertipu dengan sandiwara tidak berkesudahan Anwar. Mereka telah mula menarik diri dari terus mempertahankan Anwar seperti sebelum ini.

Bagi sesetengah mereka, kalau benar wira yang disanjung mereka itu benar, sudah barang pasti, beliau akan menggunakan slogan yang sering beliau gunakan selama ini sewaktu berceramah & berdemonstrasi iaitu : "LAWAN TETAP LAWAN" ... "BERANI KERANA BENAR" ... "ANWAR TIDAK PERNAH TAKUT!" & "SAYA TIDAKKKK GENTARRRR!!" ....

Ini tidak ... Nampaknya, kecuttttttttttt memanjanggg! ... Macam ponen! ...

Wahai Anwar Ibrahim! ... Buktikan kata-katamu. LAWAN TETAP LAWAN! ... Masuklah Mahkamah untuk membuktikannya pada 25hb Januari 2010 ... JANGAN MOHON TANGGUH PERBICARAAN LAGI!


AloQStaQ
10-12-2009
10:30 Pagi

Wednesday, December 9, 2009

OHHH TIDAKKK!!! ... JANGAN LANTIK KJ DALAM WAKTU SEBEGINI !!! ...

Terkilan dan rasa sungguh kecewa ... Apabila AloQStaQ membaca beberapa puluh SMS yang masuk ke telefon tangan sepanjang hari ini ... Ditambah pula dengan berita-berita online melalui web, blog-blog dan facebook. Nampaknya khabar angin yang aku dok dengaq sejak lama dulu kini telah hampir menjadi kenyataan yang amat pedih & MEMEDIHKAN!

KJ akan diangkat menjadi TIMBALAN MENTERI ?!?
Dalam masa terdekat ini !?!
Memegang portfolio Kementerian yang agak penting !????
Berita yang dah hampir 90% SAHIH !???

Aduhhhh! Sakit sungguh jiwa ini. Lebih sakit berbanding sewaktu Nik Aziz berdoa pecah perut kepada DS Najib, lebih pedih hati ini dari berita Karpal Singh memaki hamun Pemuda UMNO!

Kenapa sekarang ? Perlukah sekarang ? ... Sewaktu UMNO/BN sedang bertatih semula perlahan-lahan untuk memanjat tangga-tangga kejayaan demi mengembalikan keyakinan majoriti rakyat Malaysia dengan dasar 1MALAYSIA dan kekuatan barisan kepimpinan Najib Razak sediaada?

Sudah cukupkan eddah yang perlu KJ lalui ?

Sudah bersihkah KJ sejak diketahui umum beliau bersalah (dan dibebaskan oleh Lembaga Disiplin UMNO - Bukan oleh majoriti Ahli PEMUDA UMNO) sewaktu Pemilihan yang lepas ?

Sudah kembali jernihkah perasaan PEMUDA UMNO dan AHLI UMNO KESELURUHANNYA terhadap KJ menantu Al-Tidur ???

Sudah reda kah api kemarahan semua ahli akar umbi terhadap manusia bernama KJ ini ?

Waktu inikah yang amat sesuai untuk melantik KJ menantu Al-Tidur sebagai Timbalan Menteri ATAUPUN Menteri Penuh ??? .....

JAWAPAN ALOQSTAQBLOG : SAMA SEKALI TIDAK !

Tolong lah wahai pucuk pimpinan di atas sana, kami ahli bawahan dah tak tahu nak huraikan apa lagi alasan terbaik untuk menjawab persoalan rakyat disekitar kami, KENAPA NAJIB ANGKAT PERASUAH JADI TIMBALAN MENTERI ? ...........

Kalau ya pun, bersabarlah sehingga lepas PRU13 atau PRU14 nanti ...

Kasihanlah kami wahai Dato' Sri Najib Bin Tun Abdul Razak.



Ikhlas :
AloQStaQ
09-Dec-2009
4:15 Ptg

Tuesday, December 8, 2009

KECELUPARAN NAZRI AZIZ : BELIAU WAJAR DIPECAT DARI KABINET & PARTI

AloQStaQBlog dengan ini MENYOKONG PENUH BANTAHAN OLEH RAKAN-RAKAN BLOGGERS DI MALAYSIA TERHADAP MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI,DS Nazri Aziz yang begitu sumbang dan celupar mulutnya dengan menyifatkan Tun Dr Mahathir sebagai "rasis" hanya kerana Tun Dr.M mempertahankan Modul BTN.


(Sila Klik...) Huraian Lengkap sila baca di Blog BigDogDotCom (Sila Klik ...)

AloQStaQBlog juga MENYOKONG PENUH KEWAJARAN SUPAYA Nazri Aziz diPECAT dari Kabinet DS Najib dan diPECAT oleh MT dari Parti UMNO di atas sebab sudah beberapa kali beliau begitu celupar & tidak menghormati Mantan Presiden UMNO, Mantan PM ke-4 serta BAPA PEMODENAN MALAYSIA (yang begitu banyak jasa kepada negara) itu secara terbuka.

Nazri Aziz juga secara tidak langsung telah membuka ruang untuk MERETAKKAN serta MENJAUHKAN SOKONGAN RAKYAT YANG SAYANGKAN TUN DR.M untuk mendekati & seterusnya untuk menyokong UMNO/BN selagi beliau (Nazri Aziz) berada di dalam komposisi barisan kepimpinan UMNO/BN sediaada. SILA PECAT ORANG SEBEGINI!



Sila nyatakan bantahan anda terhadap keceluparan Nazri Aziz ini di BLOG Bigdogdotcom.wordpress.com (Bantahan boleh dinyatakan di ruangan Komen Pembaca di sana).

Bersatu kita teguh menentang pengkhianat!






AloQStaQ

3:30PTG
08-12-2009

Monday, December 7, 2009

PAS Kedah FLIP FLOP! : "Kuota 50% Bumiputra Ditangguhkan"

Pagi ini, semasa aku minum kopi sambil membaca akhbar Berita Harian Online (KLIK SINI), yang memetik kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan Pembangunan Luar Bandar, Membasmi Kemiskinan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air Dan Tenaga negeri, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi, "Tangguh dulu pelaksanaan kuota 50 peratus ini sebab nampak ada pihak tak puas hati dengan dasar ini dan kita akan cari kaedah yang lebih munasabah untuk menyelesaikan masalah ini."

Ingat lagi tak ? Sebelum ni, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pernah mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri Kedah menaikkan peratusan kuota Bumiputera bagi pemilikan perumahan di Kedah, daripada 30 peratus kepada 50 peratus berkuat kuasa 1 September 2008 , maka dengan pengumuman tu, bermegahlah budak-budak PAS Kedah termasuk para blogger mereka mendabik dada mengatakan merekalah JUARA kaum Melayu/Bumiputra.

Kononnya merekalah yang BERANI membuat satu keputusan dimana UMNO/BN Kedah dulu tak berani lakukan (kononnya!) ...

Pada aku, keputusan menetapkan kuota 50% Pemilikan Bumiputra yang PAS Kedah umumkan September 2008 dulu merupakan satu keputusan terburu-buru kerajaan negeri untuk mempertontonkan kepada kaum Bumiputra khususnya MELAYU KEDAH & MELAYU DI MALAYSIA amnya bahawa hak mereka terjamin di bawah pemerintahan PAS (kononnya!).

Padahal PAS Kedah pada masa itu sudah pasti, yakin dan sudah tahu mereka akan menerima pelbagai komplen dari kaum bukan Bumiputra.

Kerajaan PAS Kedah seolah-olah sengaja ja nak buat drama! ... Drama yang akan menjadikan mereka popular di mata Bumiputra/Melayu, dan mereka akan terus berdrama lagi jika ada komplen - demi untuk menjadi lebih popular bagi Bukan Bumiputra pula. HAPRAK Betui PAS Kedah!

Dan kini jelas, Bukan Bumiputra yang nampaknya tidak berpuas hati, telah pergi bertemu berulangkali dengan kerajaan negeri untuk membetulkan semula dasar tersebut, akhirnya kini ianya telah di "terima" oleh Kerajaan PAS Kedah untuk di TANGGUH kan!
Memetik lagi kenyataan Datuk Ir. Phahrolrazi "Kita tak mahu ada yang kata dasar yang dibuat ini, tidak adil dan isu perumahan jadi berlarutan, sebab kuota 50 peratus tu bukan dasar umum, yang beri gambaran seolah-olah semua keadaan tanah mesti ada 50 peratus kuota untuk Bumiputera" ..... PULAK DAH!!??! Macam ni ka nak jadi Pemerintah Malaysia? Sat lagu nu, sat lagu ni ... Memang jelas FLIP FLOP! ....

Maka, sepatutnya sekarang bebudak PAS dalam blog-blog PAS khususnya di Kedah yang dulunya mendabik dada, perlulah menerima hakikat bahawa apa yang mereka bangga dulu tentang KUOTA 50% BUMIPUTRA itu, kini dah hampir terkubur gara-gara "PAS Kedah buat keputusan tak pikiaq panjang".

Tak perlu lagi lah bebudak PAS nak berlagak sombong lagi dah, bongkak dan angkuh mengatakan bahawa PAS Kedah "BERANI" membuat keputusan demi kebaikan Bumiputra (khasnya MELAYU!) berbanding UMNO/BN ... Hakikatnya, PAS kecut telur dengan NGO Bukan Bumiputra setelah keputusan yang mereka sendiri buat dipertikaikan.

Dasar Flip Flop macam Pak Mentua Kerry jugak PAS Kedah ni ! ... PAS For All Dungu ....

AloQStaQ
07-12-2009
10:20 Pagi

Sunday, December 6, 2009

KERAjaan "ISLAM" PAS KEDAH : 6hb-12-2009 Satu Lagi PUB baru di Alor Setar!

Pada hari ini, tanggal 06-12-2009 hari Ahad, bersamaan dengan 19 Zulhijjah, bersempena dengan PEMBUKAAN RASMI SEBUAH LAGI PUB & KARAOKE BARU DI BANDARAYA "ISLAM" ALOR SETAR, AloQStaQBlog menerbitkan posting ini yang bertajuk : KERAjaan "ISLAM" PAS KEDAH : Tarikh 6hb-12-2009 : Satu Lagi PUB baru di Alor Setar ...

PASTINYA, AloQStaQBlog akan menerima lagi pelbagai caci-maki dan ugutan oleh pihak-pihak berkenaan yang TIDAK SUKA Blog ini memburukkan Kepimpinan PAS Kedah pada hari ini. TETAPI, Demi untuk kebaikan Agama, Bangsa dan Tanahair, aku terpaksa menghadapinya.

Hari ini, detik bersejarah dalam dunia hiburan , "kelalaian dan melalaikan" & MUNGKIN JUGA terpalit "MAKSIAT" di Bandaraya pimpinan PARTI ISLAM KEDAH. Hampeh lagi sekali!

GAMBAR : Salah satu dari puluhan banner promosi Pub baru yang akan dibuka di Alor Star yang digantung di tiang-tiang lampu jalan seluruh Bandaraya. Gambar ini di rakam di kawasan Simpang Kuala. Juga terdapat di tiang lampu dipersekitaran (bahagian luar) Masjid Zaher - berdekatan traffik light Jalan Putra, dan dilain-lain tempat lagi.

Perasmian BLACK Pub & Karaoke yang dipercayai ada LIVE BAND & Karaoke (maklumat ini dibaca dari kain rentang, banner & bunting yang terpasang di tiang-tiang lampu jalan - berhampiran Masjid Zahir pun terpasang juga!) ...
HEBAT ! HEBAT ! ... Sungguh TERBUKA dan SPORTING Kerajaan ISLAM PAS KEDAH! ... Tahniah! ....

AloQStaQ agak pelik sungguh dengan Kepimpinan "ISLAM" PAS KEDAH yang selama ini sentiasa berkobar-kobar untuk memperjuangkan NEGARA ISLAM dan berhasrat untuk menghapuskan "kegiatan maksiat" yang mereka rasakan UMNO/BN menjadi pihak yang meluluskan permit/lesen. (banyak disebut berulang kali dalam Ceramah-Ceramah PAS, sejak lama dahulu lagi, sebelum Pilihanraya Umum ke 12)

Tetapi, selepas PAS Kedah berjaya memegang tampuk pemerintahan pasca PRU12 pada Mac 2008, nampaknya tiada banyak beza dengan kepimpinan yang dahulunya mereka sendiri persendakan, iaitu kepimpinan UMNO/BN.

Kalau dilihat di Pulau Langkawi pula, nampaknya masih lagi macam dulu, tiada larangan drastik nampaknya untuk menambahbaikan dari apa yang pernah mereka sebut PULAU MAKSIAT (Dulu atas pentas Ceramah, depa selalu kata, "sejurus lepas PAS TAWAN KEDAH, Semua Pusat Hiburan & Arak di Langkawi akan dihapuskan" kononnya!)... CAKAP TIPU ORANG KAMPUNG BOLEH LAH!! ....

Tetapi, pada pandangan mata kasar aku, tiada apa yang boleh dibanggakan oleh para pengundi PAS pada PRU12 tempohari untuk melihat perubahan yang dilaung-laungkan diceramah-ceramah PAS termasuklah kadang-kadang sehingga berkhutbah di mimbar-mimbar Jumaat!

Tapi, akhirnya, perlaksanaan macam HAMPEH!...
Salah tak, kalau aku sebut ini sebagai JANJI-JANJI ORANG MUNAFIQ?

Sekali lagi,
HEBATTT ! HEBATT ! ... Sungguh TERBUKA dan SPORTING Kerajaan ISLAM PAS KEDAH ni yer! ... Tahniah! .... Tahniah! ...

GAMBAR : Dipercayai Pusat Hiburan VOX (di Jalan Putra Alor Star) juga merupakan satu Pub yang masih beroperasi sejak zaman UMNO/BN memerintah dahulu lagi ... Kini nampaknya masih wujud. Ada kawan-kawan PAS kata, habih luput tarikh permit nanti, VOX ni Kerajaan PAS tak akan sambung lagi .... Ye ker? ...

NOTA :
MUNGKIN juga dalam Pub & Karaoke tersebut hanya dijual air Sirap, Teh O Ais, NESLO atau Kacang Goreng?! ...

Dan MUNGKIN juga LIVE BAND tersebut hanya dinyanyikan oleh Akill Hayy & Kumpulan lamanya The Riyadh? Sapa tau?! .... Hmmmm .........

Dan MUNGKIN juga lagu Karaoke tu hanya lagu tema 1MALAYSIA & Lagu Tiga Kupang . Saku penuh padi ..... la la la la ....

Pak-Pak Lebai & Mak-Mak Hajjah bolehlah turut serta ... PANGKAHLAH PAS LAGI UNTUK MENAMBAHKAN PUB DI BANDARAYA KITA!
Kepimpinan "ISLAM" PAS Versi KEDAH , tak sama dan tak serupa dengan Kepimpinan "ISLAM" PAS Versi KELANTAN & TRENGGANU & PERAK ... MUNGKIN BAGI DEPA, ISLAM BOLEH DIUBAH MENGIKUT KESESUAIAN TEMPAT & KEADAAN KOT!?

AloQStaQ
06 December 2009
JAM : 11:15 Pagi

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP